WOW! Ini 7 Wanita Kelahiran MALAYSIA Yang Menggegar DUNIA, 5 Daripadanya Bergelar Doktor!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/03/2020

Tidak kira bangsa, umur dan jantina, setiap individu mempunyai peluang untuk melakar kecemerlangan peribadi mahupun di peringkat dunia. Ada antara anggota masyarakat kita yang pernah melakar sejarah dalam bidang akademik, sosial dan pelbagai bidang lain di peringkat tempatan. Begitu juga dengan kejayaan yang dilakar oleh wanita Malaysia.

Terdapat beberapa wanita kelahiran bumi Malaysia tercinta ini yang berjaya melakar nama di peringkat antarabangsa dan dikenali dunia. Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa ini, kami di Hello Doktor ingin berkongsi dengan anda 7 orang wanita Malaysia yang pernah menempa nama di dunia luar. Check this out!

#1. Dr. Nur Amalina Che Bakri, Doktor dan Penyelidik di Imperial College London

wanita malaysia

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan personaliti yang satu ini. Dr. Amalina mula menempa nama sebagai individu pertama yang berjaya mendapat 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004.

Berikutan kecemerlangannya dalam SPM, beliau ditawarkan biasiswa Bank Negara Malaysia untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom. Beliau menamatkan pengajian pada tahun 2013 dari University of Edinburgh, Scotland. 

Selain itu, beliau juga turut mempunyai Intercalated Degree in Pharmacology with Industrial Experience dari University of Edinburgh dan Masters in Clinical Science – Translational Medicine and Therapeutics dari University of Cambridge.

Beliau kini berkhidmat sebagai Pakar Bedah Pelatih Khas di Imperial College Healthcare NHS Trust yang terlibat dalam pembedahan umum, vaskular dan trauma. Dr. Amalina mempunyai impian untuk menjadi seorang pakar bedah bagi kanser payudara dan onkoplasti

#2. Dr. Nur Adlyka Ainul Annuar, temui black hole semasa siapkan Ph.D

wanita

Pensyarah yang kini berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia ini telah membuat satu penemuan yang besar berkenaan lohong hitam (black hole), dan telah mengejutkan dunia astronomi.

Beliau dan sekumpulan ahli astronomi lain telah menemukan lohong hitam aktif yang tersembunyi dalam sistem galaksi di angkasa lepas.

Beliau telah membuat penemuan ini dengan menggunakan teleskop X-ray NuStar milik NASA ketika menyambung pengajian Ph.D dalam bidang astrofizik di Centre of Extragalactic Astronomy, Durham University di United Kingdom. 

#3. Dr. Hafizah Noor Isa, buktikan kebenaran teori Albert Einstein

wanita

Anak kelahiran Kelantan ini pula telah mengharumkan nama Malaysia apabila namanya dicatatkan sebagai salah seorang saintis yang berjaya membuktikan teori Albert Einstein berkaitan gelombang graviti pada tahun 2016.

Penemuan Dr. Hafizah dan kumpulan saintis lain ini diiktiraf sebagai “satu penemuan saintifik abad ini”. Saintis terkenal, Stephen Hawking turut memuji penemuan ini dan menganggapnya sebagai “the holy grail of science”.

Dr. Hafizah menyumbang kepakarannya dalam kajian ini semasa beliau masih lagi seorang calon Ph.D di University of Glasgow, United Kingdom. Sebelum itu, beliau merupakan bekas pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan juga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 

#4. Heidy Quah, terima anugerah daripada Queen Elizabeth

wanita

Ketika berumur 18 tahun, beliau merupakan pengasas bersama bagi Refuge for The Refugees (RFTR), sebuah NGO yang bermatlamat meningkatkan taraf hidup kanak-kanak pelarian yang berada di Malaysia

Segalanya bermula apabila Heidy melibatkan diri dalam aktiviti pengumpulan dana untuk sekolah kanak-kanak pelarian, tempat di mana dia berkhidmat sebagai seorang sukarelawan. Dalam tempoh hanya 5 tahun, RFTR telah berkembang menjadi sebuah NGO yang membantu menyokong 35 buah sekolah di Malaysia dan juga Myanmar.

Dia juga adalah penerima tunggal anugerah Queen’s Young Leaders Award. Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada remaja yang berumur antara 18 hingga 29 tahun dari negara-negara Komanwel, yang menunjukkan bakat kepimpinan dan mentransformasikan kehidupan individu lain dengan kemahiran yang mereka miliki.

Anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Queen Elizabeth kepada Heidy. Tahniah Heidy!

#5. Dr. Mazlan Othman, salah seorang Ahli Astrofizik wanita Malaysia dan dunia

Mazlan Othman

Kearifan Dr. Mazlan dalam bidang astrofizik bukan sahaja diiktiraf di Malaysia, malah merupakan antara yang terhebat di dunia dalam bidang ini!

Beliau menamatkan pengajian Ph.D dari University of Otago, New Zealand dalam bidang fizik. Hal ini menjadikan beliau sebagai wanita pertama yang bergraduasi dalam bidang fizik dari universiti tersebut sejak ia ditubuhkan pada tahun 1869. Wow!

Antara peranan yang pernah dimainkan oleh Dr. Mazlan adalah mewujudkan kurikulum untuk kursus astrofizik di universiti-universiti Malaysia. Selain itu, beliau juga turut terlibat dalam membangunkan Planetarium Negara dan berperanan dalam misi menghantar angkasawan pertama Malaysia ke angkasa lepas.

Di peringkat antarabangsa, Dr. Mazlan pernah dilantik sebagai Director of the United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA) sebanyak dua kali! Bukan biasa-biasa tau!

Antara peranan beliau pada ketika itu ialah mengkoordinasi undang-undang angkasa untuk pelbagai negara selain mengelakkan pertembungan asteroid berisiko yang berdekatan dengan bumi. 

#6. Dr. Wan Wardatul Amani Wan Salim, dari tukang cuci ke Ketua Projek Satelit NASA

Wan Wardatul Amani

Kariernya bermula dengan hanya bertugas mencuci slaid kaca mikroskop, sebelum dipertanggungjawabkan mengetuai satu kumpulan untuk pelancaran satelit milik NASA ke angkasa lepas. 

Beliau mengetuai satu kumpulan yang dianggotai oleh seramai 28 orang saintis dan jurutera dalam pelancaran satelit nano yang merupakan program astrobiologi pertama NASA. Program astrobiologi ini mengkaji berkenaan bagaimana sel hidup memberi respons dalam keadaan ruang angkasa lepas yang kurang graviti. 

Dr. Wan Wardatul Amani juga pernah dianugerahkan dengan Thora Halstead “Young Investigator” Award atas sumbangannya dalam kajian berkenaan angkasa lepas dan juga graviti.

Beliau kini telah pulang ke tanah air dan berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) setelah menyedari bahawa beliau mahu membantu negara yang tercinta ini. 

Dr. Wan Wardatul Amani merupakan anak perempuan kepada Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim Bin Wan Mohd. Noor.

#7. Sabariah Hussein, “Mother Teresa of Montreal”

Sabariah Hussein

Anak kelahiran Malaysia yang kini menetap di Montreal, Kanada ini cukup dikenali oleh masyarakat di sana sebagai Mother Teresa of Montreal. Mengapa? Kerana khidmatnya yang cukup besar dalam memberi makan kepada golongan yang kurang berkemampuan seperti orang-orang miskin dan kumpulan gelandangan.

Inspirasi untuk memasak dan memberi makan kepada golongan tidak berkemampuan bermula sejak 18 tahun yang lalu. Pada ketika itu, beliau berasa kasihan dengan seorang wanita yang berada di tepi jalan, meminta untuk diberikan makanan. Pada saat itulah, beliau membuat keputusan untuk memasak dan memberi makan kepada golongan yang kesusahan.

Puan Sabariah tidak melakukan perkara ini secara berseorangan memandangkan beliau turut bekerjasama dengan dua buah gereja, sebuah food bank dan sebuah NGO. Pada bulan Ramadan, Puan Sabariah mengabdikan dirinya dengan memasak makanan untuk 200 orang setiap hari selain membuka satu gerai pengedaran makanan di sebuah masjid komuniti.

Beliau turut dibantu oleh sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan agama dalam usaha kebajikan yang dilakukannya di Montreal.

Wanita Malaysia semakin terkenal

Kini anda telah mengetahui beberapa figura atau personaliti wanita dari Malaysia yang mungkin sebelum ini tidak dikenali ramai atas bakat dan usaha mereka. Namun, segala bakat dan usaha mereka ini amat diiktiraf di luar negara. Mereka inilah yang telah melakukan tindakan berani dan menunjukkan kebolehan mereka di luar negara, sekali gus membantu menempa nama baik Malaysia ke persada dunia. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Terkejut, Wanita Sebenarnya Ada 11 Jenis Klimaks! #5 Paling Syok

    Bukan 1, 2 atau 3. Sebenarnya terdapat banyak jenis klimaks wanita yang kalian mungkin belum tahu lagi. Bila dah tahu tentu isteri tak sabar menanti orgasma

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Lelaki Lebih Puas Di Ranjang Jika Buah Dada Isteri Besar! Fakta Atau Auta?

    Sebagai lelaki, adakah kalian suka buah dada besar, sederhana atau kecil? Anda sendiri tidak tahu jawapannya? Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Risau Peranakan Jatuh? Ini 7 Petua Untuk Kecutkan Rahim Kembang

    Anda ada masalah peranakan jatuh? Jangan bimbang, ini kami senaraikan beberapa petua kecutkan rahim yang kembang yang wajib dicuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Wanita Tahu Tentang Orgasma Puting? Ini 4 Cara Untuk Mendapatkannya! – Rugi Tak Cuba

    Tidak dinafikan, ramai wanita yang tidak tahu apa itu orgasma puting payudara. Tenang, sila ikuti artikel ini untuk mengetahui tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    orgasme-wanita-normal-untuk-tidak-dialami

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    manfaat bawang putih untuk wanita

    Ini Sebab Kita Kena Makan Bawang Putih! Libido Wanita Pun Boleh Meningkat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/05/2020
    mengerang semasa seks

    Kenapa Wanita Mengerang Semasa Berhubungan Intim? Ia Bukan Sekadar Tanda Bahagia…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/05/2020
    wanita beronani

    Perempuan Melancap? Ada 5 Perkara Tentang Onani Wanita Yang Mungkin Anda Tidak Tahu, Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 06/05/2020