Mencari Pengertian Hidup

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Apakah pengertian hidup? Bagaikan bayang-bayang, persoalan ini akan menghantui kita melalui kehidupan kita. Kita pasti menginginkan sebuah kehidupan yang mempunyai nilai dalam kehidupan kita. Tidak kira berapa usia anda sekarang, anda masih boleh mencari tujuan atau pengertian kehidupan anda.

3 persoalan penting

Menambah perkataan “saya” dalam persoalan “apakah pengertian hidup (saya)?” pastinya memudahkan permasalahan ini, namun ia belum tentu menemui penyelesaian. Apa yang penting, meletakkan diri sebagai persoalan utama pasti membantu kita menjawab persoalan tersebut.

Untuk mencari tujuan kita dalam kehidupan ini, kita perlu menggali di bawah permukaan dan bertanya kepada diri sendiri lebih banyak persoalan khusus. Kita perlu memahami nilai, bakat dan potensi kita. Kita perlu bertanya kepada diri sendiri 3 soalan:

  1. Apa yang penting untuk saya?
  2. Apakah kepakaran saya?
  3. Apakah potensi saya?

Petua menjadikan hidup anda lebih bermakna

Fokus

Daripada mengejar 3 atau 4 gol dan menampakkan hasil kemajuan yang tidak ketara, lebih baik anda fokus kepada satu perkara dan memberikan sepenuh tenaga dan tumpuan kepadanya. Fokus. Bukan sahaja membantu mengurangkan tekanan malah ia turut membuatkan anda lebih berjaya. Cuba dan selarikan matlamat anda dengan sesuatu yang anda sukai, supaya anda memiliki dorongan instrinsik (intrinsic) untuk bekerja keras dan melakukannya dengan baik.

Memberi

Buat sesuatu selaras dengan apa yang anda percaya dan inginkan, sambil memberikan atau berbuat sesuatu kepada dunia atau paling tidak orang di sekelilingi kita. Dengan memberi, pastinya kita akan dapat mencari tujuan dalam perbuatan kita itu. Memupuk lebih banyak aktiviti sebegini, anda pastinya akan mendapati kehidupan anda mempunyai nilai dan tujuan yang lebih bermakna.

Permudahkan hidup

Dengan memudahkan hidup anda, anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan sesuatu yang memenuhi dan memberikan makna dalam kehidupan anda. Ia juga boleh membantu mengurangkan tekanan dan menjadikan hidup anda lebih mudah untuk diuruskan. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan produktiviti anda.

Sikap waspada

Sentiasa peka dengan diri dan tindakan anda. Berhati-hati dengan apa yang anda lakukan pada setiap masa dan pastikan anda menjalani kehidupan mengikut prinsip, tujuan hidup dan apa yang anda sukai. Nilaikan semula semua tindakan anda setiap hari dengan mengambil kira apa yang tersasar dari tujuan anda. Bekerja ke arah untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang. Meditasi adalah cara yang baik untuk melakukan tugas ini.

Utamakan yang penting

Sering kali kita berdepan dengan keinginan untuk mendapatkan sesuatu barangan material. Sebolehnya pertimbangkan dengan teliti apa yang ingin anda beli, dan lebihkan untuk berkongsi bersama rakan dan keluarga demi memperolehi memori dan pengalaman yang lebih berharga. Ia bukan sahaja memberikan makna yang lebih mendalam, tetapi turut akan menjadikan anda lebih bahagia.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: November 21, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019