Kecederaan tulang akibat daripada lazimnya memerlukan implan dan juga suntikan pelincir sendi tertentu. Kos implan dan juga suntikan ini bukanlah sesuatu yang diliputi insurans pelajar mahupun oleh subsidi kerajaan. Dengan mudahnya, ia mampu menelan belanja sekitar RM1,500 hingga RM10,000! Untuk kecederaan tulang sahaja, penulis terpaksa menjalani 4 pembedahan berasingan dalam tempoh 2 tahun. Tambahan lagi, alat sokongan untuk berjalan juga perlu dibeli sendiri dan ada yang menelan belanja sehingga RM500.
Kepentingan perlindungan untuk anak yang aktif bersukan
Terdapat satu lagi pembedahan penting yang perlu saya lalui iaitu pembedahan untuk membetulkan ligamen di kaki. Namun, tempoh rekuperasi pascapembedahan adalah lama. Jika saya menjalani pembedahan tersebut ketika belajar, saya tidak dibenarkan berjalan untuk 6 minggu, diikuti oleh tambahan tempoh 6 minggu untuk berpijak separa (partial weightbearing). Ini akan menyebabkan saya terpaksa menangguh semester dan bergraduasi lebih lambat. Bidang perubatan bukanlah pengajian yang boleh dibuat dari jarak jauh kerana saya telahpun berada dalam tahun klinikal. Selain jadual yang padat, kaedah pembelajaran juga memerlukan saya untuk sentiasa bergerak, berdiri lama (khususnya dalam dewan bedah), dan juga untuk cekap dalam melakukan prosedur tertentu.
Justeru, saya terpaksa meneruskan 2 tahun pengajian saya dengan buku lali yang cedera dan semakin sakit setiap hari. Lebih malang lagi, apabila saya ingin melakukan pembedahan selepas tamat belajar, saya tidak lagi dilindungi oleh insurans. Ini menyebabkan saya terpaksa berkerja untuk beberapa ketika bagi mengumpul duit untuk menampung kos pembedahan.
Oleh itu, jika anda ingin anak-anak terus aktif bersukan, lindungilah mereka dengan insurans perubatan. Dalam kes saya, saya tidak perlu menunggu atau mencari kerja sementara dengan buku lali yang cedera (demi mengumpul dana pembedahan) jika saya sudahpun mempunyai insurans perubatan. Tahap kecederaan saya dapat dicegah daripada terus meneruk dan saya akan mendapat pekhidmatan pembedahan yang cepat di samping penginapan yang selesa di hospital swasta.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen