Mengapakah Kesan Sampingan Sesetengah Ubat Hanya Menjejaskan Pesakit Wanita?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 05/12/2019

Terdapat satu kebenaran bahawa jika anda mengalami selsema atau jari kaki yang tersadung, apabila ke farmasi atau kedai ubat, doktor atau individu yang mengpreskripsi akan mengarahkan ujian dan ubatan yang sama tanpa memikirkan jantina pesakit. Mengapa keadaan itu berlaku?

Mengenai ubat-ubatan

Satu kajian menunjukkan bahawa 80% daripada ubat yang dikeluarkan daripada pasaran adalah disebabkan oleh kesan sampingan pada wanita. Mengapa kesan sampingannya ditemui pada wanita selepas ubat berkenaan dikeluarkan ke pasaran? Adakah anda tahu bahawa ia mengambil masa yang panjang bagi ubat yang mana daripada idea kepada ujian sel di makmal terhadap haiwan, kemudian percubaan klinikal pada manusia, akhirnya menjalani prosedur kelulusan peraturan, untuk membolehkan doktor merawat anda? Jadi mengapa terdapat penemuan kesan sampingan yang tidak boleh diterima pada jantina? Apakah yang sedang berlaku?

Institut Perubatan mengatakan bahawa setiap sel mempunyai jantina. Jadi, sel-sel yang digunakan dalam makmal itu, sel-sel lelaki, dan haiwan yang digunakan dalam kajian haiwan adalah haiwan lelaki juga, dan percubaan klinikal telah dilakukan secara eksklusif pada lelaki.

Memetabolisme ubat pada kadar yang lebih perlahan

Bagaimanakah model lelaki menjadi asas untuk penyelidikan perubatan? Mari lihat kembali bagaimana mereka berurusan dengan bantuan tidur Ambien. Ambien dijual di pasaran lebih daripada 20 tahun yang lalu, beratus-ratus juta preskripsi telah ditulis, terutamanya kepada wanita, kerana wanita mengalami gangguan tidur lebih banyak berbanding lelaki. Tetapi hanya pada tahun lalu, FDA mencadangkan mengurangkan setengah dos untuk wanita, kerana mereka hanya menyedari bahawa wanita memetabolisme ubat pada kadar yang lebih perlahan daripada lelaki, ini menyebabkan mereka bangun pada waktu pagi dengan lebih banyak ubat aktif dalam sistem mereka. Kemudian mereka mengantuk dan tidak cukup segar untuk memandu, jadi mereka lebih cenderung berisiko untuk kemalangan. Berapa banyak lagi yang perlu dianalisis mengikut jantina? Apa lagi yang tertinggal?

Sistem reproduktif wanita

Perang Dunia ke-II telah mengubah banyak perkara, dan salah satunya adalah keperluan untuk melindungi seseorang daripada menjadi mangsa penyelidikan perubatan tanpa persetujuan. Jadi mereka menetapkan beberapa peraturan, dan sebahagian daripada itu adalah hasrat untuk melindungi wanita hamil daripada terlibat dalam apa-apa kajian perubatan. Ini kerana, bagaimana jika sesuatu berlaku pada janin semasa kajian? Siapa yang bertanggungjawab? Jadi para saintis pada masa itu benar-benar menganggap ini adalah satu rahmat kerana apabila berurusan dengannya, tubuh lelaki adalah sangat homogen (seragam). Mereka tidak mempunyai tahap hormon yang berubah secara berterusan yang boleh mengganggu data bersih jika mereka hanya mempunyai lelaki. Ia lebih mudah dan lebih murah. Terdapat anggapan umum bahawa lelaki dan wanita adalah sama dalam setiap cara, berbeza dengan organ pembiakan dan hormon seks mereka. Jadi diputuskan, kajian perubatan dilakukan pada lelaki, dan keputusannya kemudiannya digunakan wanita.

Apakah yang dilakukan terhadap kesihatan wanita? Kesihatan wanita ternyata sinonim dengan reproduktif (kehamilan, rahim, payudara, ovari). Ketika itu dirujuk sebagai “ubat bikini”. Dan ini berlaku sehingga tahun 1980-an, apabila konsep ini dicabar oleh masyarakat perubatan dan pembuat dasar kesihatan komuniti apabila mereka tahu bahawa tanpa melibatkan wanita dari semua kajian penyelidikan perubatan, itu benar-benar merugikan. Di samping isu-isu pembiakan, hampir tiada apa yang diketahui tentang keperluan tunggal pesakit wanita.

Saluran darah

Dan apa pula beberapa bukti untuk membantu menerangkan beberapa perbezaan ini? Sekiranya melihat pada anatomi, saluran darah yang mengelilingi jantung lelaki adalah lebih besar berbanding wanita, dan cara pembuluh darah membangunkan penyakit adalah pelbagai dalam kalangan wanita berbanding lelaki. Dan pemeriksaan yang digunakan untuk menentukan sama ada seseorang berisiko untuk serangan jantung, ia pertama kali direka dan diuji serta disempurnakan pada lelaki, dan tidak baik untuk menentukannya pada wanita.

Dan kemudian jika kita berfikir tentang ubat yang biasa kit gunakan, seperti aspirin. Memberikan aspirin kepada lelaki yang sihat untuk membantu mencegah mereka daripada mengalami serangan jantung, tetapi adakah anda tahu bahawa jika anda memberikan aspirin kepada seorang wanita yang sihat, itu sebenarnya berbahaya?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Lelaki Lebih Puas Di Ranjang Jika Buah Dada Isteri Besar! Fakta Atau Auta?

    Sebagai lelaki, adakah kalian suka buah dada besar, sederhana atau kecil? Anda sendiri tidak tahu jawapannya? Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Risau Peranakan Jatuh? Ini 7 Petua Untuk Kecutkan Rahim Kembang

    Anda ada masalah peranakan jatuh? Jangan bimbang, ini kami senaraikan beberapa petua kecutkan rahim yang kembang yang wajib dicuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Wanita Tahu Tentang Orgasma Puting? Ini 4 Cara Untuk Mendapatkannya! – Rugi Tak Cuba

    Tidak dinafikan, ramai wanita yang tidak tahu apa itu orgasma puting payudara. Tenang, sila ikuti artikel ini untuk mengetahui tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Wanita, Adakah Kerap Bersenggama “KUNCI” Untuk Tangguh Menopaus? Ini Jawapannya!

    Setiap wanita akan mengalami menopaus. Namun, ada kajian terkini yang mengatakan seks dengan kerap boleh jadi cara lambatkan menopaus. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    manfaat bawang putih untuk wanita

    Ini Sebab Kita Kena Makan Bawang Putih! Libido Wanita Pun Boleh Meningkat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/05/2020
    mengerang semasa seks

    Kenapa Wanita Mengerang Semasa Berhubungan Intim? Ia Bukan Sekadar Tanda Bahagia…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/05/2020
    wanita beronani

    Perempuan Melancap? Ada 5 Perkara Tentang Onani Wanita Yang Mungkin Anda Tidak Tahu, Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 06/05/2020
    jenis klimaks wanita

    Jangan Terkejut, Wanita Sebenarnya Ada 11 Jenis Klimaks! #5 Paling Syok

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/04/2020