backup og meta

Manfaat Kesihatan Labu yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/09/2021

    Manfaat Kesihatan Labu yang Anda Mungkin Tidak Tahu

    Bercakap tentang labu, apa yang bermain di fikiran anda? Jika orang Barat mungkin membayangkan tentang perayaan Halloween yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun, orang Malaysia tentu teringatkan resepi yang sedap seperti masak lemak, pai, dan kek labu.

    Buah ini bukan sahaja mempunyai rasa yang enak dan isi yang lembut, tetapi juga kaya dengan pelbagai khasiat. Ingin tahu? Teruskan membaca sehingga akhir.

    1. Mengawal berat badan

    Jika anda menyangka serat hanya boleh didapati dari sayur-sayuran hijau, labu juga sebenarnya kaya dengan serat. Nutrien ini membantu membuatkan anda rasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama, seterusnya mengurangkan pengambilan makanan.

    Apakah kesannya?

    Kalori yang masuk ke dalam badan juga akan berkurang dan anda boleh mengawal berat badan anda. Tambahan pula, buah ini mempunyai kandungan air tinggi yang juga membantu memberikan rasa kenyang. Tetapi kalau anda makan sehingga sebiji labu sehari, jangan pula mengharapkan berat badan akan turun!

    2. Baik untuk penglihatan

    Dalam kekayaan nutrien yang ada pada labu, vitamin A ialah antara yang paling utama. Warna oren terang pada kulitnya datang daripada kandungan beta-carotene yang akan ditukarkan kepada vitamin A di dalam badan. Vitamin ini penting untuk kesihatan mata dan membantu retina menyerap serta memproses cahaya.

    Secawan labu mengandungi vitamin A lebih 200 peratus daripada jumlah yang diperlukan, menjadikan ia pilihan terbaik untuk kesihatan mata anda.

    3. Memberikan kulit yang sihat

    Banyak kandungan labu yang membantu dalam mengekalkan kesihatan kulit.

    Ini termasuk beta-carotene yang bukan sahaja bermanfaat untuk mata tetapi juga kulit. Ia boleh berfungsi sebagai pelindung cahaya matahari semula jadi.

    Selain itu, buah ini juga kaya dengan vitamin C yang membantu badan menghasilkan kolagen, sejenis protein yang mengekalkan kesihatan kulit. Tambahan pula, kandungan antioksidan seperti luteinzeaxanthine dan vitamin E melindungi kulit daripada sinaran UV.

    4. Mengurangkan risiko kanser

    Kanser tidak boleh dicegah tetapi kita boleh mengurangkan risikonya.

    Ini termasuk melalui pemakanan yang sihat. Labu yang mengandungi tinggi beta-carotene mampu mengurangkan risiko beberapa kanser tertentu termasuk kanser prostat dan paru-paru.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan