Tahukah Anda Apa Khasiat Buah Anggur?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/04/2019

Anggur adalah buah pilihan apabila ingin membuat hidangan kepada tetamu kerana rupa dan warnanya yang cantik. Di sebalik kecantikan itu, buah ini sebenarnya juga kaya dengan pelbagai khasiat. Jom kenali apakah khasiat buah anggur.

1. Anggur kaya dengan nutrisi terutamanya vitamin C dan K

Vitamin C adalah antioksidan yang penting bagi badan. Ia membantu meningkatkan sistem ketahanan badan. Vitamin K pula bertanggungjawab ke atas beberapa fungsi termasuk kesihatan tulang, penyembuhan luka dan pembekuan darah.

2. Antioksidan

Seperti banyak buah-buahan lain, anggur juga kaya dengan antioksidan yang membantu mencegah penyakit kronik seperti kencing manis, kanser dan penyakit jantung.

Kandungan antioksidan paling tinggi pada kulit dan bijinya. Oleh sebab itu, kebanyakan kajian tentang buah ini akan menjadikan kulit dan bijinya sebagai sampel.

Antara antioksidan yang ada adalah vitamin C, beta-carotene, resveratrol, quercetin, lutein, lycopene dan ellagic acid.

3. Baik untuk kesihatan jantung

Kandungan potassium dalam buah ini membantu merendahkan tekanan darah. Anggur juga didapati boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Dua faktor ini, tekanan darah dan kolesterol merupakan risiko utama kepada penyakit jantung. Mengawal dua faktor risiko ini membantu mencegah penyakit jantung.

4. Merawat sembelit

Anggur adalah sangat efektif dalam menangani sembelit. Ia kaya dengan serat tidak larut air yang membantu membentuk najis yang lembut dan sihat bagi memudahkan proses membuang air besar.

5. Merangsang sistem imun

Kaya dengan flavinoid, mineral dan vitamin, buah ini mampu merangsang sistem imun anda. Antara vitamin yang terkandung dalam buah anggur adalah vitamin A, C dan K. Apabila sistem imun menjadi kuat, anda lebih kurang dijangkiti demam, selesema atau penyakit lain.

6. Meningkatkan memori, mood dan perhatian

Walaupun ia tidak membuatkan anda menjadi bijak dalam sekelip mata, mengambil anggur secara berkala boleh membantu meningkatkan memori, mood dan fokus. Kandungan resveratrol didakwa bertanggungjawab memberikan khasiat ini.

Tapi, jika makan sahaja tanpa usaha, ia tidak akan memberikan apa-apa manfaat kerana ia berfungsi hanya sebagai pembantu sahaja.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anda Tahu Pisang Yang Anda Makan Sekarang Lebih Cantik Dari Rupa Asal?

    Tahukah anda, buah pisang lembut yang anda makan itu merupakan hasil daripada pembiakan terpilih atau selective breeding?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Limau Vs Lemon: Apa Beza Dua Buah Sitrus Ini?

    Limau dan lemon adalah dua buah sitrus yang lebih kurang sama. Ingin tahu yang manakah lebih bagus? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Delima: Zaman Keemasan Penggunaannya yang Berterusan

    Satu kajian mendapati bahawa dengan hanya 2 gram ekstrak buah delima, ia boleh menghalang kemerosotan ingatan selepas pembedahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Buah-buahan Terbaik Ketika Hamil

    Pengambilan diet pemakanan yang sihat adalah penting bagi wanita ketika hamil. Apakah buah-buahan terbaik dimakan ketika hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    buah-untuk-bayi-perlu-dimasak

    Sebelum Bagi Baby Makan Buah, Kena Masak Dulu Ke? Ini 5 Sebab Ibu Bapa Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    makanan

    Dengan RM100, RM200 & RM300, Barang Dapur Apa Saja Anda Boleh Beli?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/01/2020

    Nak Banyakkan Susu Badan? Cuba Ambil 5 Makanan SUNNAH Ini, Lagipun Ramadhan Bakal Tiba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 31/10/2019
    cara diet yang betul

    Diet Rendah Karbo Boleh Menyebabkan Kanser Usus?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/10/2019