Harold Shipman, Kisah Pembunuh Bersiri Licik Yang Juga Seorang Doktor…

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/02/2020

Doktor merupakan profesion yang sering dipandang tinggi oleh masyarakat. Kebanyakan doktor menghabiskan sisa hidup mereka berkhidmat untuk masyarakat walaupun bayaran yang diberikan kepada mereka tidak setimpal dengan beban kerja. Namun, adakah seorang doktor itu bebas daripada niat buruk atau kecenderungan untuk melakukan jenayah? Ikuti artikel ini untuk mengetahui berkenaan dengan Harold Shipman, pembunuh bersiri yang juga merupakan seorang doktor.

Pemalsuan surat wasiat

pembunuh bersiri

“Dengan ini, saya mewasiatkan semua estet, duit dan rumah kepada doktor peribadi saya. Keluarga saya tidak memerlukan wasiat tersebut dan saya ingin memberikan ganjaran kepadanya atas jasanya dalam menjaga saya dan penduduk setempat.”

Jika anda merupakan anak kepada pewasiat yang sudah meninggal dunia, apakah perasaan anda? Sedih? Curiga? Marah? Apakah yang telah berlaku?

Demikianlah bagaimana Dr Harold Shipman, doktor peribadi kepada Kathleen Grundy, seorang Datuk Bandar Hyde, ditangkap kerana disyaki memalsukan tandatangan pada dokumen wasiat tersebut. Setelah disiasat akan latar belakang beliau beserta rekod rawatan terhadap pesakit lain, Dr Harold telah dituduh membunuh 15 wanita lain.

Rekod yang dikeluarkan pada tahun 2001, setahun selepas Dr Harold didapati bersalah, menunjukkan beliau telah membunuh 215 pesakit. Faktor kejayaannya terletak pada kelemahan sistem pengeluaran sijil kematian yang ketika itu, ditandatangani oleh doktor itu sendiri tanpa melibatkan pemeriksaan oleh koroner.

Jika tidak kerana surat wasiat tersebut, bilangan orang yang akan dibunuhnya berkemungkinan akan melebihi 215 orang. Dr Harold kian tamak dan disebabkan sikap tamaknya itu membuatkan beliau tersungkur.

Kehidupan pembunuh bersiri seperti individu biasa

doktor

Tiada sebarang rekod yang menunjukkan bahawa Dr Harold mempunyai potensi untuk menjadi seorang pembunuh bersiri yang terkenal. Namun itulah ciri-ciri yang menjamin kejayaan beliau. Pada tahun 1946, Harold Frederick Shipman telah dilahirkan di Manchester.

Ibunya telah didiagnosis dengan kanser paru-paru ketika beliau berada di alam persekolahan. Beliau mula tertarik dengan bidang perubatan apabila melihat kepada keberkesanan suntikan morfin dalam mengawal simptom yang dialami oleh ibunya. Namun, sebelum beliau menjadi seorang doktor, ibunya meninggal dunia ketika Harold menduduki peperiksaan A-Level.

Setelah mendapatkan ijazah perubatan daripada Universiti Leeds, beliau mula mempraktikkan perubatan umum di Lancashire. Namun disebabkan beliau menyalahgunakan opiod yang dikenali sebagai pethedine, lesen kedoktorannya telah ditarik balik dan Harold dipaksa untuk mengikuti program pemulihan dadah di Pusat Rehabilitasi Lancashire.

Dua tahun kemudiannya, beliau kembali bekerja di bandar Hyde dan perkhidmatannya berlanjutan sehingga tahun 1998. Itulah saat apabila Kathleen Grundy, Datuk Bandar Hyde, mati secara mengejut beberapa jam setelah kedatangan Dr Harold.

Curiga dengan surat wasiat yang diberikan kepadanya, anak perempuan Kathleen membuat keputusan untuk menyiasat perihal latar belakang Harold. Pada tahun 2000, Harold telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pembunuhan 15 orang wanita. Beliau dihukum penjara seumur hidup, namun Harold membunuh diri sewaktu beliau berada di dalam penjara.

Motif pembunuh bersiri

pembunuh bersiri

Pada tahun 2002, satu laporan telah dikeluarkan menunjukkan Harold Shipman telah membunuh sekurang-kurangnya 215 orang pesakit yang berusia di antara 47 hingga 93 tahun. Majoriti kes tersebut, Harold menggunakan opiod, diamorphine sebelum memalsukan sebab mati pesakit di dalam sijil kematian mereka.

Namun, jika dilihat pada kesemua kes yang didakwa ke atasnya, tiada satu pembunuhan pun yang menunjukkan Harold berbuat demikian untuk mendapatkan wang kecuali apabila beliau memalsukan surat wasiat Kathleen.

Apabila perbincangan berkenaan dengan motif pembunuhan Harold timbul, ahli akademik mempunyai tiga teori:

  • Harold ingin membalas dendam disebabkan oleh kematian ibunya
  • Harold merupakan seorang psikopat yang suka membunuh orang lain bagi tujuan hiburan
  • Harold mengamalkan euthanasia, satu prosedur untuk menamatkan nyawa pesakit bagi mengelakkan mereka menderita

Namun, tiada konklusi yang boleh dibuat berdasarkan kepada maklumat yang ada. Kebanyakan pesakit yang dibunuh oleh Harold sihat sebelum berjumpa dengan beliau. Namun jika ini merupakan satu jenayah, ia dilakukan tanpa menimbulkan curiga dalam kalangan penduduk tempatan.

Konklusi

Tujuan penulis merungkaikan kisah ini bukanlah untuk memberikan sebab kepada anda untuk tidak mempercayai doktor anda. Doktor juga manusia dan tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Jika dilihat, Harold Shipman pada asalnya ingin berkhidmat sebagai pegawai perubatan oleh kerana ketaksubannya terhadap opiod.

Walaupun dia nampak seperti ingin membantu namun, motif dan pengamalannya tidak betul dari segi undang-undang Perubatan (Medical Laws). Secara umumnya, pembuatannya adalah tidak beretika.  

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    TAK SANGKA Mesin Basuh Di Rumah Mungkin Juga ‘Rumah’ Untuk Organisma Lain!

    Adakah anda tahu, bahawa mesin basuh merupakan 'rumah' bagi bakteria yang mungkin boleh berpindah ke pakaian anda pula jika tidak dicuci?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Ketagihan Permainan Video

    Ketagihan terhadap permainan video boleh mempengaruhi kebolehan seseorang untuk menjalani kehidupan harian. Ikuti artikel ini untuk penjelasan selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Betul Ke Guna Pil Perancang Sudah Ketinggalan Dan Satu Kaedah Lama?

    Adakah pil perancang merupakan alternatif terbaik berbanding dengan metod lain? Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya. Klik Hello Doktor sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Ayuh, Mari Hapus Stigma Psoriasis!

    Psoriasis sering dianggap sebagai penyakit berjangkit walaupun ia tidak. Teruskan membaca untuk mengetahui berkenaan dengan penyakit ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    doktor letih

    Doktor Letih, Bekalan PPE Semakin Kurang: Ini Kesusahan Yang Dirasai Oleh Frontliner

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/03/2020
    wabak COVID-19

    Covid-19 Tambah Stres Pada Doktor, Staf Perubatan? Bagaimana Mereka Hadapinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/03/2020
    doktor mengamuk di seremban

    Isu Doktor MENGAMUK Di Klinik Kesihatan Seremban, Apa Sebenarnya Yang Terjadi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/02/2020

    Tak Sangka Kos Rawatan Kanser Paru-Paru Antara TERMAHAL, Termasuk 5 Penyakit Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/01/2020