Tidur meniarap mungkin menyebabkan kedudukan lidah anda menghalang laluan udara pada tekak – mengakibatkan muncul bunyi getaran yang menyebabkan dengkur. Mengubah posisi tidur anda kepada cara mengiring dipercayai dapat membantu anda mengatasi masalah ini. Jika masalah ini masih berterusan, ia mungkin disebabkan masalah apnea tidur obstruktif dan anda perlu berjumpa doktor untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
-
Alkohol, merokok
Hindari pengambilan alkohol sebelum tidur dapat mengurangkan kecenderungan untuk mengalami dengkuran. Ini kerana alkohol menyebabkan otot anda menjadi terlalu ‘tenang’ berbanding ketika waktu tidur biasa. Keadaan ini sekali gus menyebabkan bahagian belakang tekak anda ‘jatuh’ ke belakang ketika anda bernafas – mengakibatkan munculnya dengkur. Merokok merupakan antara tabiat yang turut boleh menyebabkan dengkur anda menjadi lebih teruk. Jadi, sebaiknya pilih untuk kurang merokok atau untuk lebih baik, cuba untuk berhenti merokok.
-
Pemakanan
Perhatikan apa yang anda makan. Mengambil sebarang hidangan berat mungkin boleh mengganggu tidur dan memburukkan lagi masalah dengkur anda. Untuk mendapatkan tidur yang baik, makan malam beberapa jam sebelum tidur. Dan jika anda terasa untuk mengunyah sesuatu sebelum tidur, snek sihat seperti potongan buahan adalah pilihan terbaik.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen