backup og meta

Kelebihan Berlari Pada Awal Pagi

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

    Kelebihan Berlari Pada Awal Pagi

    Berlari merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk bersenam. Ia bukan sahaja membantu membakar lemak anda bahkan juga menguatkan jantung anda dan memastikan anda berada dalam keadaan yang sihat. Anda bukan sahaja akan mendapat faedah daripada berlari tidak kira tempat ataupun masa, bahkan berlari pada waktu pagi akan menambahkan faedah kepada mental.

    Berlari pada waktu pagi menurunkan tekanan darah

    Berlari pada waktu pagi boleh memberikan faedah kepada tekanan darah anda. Satu kajian yang dijalankan oleh Dr. Scott Collier telah menunjukkan pengurangan tekanan darah secara mendadak dalam kalangan golongan orang tua yang bersenam di waktu pagi berbanding mereka yang bersenam pada waktu petang. Kesan ini dipercayai mempunyai jangka masa panjang, selagi mana individu tersebut mematuhi rutin senamannya.

    Berlari pada waktu pagi menyegarkan pagi anda

    Berlari sahaja tanpa sebarang gangguan adalah langkah terbaik untuk memulakan hari anda, terutama sekali jika anda mempunyai stres daripada kehidupan seharian dan tempat kerja. Berlari membantu menenangkan minda, meningkatkan positiviti, dan menghilangkan stres sepanjang hari. Ini adalah mengapa berlari pada waktu pagi membantu anda mendapatkan minda yang tenang dan tenaga yang baru untuk sepanjang hari. Pelari waktu pagi dilaporkan mempunyai minda yang optimistik dan mempunyai matlamat.

    Tidak perlu diperkatakan lagi, udara pada waktu pagi adalah sangat segar, tanpa bunyi bising dan asap daripada kenderaan. Semasa anda berlari, badan anda memerlukan oksigen yang lebih. Menghirup udara segar membantu badan dan minda menjadi sihat. Jika anda berlari di jalan raya, ia adalah lebih selamat untuk mula awal, apabila anda tidak perlu risau sekiranya dilanggar kereta.

    Berlari pada waktu pagi adalah lebih menyeronokkan

    Berlari pada waktu pagi bermaksud anda tidak akan diganggu oleh panggilan telefon ataupun mesyuarat. Tiada sesiapa yang akan mengganggu anda pada awal pagi. Maka, anda akan mempunyai masa untuk menghabiskan rutin senaman dan tidak risau sekiranya ada urusan penting yang akan muncul. Larian pada waktu pagi juga adalah lebih menyeronokkan, terutama sekali jika dibandingkan larian selepas kerja kerana anda sudah keletihan daripada kerja seharian.

    Ia mungkin agak sukar untuk bangun awal. Tiada bilangan loceng yang cukup pada permulaannya. Tetapi, lama-kelamaan anda akan terbiasa, dan anda berasa lebih bertenaga dan menumpukan perhatian sepanjang hari. Fikirkan bahawa larian pada waktu pagi sebagai senaman mendisiplinkan diri. Semangat di dalam diri anda harus dilatih juga. Anda boleh menjadikan ia mudah dengan tidur awal, menyediakan baju sebelum tidur. Jika anda mempunyai kalendar peristiwa, tambah senaman larian ke dalam senarai aktiviti supaya anda boleh menjadikannya rutin harian, yang mana akan meningkatkan komitmen anda untuk berlari.

     

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan