backup og meta

Selalu Berus Gigi Tapi Tetap Kekuningan, Ini 7 Punca UTAMA Mengapa Gigi Berubah Warna

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 18/07/2023

    Selalu Berus Gigi Tapi Tetap Kekuningan, Ini 7 Punca UTAMA Mengapa Gigi Berubah Warna

    Apakah punca gigi kuning yang sering kali menjadi mimpi ngeri ramai orang? Dalam artikel ini ada jawapannya

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.

    Punca gigi kuning

    Senyuman berseri dengan gigi putih dan cantik sememangnya menjadi impian semua orang. Ini kerana gigi putih berseri menambah rasa keyakinan diri.

    Malangnya, disebabkan beberapa kesan makanan dan faktor luaran, gigi anda tidak menjadi putih seperti yang di harapkan.

    Terdapat banyak faktor yang menyebabkan gigi kian berwarna dan kekuningan: 

    #1. Merokok

    Rokok dan asap paip menghilangkan kecerahan gigi. Selain itu, merokok juga menyebabkan nafas berbau dan risiko kesihatan yang lain seperti kanser paru-paru atau kanser tekak.

    punca gigi kuning

    #2. Kurang menjaga kebersihan mulut 

    Jika anda tidak kerap berus, flos dan bilas mulut anda untuk membuang plak dan tartar gigi selepas makan, ia boleh meningkatkan perubahan warna gigi anda.

    #3. Masalah perubatan tertentu

    Perubahan warna gigi kadangkala berlaku disebabkan kesan sampingan terapi ubat seperti kemoterapi dan rawatan radiasi yang digunakan untuk merawat kanser.

    #4. Punca gigi kuning – Makanan

    Pelbagai jenis makanan dengan warna yang kuat seperti tomato, rempah kari, dan buah beri boleh meninggalkan kesan hitam pada gigi.

    Bahkan beberapa makanan yang sihat seperti salad boleh menyebabkan warna pada gigi anda.

    #5. Minuman

    Kopi dan teh adalah dua minuman utama yang boleh menyebabkan penampilan gigi yang buruk. Beberapa minuman lain seperti wain putih dan merah juga mempengaruhi warna gigi.

    punca gigi kuning

    #6. Kemalangan

    Kesan kemalangan atau trauma fizikal boleh meretakkan enamel gigi dan merosakkan penampilan gigi.

    #7. Faktor-faktor luaran yang lain

    Perubahan warna gigi juga boleh disebabkan oleh paras fluorida semula jadi yang tinggi di dalam air.

    Terapi fluorida, pencuci, ubat gigi, dan makanan tambahan fluorida diambil melalui mulut boleh menyebabkan perubahan warna gigi.

    Tip untuk menghilangkan punca berwarna

    • Gunakan teknik berus dan flos gigi yang betul.
    • Elakkan memakan makanan dan minuman yang menyebabkan perubahan warna gigi.
    • Kurangkan atau jika mungkin, berhenti merokok.
    • Gunakan ejen pemutih gigi tanpa preskripsi (OTC).

    Baca juga:

    Rawatan sampingan atasi punca gigi kuning

    Berikut adalah cara memutihkan gigi kuning secara alami:

    Baking soda dan jus lemon

    • Campurkan beberapa sudu baking soda dengan jumlahjus lemon yang mencukupi untuk menghasilkan pes.
    • Gunakan berus gigi yang ditekan dalam pes ini untuk memberus gigi anda perlahan-lahan.
    • Biarkan ia kekal pada gigi untuk 1 atau dua minit kemudian bilas mulut anda dengan teliti. Jangan tunggu terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan pada mulut anda.

    Membilas dengan minyak kelapa

    • Sebelum memberus gigi pada waktu pagi, ambil sejumlah minyak kelapa yang mencukupi dalam mulut anda
    • Kumuhkan agar minyak melalui gigi dan mulut anda selama 10-15 minit
    • Bilas mulut anda dengan air kemudian berus gigi anda seperti biasa.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 18/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan