Pasangan Bercinta, Nilai 5 Aspek Kahwin Muda Ini Terlebih Dahulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date Februari 11, 2020

Cinta itu indah. Ia merupakan anugerah yang tiada nilai jika hendak dibandingkan dengan segala perasaan yang wujud di dunia ini. Namun dalam masa yang sama, ia juga buta dan membutakan pasangan merpati sejoli di luar sana. Gara-gara cinta, ada pasangan yang sanggup kahwin muda tanpa berfikir masak-masak!

Adakah kahwin muda satu perkara yang normal?

Buat anda yang tertanya-tanya, pasangan suami isteri yang dianggap kahwin muda adalah mereka yang berusia 25 tahun ke bawah.  Di negara kita, ada juga remaja yang berkahwin dengan pilihan hati masing-masing semasa berusia belasan tahun lagi. Persoalannya, adakah ia satu perkara yang boleh dianggap normal?

Menurut pandangan mana-mana agama sekalipun, tidak salah jika individu ingin berkahwin awal. Bahkan, ia lebih baik kerana anda dapat mengelakkan daripada gejala sosial seperti seks bebas dan hamil luar nikah. Namun, perlu diingatkan bahawa ianya bukan merupakan satu trend yang boleh diikuti oleh setiap golongan muda di luar sana!

Adakah anda benar-benar sudah bersedia?

Setiap kali anda terfikir mengenai perkahwinan, perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah mempunyai hubungan yang berkekalan hingga ke akhir nyawa. Perkahwinan adalah komitmen dua individu iaitu lelaki dan perempuan kepada satu sama lain, termasuk keluarga masing-masing melalui satu ikatan yang sah dan suci.

Apabila setiap pasangan merancang untuk berkahwin, mereka sudah pasti berfikir untuk membina keluarga bersama serta mendedikasikan hidup mereka kepada satu sama lain. Dalam pada itu, ini adalah kitaran atau lingkaran kehidupan yang mana naluri semula jadi untuk hidup dan memanjangkan zuriat kita.

Jadi, tepuk dada tanya selera. Adakah anda benar-benar sudah bersedia?

#1. Ia memerlukan persediaan & pengorbanan

kahwin muda

Pasangan bercinta di luar sana perlu tahu bahawa perkahwinan adalah satu perkara yang perlu difikirkan masak-masak. Ia merupakan satu keputusan terbesar dalam hidup seseorang kerana ia akan mengubah gaya dan cara hidup anda buat selama-lamanya!

Cuba anda bayangkan, kediaman atau kenderaan anda yang sebelum ini dimiliki oleh anda seorang, perlu dikongsi bersama pasangan anda pula. Adakah anda sudah bersedia untuk tinggal sebumbung, makan sepinggan dan tidur sekatil dengan individu yang bakal hidup bersama anda untuk sepanjang hidup?

Bukan itu sahaja, anda juga perlu mengorbankan sesuatu semata-mata untuk kesenangan anda dan pasangan. Sebagai contoh, anda mungkin perlu menangguhkan atau melupakan sahaja niat anda untuk melanjutkan pelajaran kerana perlu setia menemani suami atau isteri. Jadi, fikirkan baik-baik ya?

#2. Pastikan matlamat perkahwinan anda berdua jelas

kahwin muda

Jika anda rasa diri anda sudah bersedia, lihat pula kepada matlamat anda. Anda dan pasangan perlu pastikan matlamat perkahwinan anda berdua adalah jelas.

Ini kerana sudah menjadi satu kebiasaan kini kita dapat melihat persalinan pakaian bakal raja sehari mahupun reka bentuk pelamin yang terkini melalui ruangan laman sosial kita masing-masing. Tanya pada diri sendiri, adakah anda hanya mahu berkahwin untuk merasai keindahan menjadi raja sehari ini?

Selain itu, adakah anda hanya mahu mengatakan kepada kawan-kawan anda yang anda sudah berkahwin, atau adakah anda benar-benar ingin menghabiskan hidup anda seorang? Fikirkan sebabnya. Tanya diri anda soalan-soalan mengenai anda dan pasangan dalam kehidupan selepas perkahwinan.

Pastikan bahawa anda betul-betul sudah bersedia untuk berkahwin. Jangan pula anda berdua ambil keputusan untuk kahwin muda semata-mata kerana tidak mahu dilabel ‘tidak laku’!

#3. Kewangan kedua-dua pasangan perlu stabil

kahwin muda

Ramai orang cakap bahawa perkahwinan memerlukan rasa cinta dan kasih sayang yang mendalam kepada pasangan. Ya, memang betul. Tetapi, adakah itu sudah mencukupi? Hakikatnya, yang lebih penting buat pasangan yang sudah berkahwin adalah wang ringgit!

Selepas sahaja seseorang individu itu lulus peperiksaan akhir sekolah seperti Sijil Pelajaran Malaysia di negara kita, sudah tentu mereka memerlukan masa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah sebelum mendapatkan pekerjaan yang terbaik.

Jadi, adakah ini masa yang sesuai untuk berkahwin? Tidak. Sebaiknya, habiskan belajar ke menara gading terlebih dahulu, mengikut kemampuan anda. Selepas itu, cari kerja yang sesuai dan stabil sebelum memutuskan untuk melangkah ke alam perkahwinan.

#4. Selain itu, ketahui juga risiko penceraian

kahwin muda

Orang dahulu berkahwin untuk sehidup semati bersama pasangan, tetapi zaman kini terlalu banyak kes penceraian. Ini kerana pasangan zaman sekarang banyak yang kahwin awal dan sudah tentu mereka kurang dari segi ilmu kehidupan berumah tangga. 

Selain itu, kecenderungan untuk mengikut nafsu, hati dan perasaan sambil mengabaikan akal fikiran yang dianugerahkan kepada kita turut menjadi punca perpecahan suami dan isteri. Ini adalah sama sekali perakra yang ingin kita elakkan.

#5. Terlebih dahulu, tanyakan pada ibu bapa anda

kahwin muda

Setiap keputusan yang kita buat perlu ditanyakan pada ibu bapa terlebih dahulu. Persoalannya, adakah keputusan pasangan bercinta di luar sana untuk kahwin muda perlu ditanyakan kepada ibu bapa?

Jawapannya, tentu sekali ya. Ini kerana mereka adalah individu yang sudah tentu mengenali diri anda. Jadi, mereka mungkin boleh tahu sama ada anda benar-benar bersedia untuk kahwin muda atau belum.

Namun, anda sebagai ibu bapa pula jangan terlalu masuk campur dalam menentukan kehidupan anak anda. Sekiranya anda berasa anak anda terlalu awal atau terlalu lambat ingin berkahwin, tanyakan secara lembut kepada mereka dan jangan memaksa!

Dari aspek penyelesaian konflik pula, tidak salah untuk anda memberi nasihat bagi menyelesaikan masalah yang mungkin pasangan muda itu alami. Dalam erti kata yang lain, sila membantu dan bukan menghukum pasangan anak anda okay!

Konklusi

Kesimpulannya, tidak salah untuk kahwin awal kerana ia adalah hak individu. Pun begitu, anda perlu tahu setiap baik dan buruknya. Jika anda sudah bersedia untuk berkorban, sanggup berdepan dengan risiko penceraian tinggi serta sudah stabil dari segi kewangan, maka tiada penghalang untuk anda berkahwin.

Ya, cinta itu memang buta. Cuma, jangan biarkan cinta itu membutakan anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anda Sudah Hilang Minat Dengan Seks? AWAS, Ia Mungkin Tanda Penyakit Ini!

    Ada individu yang tidak berminat langsung untuk berhubungan intim walaupun bersama pasangan tercinta. Kenapa? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Kenapa Wanita Mengerang Semasa Berhubungan Intim? Ia Bukan Sekadar Tanda Bahagia…

    Adalah normal untuk wanita mengerang semasa berhubungan intim. Pun begitu, pernahkah anda terfikir apa sebab ia berlaku? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Hari Keluarga Antarabangsa: Ini 7 Sebab Mengapa Perlu Luang Masa Dengan Famili, No 4 Paling Penting

    Masa bersama keluarga merupakan salah satu aspek penting dalam mengecapi kebahagiaan pasangan dan anak. Ia boleh mempengaruhi perkembangan psikologi mereka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Alamak! Keinginan Seks Menurun Sebab Menyusu Badan, Macam Mana Nak Buat?

    Bagaimana aktiviti menyusu badan kepada anak boleh sebabkan seseorang wanita hilang keinginan lakukan seks? Susu badan anak pun boleh bagi kesan sebegini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

    Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    Sudah Lama Tak Sentuh Pasangan? Ini 11 PUNCA UTAMA Buat Anda Hilang Minat Bersetubuh Dengan Si Dia

    Sudah Lama Tak Sentuh Pasangan? Ini 11 PUNCA UTAMA Buat Anda Hilang Minat Bersetubuh Dengan Si Dia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 20, 2020
    Hari-hari Mahu, Patutlah Pasangan Selalu Ajak Buat ‘Projek’, Tak Sangka Ini Manfaatnya!

    Hari-hari Mahu, Patutlah Pasangan Selalu Ajak Buat ‘Projek’, Tak Sangka Ini Manfaatnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada Mei 19, 2020