backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Manfaat Sauna Untuk Kesihatan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    Manfaat Sauna Untuk Kesihatan

    Sauna merupakan satu kaedah terapi yang wujud ribuan tahun dahulu dan masih popular sehingga ke hari ini. Ia dikatakan dapat membantu ramai individu untuk berehat dan mencapai ketenangan, selain dipercayai dapat memberikan manfaat kesihatan. Namun, apakah sebenarnya manfaat sauna dari aspek kesihatan?

    Fakta ringkas tentang sauna

  • Sauna adalah tempat di mana individu mendapatkan ketenangan daripada haba kering
  • Ia memberikan manfaat kepada kesihatan kardiovaskular seperti melakukan senaman
  • Mengambil minuman alkohol sebelum sauna boleh mendatangkan bahaya
  • Individu yang mempunyai masalah kardiovaskular atau hamil perlu mendapatkan nasihat dari pakar perubatan sebelum melakukan sauna
  • Apa itu sauna?

    Sauna kebiasaannya merupakan sebuah bilik yang bersuhu antara 70° hingga 100°C. Sauna tradisional di Finland biasanya menggunakan haba kering, kelembapan relatif antara 10 hingga 20 peratus. Bagi sauna jenis lain, mungkin akan menggunakan kadar kelembapan yang lebih tinggi. Apabila suhu kulit meningkat, ia secara tidak langsung akan menyebabkan keluarnya peluh. Kadar denyutan jantung juga akan meningkat untuk mengekalkan suhu badan.

    Bergantung kepada suhu, terdapat beberapa jenis sauna;

    • Pembakaran kayu – biasanya mempunyai kelembapan rendah dan suhu yang tinggi.
    • Pemanasan secara elektrik – sama seperti sauna pembakaran kayu, sauna jenis ini mempunyai suhu yang tinggi dan kelembapan rendah.
    • Bilik inframerah – sauna inframerah jauh (FIRS) berbeza dari pembakaran kayu dan pemanasan elektrik. Lampu khas yang menggunakan gelombang cahaya digunakan untuk memanaskan badan, bukan keseluruhan ruang. Biasanya menggunakan suhu yang rendah tetapi tetap akan menyebabkan seseorang individu berpeluh. Suhu biasa sauna ini adalah lebih kurang 60°C.
    • Bilik stim – ia adalah berbeza daripada sauna. Tidak menggunakan haba kering seperti sauna lain, bilik stim melibatkan tahap kelembapan yang tinggi dan haba yang lembap.

    Apakah manfaat sauna?

    Tanpa mengira jenis sauna, atau tahap kelembapan, ia tetap memberikan kesan yang sama kepada badan. Apabila seseorang individu berada di dalam sauna, kadar degupan jantung akan meningkat dan saluran darah akan mengembang. Ini sekali gus akan meningkatkan peredaran darah, sama seperti jika anda melakukan senaman tahap rendah dan sederhana bergantung kepada tempoh sauna. Degupan jantung mungkin meningkat antara 100 hingga 150 denyut ketika menggunakan sauna. Ini dapat membawakan beberapa manfaat sauna.

    Antara manfaat sauna adalah:

    1. Mengurangkan kesakitan

    Peningkatan peredaran darah mungkin dapat membantu mengurangkan kesakitan otot, memperbaiki pengerakan sendi dan mengurangkan sakit arthritis. Haba akan merangsang endorfin juga memberikan kesan baik kepada kesakitan, sekali gus membantu mempercepatkan proses penyembuhan semula jadi.

    1. Mengurangkan tekanan

    Sauna dapat membantu mengurangkan tekanan. Haba dari sauna akan merangsang pengeluaran endorfin – bahan kimia semula jadi yang membuatkan emosi anda menjadi lebih baik. Sebagaimana sauna dapat memperbaiki peredaran darah, dalam masa yang sama ia juga menggalakkan rasa tenang. Ini dapat memperbaiki rasa ketenangan dan kesejahteraan dalam diri.

    1. Singkir toksin

    Berpeluh dalam sauna membantu mengurangkan tahap plumbum, tembaga, zink, nikel, merkuri dan bahan kimia – toksin yang biasa diserap apabila badan berinteraksi dengan persekitaran di sekeliling.

    1. Bersihkan kulit

    Sauna dapat membersihkan kulit. Apabila badan berpeluh, kulit akan menjadi bersih dan sel kulit mati akan diganti – menjadikan kulit anda dapat berfungsi dengan baik. Sauna kering akan menjadikan kulit anda kering semasa menggunakan sauna. Bagi individu yang menghidapi psoriasis akan mendapati simptom itu berkurangan semasa dalam sauna. Tetapi bagi individu yang mengalami dermatitis atopik, mungkin akan mendapati ia bertambah teruk.

    1. Tingkatkan prestasi kardiovaskular

    Apabila suhu badan meningkat, kadar degupan jantung juga meningkat. Apabila badan cuba untuk menyejukkan, kadar degupan jantung akan menurun. Ia memberikan jantung senaman yang sihat. Sauna juga dikaitkan dengan dapat menjadikan kadar tekanan darah menurun dan meningkatkan fungsi jantung.

    1. Tidur lebih baik

    Melakukan sauna dikatakan dapat menjadikan tidur anda lebih baik. Kajian menunjukkan penurunan endorfin, berkurangan secara perlahan selepas endorfin membantu memudahkan tidur anda.

    1. Kurangkan asma

    Individu yang menghidapi asma mungkin akan merasakan beberapa simptom berkaitan asma berkurangan ketika dalam sauna. Sauna membantu menjadi saluran udara lebih terbuka, melegakan kahak dan mengurangkan tekanan.

    1. Mengurangkan berat

    Sauna juga dipercayai adalah sebagai satu cara untuk mengurangkan berat dengan usaha yang minimum. Ketika berada di dalam sauna, kadar degupan jantung akan meningkat. Kajian mengatakan, sesi sauna selama 20 minit di bawah suhu sekitar 76°C, dapat membakar lebih daripada 500 kalori. Metabolisme badan akan meningkat seperti melakukan senaman fizikal dan merupakan kaedah terbaik untuk mengekalkan berat badan.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan