Berdasarkan Kajian, Kita Dikatakan Lebih Tertarik Kepada Ancaman

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Apabila berjalan, kita mudah untuk tertarik untuk melihat kepada perkara-perkara yang berlaku disekeliling kita. Kalau ada orang menjerit, bergaduh atau ancaman, sure kita akan tertarik untuk memandangnya, bukan? 

Analisis kajian

Dalam satu analisis yang dilakukan penyelidik daripada University College London, United Kingdom menyatakan individu akan menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara bagi menentukan sama ada ia selamat atau tidak dalam keadaan yang sibuk seperti ketika melintas jalan.

Ini bermakna, sewaktu melintas jalan dan berlaku sesuatu insiden, ia akan menjadi perhatian kepada individu di sekeliling. Seterusnya perkara tersebut akan dinilai sama ada ia adalah sesuatu yang mempunyai kaitan dengan bahaya ataupun tidak. 

Kajian yang dilakukan ke atas 65 sukarelawan ini melibatkan tugasan pembelajaran secara berperingkat. Dalam salah satu peringkat, setiap individu ditayangkan dua simbol pada skrin. Kedua-dua simbol ini mewakili kebarangkalian menerima kejutan elektrik. 

Tertarik kepada ancaman

Sukarelawan ini dilaporkan menerima kebarangkalian dan kemudian menerima kejutan mengikut kebarangkalian sebenar. Manakala simbol yang wujud sebagai rangsangan dengan perbezaan kebarangkalian, lebih menarik perhatian individu. 

Daripada hasil analisis yang diterbitkan dalam PLOS Computational Biology, ia menyimpulkan mengenai bagaimana seseorang individu menerima rangsangan bahaya mempunyai kesan terhadap bagaimana mereka memfokuskan perhatian. 

Jika seseorang individu mengetahui bahawa sesuatu perkara itu mempunyai kaitan dengan bahaya, ia akan menarik perhatian mereka. Walau bagaimanapun, perkara yang tidak mempunyai kepastian, rangsangan terhadap perkara itu akan lebih menarik perhatian mereka tanpa mengira tahap pengetahuan mereka mengenai perkara tersebut. 

Dalam bahasa mudahnya, apabila melihat sesuatu perkara yang boleh menarik perhatian, fokus individu akan terarah kepada perkara tersebut. Selepas itu ia akan mempengaruhi pemikiran mereka sama ada perkara itu sebagai ancaman berbahaya atau tidak.

Kajian lanjut

Menurut salah seorang penyelidik, Toby Wise, “Apa yang dapat disimpulkan daripada kajian ini menunjukkan bahawa perhatian kita adalah mempunyai kaitan secara langsung tentang bagaimana kita mempelajari mengenai sesuatu perkara yang dianggap sebagai ancaman bahaya.”

Untuk penyelidikan seterusnya, penyelidik berharap akan dapat menyiasat sama ada proses pembelajaran mempengaruhi bagaimana tingkah laku individu berkaitan dengan kebimbangan klinikal. Mereka juga berharap dapat mengkaji mengenai sistem saraf yang terlibat dalam hubung kait antara pembelajaran dan perhatian. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Oktober 17, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019