backup og meta

Tak Susah Nak Turunkan Kadar Kolesterol? Amalkan Diet Rendah Kolesterol Dengan 3 Cara Mudah Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 23/11/2021

    Tak Susah Nak Turunkan Kadar Kolesterol? Amalkan Diet Rendah Kolesterol Dengan 3 Cara Mudah Ini

    Kolesterol adalah penting dalam memastikan fungsi sel-sel di dalam badan. Namun, jika terlebih akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit terutamanya sakit jantung, darah tinggi dan strok. Oleh itu, setiap orang hendaklah mengambil berat terhadap kadar kolesterol di dalam darah untuk mencegah penyakit-penyakit yang disebutkan tadi. Caranya, dengan mengamalkan diet rendah kolesterol.

    Terdapat 2 jenis utama kolesterol: lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

    LDL dikenali sebagai ‘kolesterol jahat’ kerana ia cenderung untuk mendap di dalam salur darah menyebabkan ia menjadi sempit dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

    HDL pula merupakan ‘kolesterol baik’ yang membantu mengurangkan mendapan LDL di dalam salur darah.

    Diet adalah salah satu langkah paling penting dalam mengawal kadar kolesterol. Bagaimana ingin melakukannya? Baca sehingga akhir.

    Apakah perubahan yang boleh dilakukan untuk dapatkan diet rendah kolesterol?

    Tujuan utama dalam mengubah suai diet adalah untuk mengekalkan kadar kolesterol pada julat normal seterusnya mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Melalui diet, sebanyak 10%-15% jumlah kolesterol dapat diturunkan.

    Pertama, kita harus mengenal pasti makanan tinggi kolesterol

    diet rendah kolesterol

    Berikut adalah antara makanan yang mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi:

    Setelah mengetahuinya, cuba hadkan pengambilan makanan ini.

    Sebagai contoh, pencuci mulut seperti biskut krim dan kek boleh dikurangkan. Begitu juga dengan organ dalaman yang perlu dikurangkan di dalam diet.

    Ubah cara penyediaan makanan kepada diet rendah kolesterol

    Selain mengurangkan makanan tinggi kolesterol secara langsung, anda juga boleh tukar cara penyediaan. Antara yang boleh dilakukan adalah:

    • Buang kulit dan lemak yang ada pada ayam atau daging sebelum memasak
    • Utamakan kaedah masak lebih sihat seperti merebus dan mengukus
    • Gunakan minyak sayur-sayuran berbanding minyak kelapa sawit untuk memasak
    • Kurangkan penggunaan minyak. Penggunaan kuali tidak melekat (non-stick pan) juga membantu

    Diet rendah kolesterol yang membantu menurunkan kolesterol

    diet rendah kolesterol

    Berikut adalah makanan yang boleh menurunkan kolesterol:

  • Bijirin oat
  • Soya sebagai alternatif kepada susu dan yogurt
  • Kekacang seperti badam, pistachio, walnut, gajus dan kacang tanah (semuanya tanpa garam)
  • Tauhu
  • Sayur-sayuran tinggi serat larut air seperti bendi, terung dan keledek
  • Anda tidak memerlukan wang yang banyak untuk sihat. Apa yang anda perlukan adalah kesedaran dan komitmen ke arah kehidupan yang sihat.

    Mulakan hari ni dengan langkah yang mudah. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 23/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan