Kajian Buktikan Ini Kenapa Lelaki Berkahwin Lebih Menarik, Patutlah Ramai Nak Caras!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/06/2020 . 2 mins read

“Eh, handsome kau sekarang, ada buat pembedahan plastik ke ni?”. Seloroh Nurul kepada kawan lelaki di tempat belajarnya dulu, Faizal yang sudah lama tidak berjumpa.

Apa yang lebih menghairankan, Faizal sebenarnya sudah beberapa tahun berkahwin. Perbualan ini sebenarnya sedikit sebanyak memberi gambaran yang menyetujui kenyataan di mana lelaki sudah berkahwin sebenarnya lebih menarik berbanding lelaki bujang.

Persoalannya, benarkah penyataan ini?

Seri selepas berkahwin 

Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Journal of Experimental Social Psychology, didapati bahawa 90 peratus wanita bujang adalah lebih berminat kepada lelaki yang mereka percaya sudah berkahwin!

Kepercayaan mengenai seri selepas berkahwin sebenarnya mungkin ada kebenarannya.

Ini kerana kita sering sahaja disajikan dengan cerita atau gosip di mana seorang wanita mempunyai hubungan sulit dengan suami orang lain, bukan?

Perkara ini bukan hanya berlaku dalam drama swasta televisyen atau internet, ia memang terjadi dalam kehidupan manusia. 

Seri ini sebenarnya mungkin bukan sahaja melibatkan rupa semata-mata, malahan juga wang ringgit dan harta.

Ini kerana lelaki selalunya berkahwin pada usia sekitar 30-an ke 40-an, dan ketika ini lelaki kebiasaannya sudah stabil dari segi ekonomi dan mampu untuk menanggung diri dan pasangannya. 

Lihat sahaja dalam media massa atau media sosial, sudah sangat banyak kes penceraian yang melibatkan orang ketiga ini.

Dalam pada itu, kes seperti ini banyak melibatkan lelaki yang sudah berkahwin berbanding wanita. Dari segi logik, memang tidak masuk akal seorang wanita itu mahu menjerut leher sendiri dengan bercinta dengan lelaki orang, bukan?

Sebenarnya, ada penjelasan saintifik yang mendalanginya. Lelaki yang sudah berkahwin mungkin akan lebih menarik bagi sebahagian wanita ekoran proses biologi yang dikenali sebagai mate-choice copying

Mate-choice copying

Proses biologi ini sebenarnya bukan hanya wujud dalam diri manusia, malahan juga setiap spesies yang ada di muka bumi.

Proses ini akan terjadi apabila seekor betina daripada sebarang spesies tertarik kepada jantan daripada kalangan spesiesnya apabila si jantan itu sudah mempunyai pasangannya sendiri.

Mungkin bagi haiwan, proses biologi ini mungkin tidak akan berapa memberikan kesan yang terlalu mendalam.

Paling teruk pun, akan berlaku pergaduhan atau perebutan pasangan yang bagi mereka memang merupakan asas kehidupan mereka. Namun bagaimana pula halnya jika ini terjadi kepada manusia?

Manusia adalah spesies yang mempunyai peradaban paling sempurna di muka bumi ini. Kita ada akal dan perasaan.

Oleh itu, keperluan untuk kita memiliki pasangan bukan sahaja didasari oleh nafsu semata-mata, malahan juga rasa cinta dan kasih sayang.

Disebabkan itu, istilah merampas pasangan ini tidak harus wujud dalam diri seorang manusia.

Pun begitu, ia masih terjadi. Ini kerana kadangkala kita akan bertindak di luar kawalan. Ini yang akan terjadi apabila aspek emosi mula membatasi fungsi otak.

Akibatnya, anda mungkin tidak mampu mengawal tingkah laku anda lagi dan ia akan menjadi salah satu sebab mengapa ada wanita akan tertarik kepada lelaki yang sudah berkahwin.

Jadi, wanita yang sudah berkahwin perlu lebih berhati-hati, ya? Mungkin anda tidak perlu sampai mengawal dan mengongkong suami anda terlalu ketat.

Namun, sekadar cukup untuk membuatkan dia tahu bahawa anda seorang sahaja sudah cukup untuk menyayangi dirinya.

Mungkin benar Faizal telah menjadi lebih tampan apabila sudah berkahwin, namun dia juga perlu tahu bahawa ketampanannya itu tidak boleh digunakan sebagai senjata untuk memikat gadis di luar sana yang mungkin agak terganggu proses biologinya.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Siapa Cakap Lelaki Tak Perlu Buat Yoga? Ada Manfaat Untuk Kesihatan Seksual Okay!

    Ramai yang kata senaman ini hanya untuk warga emas atau wanita hamil sahaja, salah. Ini kerana terdapat banyak manfaat yoga untuk lelaki. Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 07/07/2020 . 3 mins read

    Usah Biarkan Masalah Vaginismus Sekat Hubungan Seks Anda, Ikut 3 Tip Ini, Sure Nikmat!

    Anda sering sakit ketika bersama suami? Mungkin itu kerana masalah seksual dikenali sebagai vaginismus. Ikuti tip ketika melakukan seks. Sure berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/07/2020 . 3 mins read

    Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

    Ramai yang tahu perbuatan beronani atau melancap ini adalah tidak bagus untuk kesihatan. Lebih menakutkan, jika ia dilakukan bersama 5 benda ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 01/07/2020 . 3 mins read

    Bukan Rambut Saja, Misai Pun Boleh Rasa Gatal, Ini 5 Puncanya

    Rasa gatal pada misai dan janggut lazim dialami oleh lelaki. Jika serius ia boleh mengganggu produktiviti harian. Ketahui punca dan tip atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 01/07/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    mimpi basah

    Wah! Bukan Lelaki Saja Yang Alami Mimpi Basah, Tapi Wanita Pun Boleh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 mins read
    hubungan senggama

    Kenapa Tak Boleh Buat Seks Dengan Ramai Pasangan? Bukan Sebab HIV Sahaja Ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 mins read
    banyak air ketika bersama suami

    Aduh! Sakit Ditusuk Suami? Atasi Faraj Kurang Basah Dengan 8 Jenis Makanan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 mins read
    zakar bengkok

    Zakar Bengkok Boleh Kembali Lurus? Nak Tahu Mustahil Atau Tidak, Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read