backup og meta

Jangkitan Faraj Tanpa Hubungan Seksual, Bolehkah Ia Berlaku?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    Jangkitan Faraj Tanpa Hubungan Seksual, Bolehkah Ia Berlaku?

    Ramai orang percaya bahawa tanpa hubungan seksual, anda tidak mengalami jangkitan faraj. Bagaimanapun, adakah ini benar? Artikel di bawah akan memberi anda maklumat mengenai sama ada anda boleh mendapat jangkitan faraj tanpa aktif secara seksual atau sebaliknya.

    Apa yang anda tahu mengenai jangkitan faraj?

    Simptom dan tanda-tanda jangkitan faraj termasuk kegatalan, pembakaran dan kesakitan di dalam atau di sekeliling faraj anda, atau ketidaknormalan dalam keputihan. Sekiranya anda aktif secara seksual, telah melakukan hubungan kelamin dengan seseorang dan mengalami tanda-tanda dan simptom itu, kemungkinan besar anda mempunyai penyakit berjangkit secara seksual atau dikenali sebagai STD atau STI, yang bermaksud jangkitan seksual.

    Berbeza dengan kepercayaan normal, jangkitan faraj tidak terhad kepada mereka yang aktif secara seksual, tetapi mereka yang tidak mempunyai hubungan kelamin juga boleh mendapatnya. Perlu diingatkan bahawa setiap kali anda mempunya tanda-tanda di atas, kemungkinan anda mengalami jangkitan faraj atau STD atau STI sangat tinggi. Oleh itu, jumpa doktor secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang komplikasi lanjut.

    Jenis jangkitan faraj

    Vaginosis bakteria (BV)

    Ia disebabkan oleh pertumbuhan bakteria tertentu (sejenis kuman) dalam faraj anda. Simptom dan tanda-tanda penyakit ini termasuk faraj berbau hanyir, lebihan cecair dalam faraj berbanding biasa atau gatal di sekeliling atau dalam faraj anda. BV boleh berlaku kepada kedua-dua orang yang telah melakukan hubungan seksual dan orang yang tidak mempunyai hubungan seksual.

    • Jangkitan yis

    Jangkitan yis adalah disebabkan oleh pertambahan jenis kuman yang juga dikenali sebagai kulat di dalam faraj anda. Berhati-hati dengan tanda dan simptom seperti pembakaran, kemerahan atau pembengkakan pada faraj atau vulva, kesakitan semasa seks atau buang air kecil, pembuangan air kecil tidak normal dan ruam merah di luar faraj anda.

    Bagaimana mengurangkan peluang mendapatkan jangkita faraj?

    • Pastikan faraj atau alat kelamin bersih. Adalah sangat penting mengekalkan faraj dan bahagian bawah yang bersih setiap hari. Cuci bahagian luar faraj dan bahagian bawah dengan sabun khusus dengan arahan ahli farmasi setiap hari dengan betul. Di samping itu, ingat bahawa setiap kali anda ke bilik mandi, lap dari bahagian depan badan anda ke belakang, bukan sebaliknya.
    • Pastikan faraj nyaman dan selesa. Semain tinggu suhu, lebih banyak bakteria. Persekitaran lembap dan panas adalah tempat yang sempurna bagi bakteria untuk berkembang.Juga, ingatlah untuk elakkan memakai pakaian yang tidak selesa seperti potongan yang dibuat daripada kain serap haba seperti rayon dan poliester. Ini kerana ia boleh memerangkap haba di kelangkang anda. Oleh itu pakai seluar yang selesa yang diperbuat daripada kapas akan menjadi idea yang baik.
    • Jauhi juga pakaian yang basah. Bakteria tidak hanya mendiami dan berkembang pesat di tempat-tempat yang panas, tetapi ia juga sukakan persekitaran yag basah. Itulah sebabnya mengapa anda harus menukar pakaian kering secepat mungkin selepas berada di dalam air.
    • Minum air secukupnya.
    • Tukar seluar dalam setiap hari (sangat penting).

    Jika anda berfikir bahawa anda mengalami jangkitan faraj, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor secepat mungkin untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan lanjut. Semakin lama anda menunggu, semakin teruk keadaan jangkitan faraj anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan