backup og meta

Kemurungan Kerana #StayAtHome? Cuba Mandi Air Panas, Ia Lebih Berkesan Dari Bersenam!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/07/2020

    Kemurungan Kerana #StayAtHome? Cuba Mandi Air Panas, Ia Lebih Berkesan Dari Bersenam!

    Secara umum, kebanyakan orang sudah mengetahui bahawa depresi atau kemurungan adalah penyakit penting yang memerlukah rawatan yang sepatutnya, bagaimanapun ia seringkali diabaikan.

    Sesetengah rawatan melibatkan terapi bercakap atau ubat-ubatan, atau kedua-duanya. Namun, terdapat kajian baru yang telah mengenalpasti satu aktiviti yang boleh anda lakukan daripada tab mandi anda, iaitu mandian panas.

    Bagaimana mandian panas membantu depresi?

    Penyelidik mencadangkan bahawa mandian panas dapat membantu mereka yang mengalami kemurungan kerana ia mengubah irama sirkadian, kitaran proses fisiologi seseorang, yang sering disebut sebagai “body clock“, yang mana ia mempengaruhi fungsi organ melalui kawalan suhu.

    Dengan peningkatan suhu tubuh yang teratur, para penyelidik percaya bahawa mereka dapat meningkatkan irama sirkadian dan seterusnya mengurangkan beberapa simptom kemurungan.

    Selain itu, pendedahan pagi kepada cahaya terang juga mempengaruhi irama sirkadian dan mengurangkan kemurungan.

    Mandian panas atau bersenam, yang mana lebih berkesan?

    Penyelidik di Universiti Freiburg, Jerman melakukan kajian kecil melibatkan 45 orang yang semuanya bergelut dengan kemurungan. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.

    Yang pertama diminta untuk berendam dalam 104 darjah air setiap hari selama 30 minit pada satu masa, manakala kumpulan kedua diarahkan melakukan 40 hingga 45 minit senaman aerobik dua kali seminggu.

    Selepas lapan minggu, para penyelidik menguji perasaan para peserta pada skala kemurungan yang biasa digunakan. Mereka yang mengamalkan mandian panas secara tetap memperoleh skor purata enam mata lebih rendah berbanding sebelum kajian bermula.

    Dan, kumpulan yang telah melakukan senaman mendapat skor purata hanya tiga mata lebih rendah. Ini bermakna, mandi adalah penggalak mood yang lebih berkesan.

    Tip mandi yang baik

    • Pilih waktu yang sesuai, yang mungkin tidak membuatkan anda terganggu. Ketenangan membantu anda untuk berehat.
    • Pertimbangkan untuk menambah minyak pati, seperti minyak lavender, untuk menggalakkan ketenangan.
    • Air mandian anda perlu sedikit lebih panas daripada suhu badan, iaitu kira-kira 37C. Kadang-kadang antara 40C dan 45C adalah ideal.
    • Pertimbangkan suhu bilik juga. Kajian Jepun menunjukkan bahawa mandi dalam air 41C dalam bilik 25C lebih meningkat suhu badan daripada mandi di bilik bersuhu 14C. Walau bagaimanapun, jika mengambil mandi untuk menggalakkan tidur sebelum tidur, suhu bilik harus lebih sejuk iaitu 18C adalah ideal.
    • Perlu diingatkan bahawa peningkatan suhu yang besar dan tiba-tiba meletakkan tekanan pada jantung, jadi jika anda mengalami masalah jantung, elakkan mandi panas terutama pada hari-hari sejuk.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan