Jus Ceri Mengurangkan Risiko Gout

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Pemakanan memainkan peranan penting dalam mencegah dan merawat gout. Gout adalah sejenis artritis yang kebiasaannya akan menjejaskan sendi periferal yang menyebabkan bengkak kaki serta menjejaskan juga lutut, siku, ibu jari atau jari.

Lelaki lebih cenderung untuk mendapat gout berbanding wanita, walaupun wanita selepas menopaus juga mengalami peningkatan risikonya.

Ceri dan Gout

Terdapat kajian yang mendapati bahawa pesakit gout yang menggunakan ceri dalam tempoh dua hari menunjukkan risiko serangan gout lebih rendah sebanyak 35% berbanding dengan mereka yang tidak memakannya.

Jus ceri juga boleh memberi manfaat kepada penyakit gout kerana ia mempunyai sifat anti keradangan dan antioksidan yang kuat. Percubaan klinikal membuktikan sifat-sifat antiradang yang membantu mengurangkan kesakitan dan pembengkakan gaut.

Kajian juga menunjukkan bahawa jus ceri boleh mengurangkan paras asid urik dalam darah yang boleh menyumbang kepada manfaat bagi penyakit gout.

Antara manfaat jus ceri adalah:

Mengurangkan keradangan

Ceri mengandungi bahan kimia tumbuhan yang telah terbukti mempunyai kesan antiradang. Kesan ini boleh membantu dalam mengurangkan keradangan bagi pesakit gout. Ciri-ciri antiradang ceri telah terbukti berbanding ubat-ubatan antiradang tanpa steroid (NSAID) yang kebanyakannya digunakan dalam rawatan gout.

Satu lagi kajian menunjukkan bahawa jus ceri meminimumkan penanda radang (sebatian bio-kimia yang dikeluarkan di dalam badan akibat keradangan) dalam kesihatan.

Mengurangkan kesakitan

Jus ceri telah terbukti mengurangkan kesakitan melalui latihan dalam kajian klinikal berbanding dengan plasebo. Satu kajian yang dijalankan oleh Tall et al. al., membuktikan bahawa jus ceri boleh mengurangkan kesakitan dan bengkak yang disebabkan oleh keradangan.

Jus ceri mempunyai sifat melegakan kesakitan dengan mengurangkan kapasiti keradangan dan tekanan oksidatif.

Penggunaan NSAID untuk melegakan kesakitan dikaitkan dengan banyak kesan sampingan. Oleh itu, penggunaan jus ceri untuk melegakan kesakitan adalah pilihan yang lebih selamat untuk melawan sakit gout.

Manfaat antioksidan

Jus ceri adalah antioksidan yang kuat. Antosianin yang terdapat dalam jus ceri bertanggungjawab untuk kesan antioksidan. Jus ceri telah ditunjukkan untuk mengurangkan tekanan oksidatif (ketidakseimbangan antara pembentukan dan pelepasan spesies oksigen reaktif yang menyebabkan kerosakan sel) dalam kesihatan.

Pesakit gout didapati mempunyai lebih banyak tekanan oksidatif dan kesan antioksidan jus ceri boleh membantu dalam pengurangan tekanan.

Mengurangkan serangan gout berulang

Serangan gout berulang adalah masalah utama bagi pesakit gout. Disebabkan itu, kesan pengambilan jus ceri terhadap serangan itu juga dijaki secara meluas.

Percubaan klinikal yang dijalankan oleh Zhang Y et. al., menunjukkan 35% daripada pengurangan serangan gout dalam kumpulan pesakit gout pada jus ceri apabila dibandingkan dengan sekumpulan pesakit gout tanpa pengambilan jus ceri.

Penyelidikan juga menunjukkan pelbagai jenis ceri juga telah memberi manfaat dalam mengurangkan serangan gout.

Menurunkan asid urik dalam darah

Keadaan ini disebabkan oleh mengurangan pengeluaran asid urik atau peningkatan dalam penghapusan urik asid daripada badan.

Kajian haiwan juga menunjukkan bahawa jus ceri dapat mengurangkan paras asid urik dalam gout.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut