backup og meta

Tip Bersukan Dengan Selamat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/07/2020

    Tip Bersukan Dengan Selamat

    Bersukan merupakan amalan gaya hidup yang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh. Selain pemakanan sihat, aktiviti fizikal memainkan peranan besar dalam memastikan keseimbangan antara kalori yang diambil dan dibakar setiap hari, di samping meningkatkan kesihatan jantung, otot, dan sendi.

    Antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian semasa bersukan ialah aspek keselamatan. Jangan sampai niat anda untuk kekal sihat terganggu dengan risiko kecederaan yang berlaku semasa bersukan.

    Ikuti tip berikut untuk kekal selamat semasa melakukan aktiviti fizikal.

    1. Menggunakan pakaian yang sesuai

    Pastikan pakaian anda termasuk baju, seluar, dan kasut sesuai dengan aktiviti yang dilakukan.

    Jika berjoging, sebaiknya gunakan kasut larian (running shoe) dengan saiz yang sesuai, tidak terlalu longgar atau ketat. Kasut larian membantu menyerap tekanan semasa berlari, mengurangkan tekanan ke atas kaki dan mengelakkan kecederaan seperti kekejangan dan terseliuh.

    Dalam sukan lain, kenakan kasut dan pakaian bersesuaian.

    2. Persekitaran dan waktu yang selamat

    Cari tempat yang selamat, sebolehnya memang direka khas untuk sukan tersebut. Jika anda membuat gimnasium sendiri di rumah, pastikan semua peralatan disusun dengan rapi untuk mengelakkan kecederaan tidak diingini berlaku.

    Selain itu, pilih waktu yang sesuai di waktu pagi atau petang. Jika ingin bersukan di waktu malam, pastikan kawasan tersebut tidak terlalu sunyi.

    3. Kekerapan dan intensiti mengikut kesesuaian diri

    Jika anda baru ingin bermula, jangan memaksa diri melakukan sukan yang berat seperti berjoging 5 kilometer atau mengangkat berat 10 kilogram. Mulakan dengan sedikit dan lakukan peningkatan secara berperingkat. Badan anda akan terkejut jika dilakukan secara drastik. Otot anda juga berisiko mengalami kecederaan sehingga membuatkan anda tidak boleh meneruskan aktiviti fizikal di masa akan datang.

    Pastikan slow and steady!

    4. Ikut nasihat doktor

    Jika anda mengalami kecederaan, sila patuh kepada arahan doktor. Elakkan memaksa diri untuk terus bersukan dalam tempoh pemulihan, terutamanya melibatkan pembedahan seperti urat kaki koyak. Silap haribulan, kecederaan tersebut bertambah buruk.

    Apa pun anda lakukan, keselamatan mesti diutamakan!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan