Dengan RM100, RM200 & RM300, Barang Dapur Apa Saja Anda Boleh Beli?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/02/2020

Pernahkah anda terfikir, apakah jenis dan kuantiti produk makanan yang boleh dibawa pulang dari pasar raya jika anda memiliki wang sebanyak RM100 di dalam genggaman anda?

Bagaimana pula dengan wang sebanyak RM200 atau RM300? Mungkin anda boleh melihat kepada anggaran jenis dan kuantiti produk makanan yang boleh anda beli melalui infografik yang kami sediakan di bawah ini. 

makanan

Jika anda perhatikan, terdapat sedikit perbezaan dari segi jenis dan kuantiti makanan yang kami anggarkan mengikut jumlah wang yang mungkin anda miliki.

Mengapa kami mewujudkan perbezaan sedemikian? Pada kebiasaannya, jika anda memiliki wang yang lebih banyak, maka anda akan berharap untuk dapat membeli kuantiti barangan yang lebih banyak dan lebih berkualiti, dan malah lebih sihat!

Kami akan nyatakan beberapa perbezaan produk dari segi manfaat pemakanan atau nutrisi agar anda terdorong untuk membeli produk-produk yang lebih sihat dan bernutrisi.

Beras putih vs beras basmati vs beras perang

Jika anda perhatikan, ketiga-tiga jenis beras yang dinyatakan memiliki berat yang sama tetapi dengan harga yang berbeza. Ini adalah disebabkan beberapa manfaat pemakanan yang ditawarkan mengikut jenis beras tersebut.

Untuk beras putih, bahagian bran iaitu lapisan luar biji beras yang berwarna coklat telah disingkirkan, yang mana bahagian bran tersebut kaya dengan kandungan vitamin dan mineral.

Ini telah menjadikan beras putih memiliki sedikit sahaja khasiat berbanding beras perang.

Beras basmati pula adalah sejenis beras yang tinggi kandungan mikronutrien dan makronutrien seperti zink, kalsium, kalium, magnesium, vitamin B1, B6, vitamin E dan vitamin K.

Beras basmati juga rendah indeks glisemik yang menjadikannya sesuai untuk diambil oleh pesakit diabetes.

Berbanding dengan beras putih dan basmati, beras perang pula adalah sejenis bijirin penuh. Ini kerana ia masih mengandungi kesemua bahagian bijirin tersebut termasuklah bran yang berserat, germ dan endosperm.

Beras perang juga mengandungi lebih banyak serat dan antioksidan berbanding jenis beras yang lain.

Gula putih vs gula perang

Sememangnya gula perang adalah sedikit mahal berbanding gula putih biasa. Anda tahu mengapa? Harganya yang sedikit lebih mahal juga disebabkan oleh kandungan nutrisinya yang lebih baik berbanding gula putih yang biasa kita ambil.

Untuk pengetahuan anda, gula perang mempunyai kandungan kalsium, zat besi dan kalium yang sedikit lebih tinggi berbanding gula putih biasa. Gula perang juga mempunyai lebih sedikit kalori berbanding daripada gula putih.

Walau bagaimanapun, perbezaan nutrisi antara keduanya adalah amat sedikit. Tetapi jika anda mahu memilih produk yang lebih sihat, gula perang adalah pilihan yang lebih baik.

Minyak kelapa sawit vs minyak zaitun

Untuk pengetahuan anda, kesemua kalori minyak kelapa sawit adalah daripada kandungan lemaknya. Pecahan asid lemaknya ialah 50% asid lemak tepu, 40% asid lemak tidak tepu tunggal dan 10% daripada asid lemak tidak tepu.

Jenis lemak tepu utama yang terdapat dalam minyak kelapa sawit ialah asid palmitik, yang menyumbang sebanyak 44% daripada kalori.

Walau bagaimanapun, minyak kelapa sawit juga adalah sumber bagi tocotrienols, sejenis vitamin E dengan ciri antioksidan yang kuat yang boleh menyokong kesihatan otak. 

Minyak zaitun pula menjadi pilihan utama bagi mereka yang mementingkan kesihatan dalam masakan disebabkan oleh khasiatnya yang jauh lebih tinggi berbanding minyak kelapa sawit.

Kandungan asid oleik yang terdapat dalam minyak zaitun adalah setinggi 73% daripada keseluruhan kandungan minyak tersebut. Ada apa dengan asid oleik ini? Kajian menunjukkan bahawa asid oleik mampu mengurangkan keradangan dan mempunyai kesan yang bermanfaat terhadap gen yang berkaitan dengan kanser.

Selain itu, lemak mono tidak tepu yang terkandung dalam minyak zaitun juga agak tahan terhadap haba yang tinggi, menjadikan ia sebagai jenis minyak masak yang sangat sihat untuk masakan anda.

Mengapa mesti roti bijirin penuh?

Sepertimana bijirin penuh, roti bijirin penuh juga mempunyai manfaat yang lebih baik dan berkhasiat berbanding roti putih yang biasa kita makan.

Ini kerana, roti bijirin penuh diperbuat daripada tepung yang mengandungi kesemua kebaikan yang diperoleh daripada bijian gandum sebenar.

Sekam luaran bijirin gandum ini tidak dibuang, lalu menjadikan roti bijirin penuh lebih kaya dengan serat, protein, vitamin B1, B2, niasin, B6, asid folik dan biotin.

Jika anda mahu mencari roti bijirin penuh, cari roti dengan bungkusan yang ditulis “bijirin penuh” atau “100% bijirin penuh” pada pembungkusannya. Pastikan juga bahawa bahan pertama yang ditulis pada kandungannya ialah gandum, oat dan rai penuh atau mana-mana jenis bijirin penuh. 

Mengapa teh hijau lebih mahal?

Teh hijau adalah sejenis teh yang kurang diproses dan cenderung untuk memiliki jumlah polifenol yang lebih tinggi berbanding teh-teh yang lain.

Polifenol diketahui meningkatkan dan memperbaiki fungsi otak, pencernaan dan tahap gula darah selain mengelakkan darah beku, penyakit jantung dan juga sesetengah kanser.

Teh hijau juga amat kaya dengan antioksidan yang boleh mengekalkan keremajaan kulit dan tubuh selain melindungi kita daripada kerosakan akibat pencemaran dan sinar UV matahari. Masih tidak cukup dengan fakta ini? Teh hijau juga membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga strok selain menurunkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh. 

Adakah penting untuk saya menyediakan sejumlah besar bajet bagi pembelian produk makanan berbanding perkara-perkara lain?

Berdasarkan Hierarki Keperluan Abraham Maslow, makanan merupakan antara perkara yang termasuk dalam keperluan yang paling besar untuk seorang manusia, iaitu keperluan fisiologi.

Selain makanan, manusia juga memerlukan air, tempat tinggal dan juga pakaian untuk kelangsungan hidup. Dengan bajet yang lebih besar untuk pembelian makanan dan minuman, anda sebenarnya menunaikan salah satu tanggungjawab atau keperluan yang paling besar atau dikehendaki oleh tubuh anda.

Tubuh anda pasti mahukan sumber makanan yang bernutrisi, seimbang dan mencukupi agar kekal sihat. 

Sebagai contoh, bagi mereka yang mempunyai RM300, mereka lebih mampu untuk membeli daging merah berbanding mereka yang hanya memiliki wang sebanyak RM50 atau RM100 sahaja.

Daging merah seperti daging lembu, kambing dan kerbau mempunyai lebih banyak protein myoglobin yang kaya dengan zat besi berbanding dengan daging ayam. Daging merah merupakan sumber yang baik untuk anda mendapatkan protein, beberapa jenis vitamin dan mineral, termasuklah vitamin B12, niasin dan selenium.

Selain itu, dengan peruntukan yang lebih banyak untuk pembelian makanan, anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis sumber vitamin daripada buah-buahan seperti pisang, epal dan tembikai. Buah pisang contohnya, mengandungi kandungan kalium dan serat yang tinggi selain beberapa kandungan antioksidan.

Sebiji pisang hanya mengandungi sebanyak 105 kalori sahaja dan terdiri daripada kandungan air dan karbohidrat. Mengapa kami letakkan pisang sebagai antara buah yang patut anda beli di pasar raya?

Ini kerana, selain harganya yang murah, ia juga adalah sejenis buah yang membantu memperbaiki kesihatan pencernaan tubuh. Ia juga bermanfaat bagi kesihatan jantung dan pengawalan tekanan darah anda.

Cadangan kepada pengguna, pengeluar produk dan kerajaan

Untuk anda sebagai pengguna, mungkin anda perlu lebihkan sedikit bajet anda atau memilih lebih banyak produk makanan berkhasiat ketika anda ke pasar raya berbanding produk-produk lain yang bukan keperluan.

Untuk menjadi seorang pengguna yang bijak dan boleh menikmati harga yang lebih rendah dengan produk yang sama, sentiasa bandingkan harga yang ditawarkan antara pasar raya di sekitar kediaman anda. Selain itu, gunakan waktu promosi mingguan atau bulanan bagi mendapatkan harga yang lebih murah.

Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh berjimat dan mendapatkan bekalan makanan yang lebih berkhasiat, anda juga sebenarnya sedang mendidik diri anda untuk belajar merancang dan berbelanja mengikut keperluan berbanding mengutamakan kehendak.

Untuk pengeluar pula, anda boleh laksanakan promosi mingguan atau sekurang-kurangnya bulanan agar pengguna boleh mendapat akses terhadap harga makanan yang lebih murah, selain mencipta kelompok pelanggan setia untuk produk anda.

Pengeluar juga boleh menggunakan platform jualan online untuk membantu pengguna mendapatkan produk secara terus daripada anda berbanding melalui orang tengah. Dengan cara ini, harga produk makanan akan menjadi lebih rendah.

Saranan bagi pihak kerajaan pula, tambahan beberapa ratus ringgit mungkin kelihatan sangat wajar dan munasabah untuk penerima-penerima bantuan berkala seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) dan juga bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jika dilihat kepada anggaran makanan yang boleh dibeli dengan wang sebanyak RM100, ia jelas masih tidak mencukupi kerana ia masih terhad kepada produk makanan semata-mata, tidak termasuk barangan lain seperti barangan penjagaan diri.

Kuantiti makanan yang dianggarkan juga tidak mengambil kira tempoh penggunaannya yang mungkin akan lebih cepat habis tidak sampai sebulan. 

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, anggaran yang disediakan ini sebenarnya mempengaruhi tabiat pemakanan dan jenis makanan yang anda ambil sehari-harian. Semakin kecil wang anda sediakan, maka semakin kurang kuantiti dan kualiti makanan yang dapat anda beli.

Makanan adalah salah satu keperluan fisiologi yang jelas amat penting untuk kelangsungan dan kesejahteraan hidup manusia.

Makanan yang bernutrisi dan mencukupi amat mempengaruhi tahap kesihatan tubuh anda agar tidak mudah mendapat pelbagai penyakit yang tidak diingini terutama sekali akibat daripada amalan pemakanan yang tidak baik. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anda Tahu Ada Asid Borik Dalam Mi Kuning? Ini BAHAYANYA Jika Anda Termakan Ia!

    Selalu makan mi kuning kan? Anda tahu bahawa asid borik banyak digunakan dalam pembuatan mi kuning dan juga bebola ikan sebelum ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Ketahui, Makan Sihat Bukan Hanya Untuk Badan, Tetapi Juga Untuk Mental Anda!

    Makan secara sihat bukan sahaja untuk kecantikan fizikal, malah untuk kesejahteraan mental anda. Percaya atau tidak, makanan boleh mempengaruhi mood anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Anda Tahu, Mengapa Sarapan Pagi Adalah Makanan Yang Paling Penting Setiap Hari?

    Jika anda ‘skip’ waktu sarapan pagi anda, anda juga sebenarnya telah ‘skip’ satu manfaat yang sepatutnya dinikmati oleh tubuh badan anda pada hari tersebut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Hidup Sihat Tanpa Diet. Boleh ke?

    Berikut merupakan nasihat pakar makanan yang boleh diguna pakai bagi mencapai tahap kesihatan ideal. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    7 Resepi GERENTI SIAP 30 MINIT, Jom Tukar Menu Masakan Anda Minggu Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/03/2020

    JANGAN Ambil 9 Makanan Ini Jika Anda Ingin Elak Diabetes!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/03/2020
    makan pakai tangan

    Anda Suka Makan Pakai Tangan? Jangan Pelik Ini Mungkin Punca Naik Berat Badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/02/2020

    Nak Panjang Umur? Amalkan Makanan Jepun Ini, Banyak Kebaikannya Buat Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/02/2020