Dalam penyelidikan ke atas 3,500 individu yang diterbitkan dalam British Journal of Psychiatry, menyatakan individu yang mengambil makanan berkhasiat secara keseluruhannya pada tahun sebelumnya kurang berdepan dengan masalah tekanan, berbanding individu yang lebih banyak makan pencuci mulut, makanan bergoreng, daging diproses, bijirin diproses, dan produk tenusu tinggi lemak.
Makan ikan beberapa kali seminggu
Makanan tinggi kandungan asid lemak omega-3 seperti ikan berminyak, ikan berlemak; tuna, salmon, dan sardin, serta kupang, terbukti mengurangkan risiko mengalami simptom kemurungan, terutaman kemurungan selepas bersalin.
Omega-3 adalah nutrien penting untuk membantu dalam meningkatkan emosi, ia tidak dihasilkan oleh diri sendiri. Ia mengubah bahan kimia otak yang berkaitan dengan emosi khususnya dopamin dan serotonin.
Pengambilan kafein secara sederhana
Kafein boleh mencetuskan pengeluaran bahan kimia otak yang dipanggil dopamin, yang penting untuk meningkatan tumpuan dan penglihatan. Kafein membantu menjadikan individu lebih bertenaga dan gembira, tetapi anda harus mengambil kafein dalam jumlah yang sederhana dan terkawal.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen