Tahayul: Bagaimana Kepercayaan ini Terhasil

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Tahayul bukanlah sesuatu yang baharu, malah ia telah bertapa sejak awal peradaban manusia. Para pemimpin kuno Roman pernah membuat keputusan mengenai peristiwa-peristiwa penting, seperti ketika mengadakan pemilihan atau lokasi untuk membina kota-kota baharu, berdasarkan kehadiran atau pola terbang burung-burung. Pembina bangunan pula selalunya tidak memasukkan tingkat tiga belas dalam rancangan pembangunan tingkat bangunan mereka, dan ramai pejalan kaki mengelak daripada berjalan di bawah tangga.

Walaupun diakui secara meluas bahawa tahayul seperti ini tidak rasional, tetapi masih ramai yang mempercayainya yang menyebabkan kewujudannya berterusan dalam sebahagian besar kumpulan manusia sehingga kini.

Melalui analisis baharu yang didorong oleh teori permainan, dua ahli biologi teori mencipta model yang menunjukkan bagaimana kepercayaan tahayul boleh wujud dalam norma sosial masyarakat. Analisis mereka yang diterbitkan dalam Proceedings of the National Academy of Sciences, menunjukkan bagaimana kumpulan individu, masing-masing bermula dengan sistem kepercayaan yang berbeza, boleh mengubah satu set perilaku yang diselaraskan yang telah dikuatkuasakan oleh satu set norma sosial yang konsisten.

Menurut Erol Akçay, seorang pensyarah biologi, penyelidikan mereka menunjukkan bahawa, bermula dengan sistem yang mana tiada sesiapa yang mempunyai sistem kepercayaan tertentu, satu set kepercayaan dapat muncul, dan bermula daripada itu, wujud satu set tingkah laku yang diselaraskan.

Bryce Morsky yang merupakan penyelidik pasca siswazah turut menambah, secara perlahan-lahan aktor-aktor ini mengumpul tahayul. Aktor-aktor ini mungkin berkata, “Baiklah, saya percaya bahawa apabila saya melihat peristiwa ini, saya harus bertindak dengan cara ini kerana orang lain akan berkelakuan seperti itu,” dan dari masa ke masa jika mereka berjaya menggunakan strategi itu, maka tahayul akan berterusan dan boleh menjadi stabil dan kekal.

Penyelidikan Morsky dan Akçay adalah melalui penerapan teori permainan, yang cuba untuk meramalkan bagaimana individu akan berinteraksi dan membuat keputusan dalam suasana sosial. Mereka secara khusus menganggap apa yang dikenali sebagai keseimbangan berkorelasi, senario di mana semua aktor diberi isyarat yang berkorelasi yang menentukan tindak balas mereka terhadap situasi tertentu.

Bagaimana konsep tahayul diwujudkan

Menurut Akçay, contoh klasik yang boleh dilihat adalah lampu isyarat. Jika dua individu menghampiri persimpangan, seseorang akan mendapat isyarat ‘berhenti’ dan seorang lagi akan mendapat isyarat ‘pergi’ dan semua orang tahu bahawa itu adalah alasan untuk kedua-dua pihak mematuhi cahaya itu.”

Isyarat dalam contoh lampu isyarat ini, dikenali sebagai peranti berkorelasi, atau boleh dibayangkan sebagai “koreografer.” Tetapi pasukan penyelidik ingin tahu apa yang akan berlaku jika tidak ada koreografer. Sekiranya seseorang individu dapat memberi perhatian kepada pelbagai isyarat lain yang dapat mengarahkan tindakan mereka, dan kepercayaan mereka ditransmisikan mengikut kejayaan tindakan mereka, adakah tingkah laku yang diselaraskan akan timbul? Dengan kata lain, bolehkah evolusi bertindak sebagai “koreografer buta?”

Menurut Akçay, bagaimana jika seorang penunggang basikal menunggang ke arah persimpangan dan mereka melihat seekor kucing dan bukannya lampu isyarat. Kucing tersebut tidak berkaitan dengan persimpangan, tetapi mungkin individu itu memutuskan bahawa jika mereka melihat kucing hitam, itu bermakna mereka harus berhenti, atau itu juga mungkin bermakna penunggang yang medekati kucing tersebut akan berhenti.

Walaupun warna kucing tidak mempunyai kesan terhadap kemungkinan penunggang basikal untuk berhenti atau pergi, kadang-kadang strategi bersyarat semacam ini mungkin menghasilkan hasil yang lebih tinggi kepada penunggang basikal – jika ia berkaitan dengan tahayul para penunggang basikal lain.

Evolusi norma dan pembentukan kepercayaan

Dalam model mereka, Morsky dan Akçay menganggap bahawa individu adalah rasional, kerana mereka tidak mengikuti norma secara membuta tuli, tetapi hanya berbuat demikian apabila kepercayaan mereka menjadikannya nampak bermanfaat. Mereka mengubah kepercayaan mereka dengan meniru kepercayaan individu yang berjaya. Ini mewujudkan dinamik evolusi di mana norma-norma “bersaing” terhadap satu sama lain, meningkat naik dan jatuh dalam kelaziman melalui kumpulan. Proses evolusi akhirnya membawa kepada pembentukan norma sosial baru.

Morsky dan Akçay menunjukkan bahawa norma evolusi yang stabil, yang tidak dapat digantikan dengan perkara lain, perlulah konsisten, yang bermaksud bahawa mereka berjaya menyelaraskan tingkah laku individu walaupun tanpa adanya “koreografer” luaran.

Mereka mendapati bahawa norma-norma evolusi yang stabil ini, dalam kedua-duanya menetapkan bagaimana seorang aktor harus berkelakuan dan juga menggambarkan jangkaan aktor berkenaan bagaimana individu lain harus berkelakuan, mewujudkan sistem kepercayaan yang konsisten yang membantu menyelaraskan tingkah laku keseluruhan aktor, walaupun penyelarasan itu tidak diarahkan oleh mana-mana koreografer luar.

Untuk terus meneroka penemuan mereka, para penyelidik berharap untuk melibatkan diri dalam eksperimen sosial untuk melihat sama ada individu mungkin mula mencipta tahayul atau kepercayaan mereka sendiri apabila terdapat sesetengah kepercayaan yang belum wujud.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga

Tarikh Reviu: April 19, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut