backup og meta

Anda Fikir Vape Lebih Selamat Berbanding Rokok? Tanggapan Anda Ternyata SALAH!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/06/2020

    Anda Fikir Vape Lebih Selamat Berbanding Rokok? Tanggapan Anda Ternyata SALAH!

    Pada bulan Julai lalu, tular satu imej yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang berpakaian sukan sekolah sedang menghisap vape di pondok perhentian bas. Tabiat menghisap vape tersebut mungkin tidak disedari oleh ibu bapa pelajar berkenaan malah berkemungkinan juga mereka tidak mengetahui bahawa anak mereka memiliki vape tersebut. 

    Pada zaman sekarang, para pelajar dengan mudah menyorokkan tabiat menghisap vape ini disebabkan oleh saiz vape itu sendiri yang amat kecil selain tidak menyebabkan bau badan yang kurang menyenangkan sepertimana penghisap rokok. Kebanyakan penghisap vape sama ada individu dewasa mahupun kanak-kanak sekolah percaya bahawa menghisap vape adalah kurang berisiko berbanding daripada menghisap rokok. Adakah dakwaan dan kepercayaan ini benar-benar berasas?

    Vaping memburukkan masalah kesihatan sedia ada

    Baru-baru ini, seorang wanita yang berusia 50 tahun daripada Kansas, Amerika Syarikat telah mengalami kematian yang disebabkan oleh masalah pernafasan yang teruk. Apa yang mengejutkan, masalah pernafasan yang dialami oleh beliau disahkan berkait rapat dengan tabiat vaping dan ia telah menjadikan beliau sebagai individu keenam di Amerika Syarikat yang meninggal dunia disebabkan oleh tabiat vaping tersebut. Lima kematian lain yang telah direkodkan berkaitan dengan amalan vaping tersebut berlaku di Illinois, Indiana, Oregon, Minnesota dan California.

    Menurut Dr. Lee Norman, setiausaha di Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Kansas, wanita tersebut telah mengalami beberapa masalah kesihatan sebelumnya tetapi dalam masa seminggu setelah beliau menggunakan vape, beliau mengalami sindrom kesukaran pernafasan akut yang teruk dan kemudiannya meninggal dunia. Doktor juga telah menyatakan bahawa vape secara jelas telah menyebabkan kesihatannya merosot secara pantas.

    Peningkatan kes kesihatan berkaitan vape

    Kematian ini juga telah menunjukkan peningkatan kadar masalah kesihatan yang berkaitan tabiat vaping dan hal ini turut disokong dengan data daripada jabatan-jabatan kesihatan negeri Amerika Syarikat. Untuk pengetahuan pembaca, sebanyak 483 kes kesihatan yang disyaki atau disahkan berkaitan dengan vape telah berlaku di seluruh Amerika Syarikat. Menurut Centers for Disease Control and Prevention atau CDC, pesakit yang mengalami komplikasi pernafasan akan tiba di hospital dalam keadaan tercungap-cungap, batuk, sakit dada, loya dan muntah-muntah. Malah terdapat juga pesakit yang mengalami demam, keletihan dan masalah gastrousus dan kebanyakan pesakit akan dimasukkan ke unit rawatan rapi beserta bantuan alat pernafasan. Anda perlu mengetahui bahawa kesemua pesakit yang mendaftar masuk ke hospital dilaporkan telah menghisap vape, ganja atau gabungan keduanya dalam tempoh beberapa hari atau beberapa minggu sebelum mereka mula mengalami masalah kesihatan.

    CDC telah memberikan saranan kepada setiap individu untuk mengelakkan penggunaan vape atau sebarang produk e-rokok sementara penyelidikan dan siasatan terperinci dijalankan berkenaan bahan sebenar yang menyebabkan masalah-masalah kesihatan ini. Sebagai ibu bapa pula, anda perlu memantau segala aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak anda terutamanya segala penglibatan mereka di luar rumah. Pantau pergaulan anak-anak anda agar mereka tidak terikut-ikut trend terkini seperti vaping yang boleh membahayakan nyawa. Selidik segala permintaan anak anda terutama jika mereka meminta wang untuk membeli barang yang luar biasa, kerana berkemungkinan mereka menggunakan wang tersebut untuk membeli vape atau isian bagi vape tersebut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan