backup og meta

Kepelbagaian Budaya Wujud Persekitaran Kerja Lebih Kompetitif

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 22/11/2022

    Kepelbagaian Budaya Wujud Persekitaran Kerja Lebih Kompetitif

    Mengikut analisis demografi yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Pew, menjelang 2055, AS tidak lagi mempunyai majoriti kaum atau etnik tunggal. Peralihan ke arah populasi yang lebih pelbagai (diversity) akan mempunyai kesan besar ke atas tenaga kerja dan bagaimana organisasi menangani kepelbagaian di tempat kerja.

    Kepelbagaian di tempat kerja

    Bagi organisasi yang ingin mewujudkan tempat kerja yang lebih pelbagai dan inklusif, adalah penting untuk memahami apa yang membentuk kepelbagaian di tempat kerja.

    Kepelbagaian di tempat kerja merujuk kepada pelbagai perbezaan antara individu dalam organisasi. Kepelbagaian bukan sahaja termasuk bagaimana individu mengenal pasti diri mereka tetapi juga bagaimana orang lain melihatnya. Kepelbagaian di tempat kerja merangkumi bangsa, jantina, kumpulan etnik, umur, agama, orientasi seksual, status kewarganegaraan, perkhidmatan ketenteraan dan keadaan mental dan fizikal, serta ciri yang berbeza antara orang lain.

    World Economic Forum: Kepelbagaian membuatkan tempat kerja lebih kompetitif

    Walaupun banyak syarikat mengamalkan pendekatan yang kukuh untuk kepelbagaian semata-mata kerana ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan, mereka sering mendapat banyak manfaat ekonomi daripada memupuk tenaga kerja yang inklusif dan pelbagai. Kepelbagaian membawa kepada kemasukan kemahiran tambahan, idea dan perspektif.

    Ini ditunjukkan dalam World Economic Forum’s Global Competitiveness Report 2018. Laporan tahunan termasuk perubahan metodologi pertama dalam satu dekad. Kepelbagaian di tempat kerja diukur dengan jantina, etnik, orientasi seksual atau agama adalah petunjuk yang baru. Bukti menunjukkan bahawa perubahan ini boleh diterima/masuk akal.

    Kajian menunjukkan, inklusif dan pelbagai masyarakat memberi manfaat langsung kepada pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, asas diskriminasi mengatakan orientasi seksual atau identiti gender boleh menjejaskan prospek ekonomi jangka panjang.

    Salah satu sebab individu yang bekerja dalam persekitaran terbuka, pelbagai dan inklusif biasanya dapat melakukan yang lebih baik, kerana setiap individu dapat membawa diri mereka sendiri ke tempat kerja. Hanya apabila individu merasa selesa di tempat kerja mereka, mereka dapat memberikan hasil terbaik dan organisasi memperoleh manfaat dari tenaga kerja mereka. Kebanyakan organisasi beroperasi dengan pelbagai pemegang kepentingan, termasuk pelanggan, syarikat persekutuan dan pemegang saham, yang semuanya berbeza-beza. Organisasi mestilah mencerminkan kepelbagaian ekosistem di mana mereka beroperasi untuk memaksimumkan hubungan mereka dengan setiap pihak berkepentingan.

    Sumber: World Economic Forum

    Manfaat kepelbagaian budaya di tempat kerja

    Kepelbagaian budaya di tempat kerja adalah apabila syarikat terbuka untuk mengupah pekerja dari pelbagai latar belakang yang berlainan; tanpa mengira kaum, agama dan kebudayaan. Apabila syarikat merekrut dan mengekalkan kumpulan orang yang pelbagai, ia membawa manfaat yang berbeza kepada syarikat serta pekerja mereka.

    1. Meningkatkan tahap produktiviti

    Kepelbagaian membawa bersama bakat yang berbeza, semuanya bekerja ke arah matlamat bersama menggunakan pelbagai kemahiran. Syarikat juga akan mendapat manfaat daripada setiap pekerja dengan belajar daripada pengalaman masing-masing dan menerapkan pengetahuan baru ini untuk kerja mereka. Pekerja daripada pelbagai latar belakang yang berbeza dapat belajar daripada pengalaman rakan sekerja yang mempunyai perspektif yang berbeza. Oleh itu, mereka dapat membawa idea-idea baru kepada projek tanpa perlu keluar daripada zon selesa mereka.

    2. Meningkatkan kreativiti

    Dalam Forbes, para penulis menyatakan bahawa penyelidikan tentang kreativiti dan inovasi telah menunjukkan secara konsisten nilai mendedahkan individu kepada pengalaman dengan pelbagai perspektif dan pandangan dunia. Ia adalah gabungan pelbagai perspektif dalam cara menghasilkan idea-idea baru.

    Dengan begitu banyak perbezaan dan kepelbagaian minda yang ada dan bekerjasama, banyak penyelesaian akan timbul kerana setiap individu membawa cara mereka berfikir, beroperasi dan menyelesaian masalah serta membuat keputusan. Syarikat yang menggalakkan kepelbagaian di tempat kerja memberi inspirasi kepada semua pekerja untuk memanfaatkan keupayaan mereka pada tahap yang tertinggi.

    3. Meningkatkan profit

    Banyak kajian menunjukkan bahawa peningkatan kepelbagaian budaya di tempat kerja membawa kepada keuntungan yang lebih besar untuk organisasi. Ini mungkin sebahagian daripada trend perniagaan global, dan manfaat kepelbagaian bahasa.

    4. Meningkatkan penglibatan pekerja

    Apabila pekerja berkongsi pengalaman peribadi, budaya atau gaya hidup mereka, ia secara tidak langsung membina hubungan kepercayaan dalam kalangan rakan sekerja. Ini sangat bagus kerana ia meningkatkan keterlibatan pekerja dan ia juga meningkatkan motivasi pekerja yang bagus untuk syarikat.

    5. Mengurangkan bertukar pekerja

    Syarikat yang mewujudkan kepelbagaian budaya di tempat kerja akan segera menarik minat calon yang lebih ramai untuk kekosongan yang ada. Calon berpendidikan tinggi yang berpengalaman dalam persekitaran yang meraikan kepelbagaian semasa di unversiti mungkin merasakan bahawa syarikat itu lebih progresif dan ingin bekerja di situ.

    6. Mencerminkan reputasi yang positif

    Syarikat yang menggalakkan individu daripada pelbagai latar belakang umumnya mendapat reputasi sebagai majikan yang baik. Bakal pelanggan/klien sering merasa lebih dihargai dan dengan itu memberi lebih banyak perniagaan kepada organisasi.

    Pengumpulan kemahiran dan pengalaman yang pelbagai membolehkan syarikat memberikan perkhidmatan kepada pelanggan secara global kerana dapat menghubungkan dan memahami pelanggan mereka dengan lebih baik, bahkan pada tahap peribadi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 22/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan