Apa Usaha Yang Kerajaan Boleh Lakukan Mengenai Harga Kerusi Bayi Yang Tinggi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/06/2020 . 3 minit bacaan

Seiring dengan kewajipan pemasangan kerusi bayi dalam kereta bermula tahun 2020, apakah yang berlegar dalam fikiran anda? Mungkin lokasi hendak membelinya? Atau juga mungkin anda mencari alternatif produk lain yang boleh menggantikan kerusi bayi tersebut. Tetapi kami tahu apa yang paling menjadi kerunsingan ramai ibu bapa dan penjaga; iaitu harga car seat bayi ini.

Harga semasa car seat bayi

Kami akui bahawa harga car seat bayi sememangnya mahal dan bergantung kepada jenis dan kualitinya. Kami telah membuat tinjauan di portal beli belah dalam talian terkenal di Malaysia, Shopee, dan mendapati, harga car seat bayi bermula sekitar RM200 hingga semahal RM1000.

Tetapi ada juga kerusi bayi yang dijual dengan harga diskaun, dengan harga sekitar RM100 hingga RM200. Tetapi kami tidak pasti berkenaan tahap kualiti dan keselamatan yang ditawarkan dengan harga semurah itu. Bak kata ramai orang: Made in China.

Kegusaran kelompok berpendapatan rendah

harga car seat

Kami menyedari harga sememangnya menjadi kegusaran pihak penjaga terutama bagi mereka yang berada dalam kelompok B40. Harga car seat bayi yang agak mahal memungkinkan mereka untuk berfikir dua kali, sama ada ingin membelinya dengan harga yang mahal atau berhadapan risiko dikenakan denda atau saman oleh pihak penguatkuasa.

Mungkin ada yang kata, kalau mampu memiliki kereta, mesti juga mampu membeli kerusi bayi. Ternyata tanggapan mudah seperti ini sangatlah silap. Kerana tanggapan ini hanya memandang kepada satu sisi kecil tanpa membuat pertimbangan pandangan daripada sisi lain. 

Kebanyakan golongan B40 memiliki kereta atas tujuan memenuhi keperluan keluarga berbanding semata-mata sebagai kehendak. Siapa tahu, kereta itulah yang digunakan untuk mengangkut bahan jualan setiap hari yang untungnya belum tentu besar atau kecil.

Kereta itu jugalah yang digunakan untuk membawa anak-anak mereka yang tidak dapat diangkut dengan menggunakan motosikal. Memiliki kereta tidak bermakna seseorang itu kaya. Jika tidak, masakan masing-masing membayarnya secara ansuran setiap bulan.

Cadangan kami kepada pihak kerajaan, setiap undang-undang atau dasar yang ingin dilulus dan dilaksanakan, perlulah seiring dengan langkah perubahan dan penyesuaian yang secara perlahan-lahan boleh memudahkan semua pihak.

Kempen pembelian kerusi bayi sahaja tidak mencukupi dan langsung tidak membantu realiti semasa kesukaran yang dialami oleh rakyat bawahan. 

Kaedah kawalan harga dan subsidi

harga car seat

Perlu ada satu mekanisme yang membantu golongan B40 untuk mendapatkan kerusi bayi dengan harga car seat yang murah. Antara cadangan yang boleh kerajaan pertimbangkan adalah:

  • Kawalan harga kerusi bayi

Kerajaan perlu menetapkan kadar harga yang bersesuaian agar peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga car seat bayi disebabkan permintaan yang tinggi. Hal ini perlu mendapat perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

  • Subsidi bersasar

Sediakan satu skim atau baucer mudah untuk mereka yang berpendapatan rendah. Ini agar mereka dapat membeli harga car seat bayi dengan cadangan potongan harga sebanyak 30% atau 50%.

Kerajaan boleh mengguna pakai sistem data penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebagai rujukan penerima subsidi bersasar ini. Ini perlu diberi perhatian oleh Kementerian Kewangan (MOF).

  • Skim potongan harga pengeluar kenderaan

harga car seat

Pengeluar kenderaan juga boleh memainkan peranan dalam membantu pemilik kereta bagi mendapatkan kerusi bayi kereta melalui program subsidi tersendiri. Contohilah BMW Group Malaysia yang bekerjasama dengan Childline Foundation untuk menawarkan subsidi bagi pembelian kerusi bayi.

Mereka menawarkan pemotongan harga sebanyak RM100 bagi setiap pembelian kerusi bayi ‘150 snskidz Ace’ daripada pengeluar Safe ‘n Sound.

Kesimpulan

Penguatkuasaan undang-undang adalah agak mudah berbanding pelaksanaan dasar bantuan yang mengiringi sesuatu penguatkuasaan. Oleh itu, jangan tergesa-gesa dalam menguatkuasa atau meminda satu undang-undang tanpa wujudnya mekanisme yang boleh memudahkan urusan semua pihak.

Beri perhatian kepada kelompok yang mungkin mengalami kesukaran. Bukan semua yang tidak akan memasang kerusi bayi kelak boleh dianggap degil, kerana mungkin ada yang masih menabung untung jualan harian untuk membeli keperluan dapur.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

    Ibu bapa mana yang tidak risau jika air liur bayi asyik meleleh sahaja. Ia mungkin tanda mereka mahu tumbuh gigi atau petunjuk penyakit berikut. Jom klik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tahun-tahun pertama 29/06/2020 . 3 minit bacaan

    Bayi Merangkak Atau Duduk Dulu? Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu

    Tahukah anda, bilakah waktu bayi mula belajar duduk dan merangkak? Jika tidak tahu, ketahui berkenaan waktu bayi merangkak dan bayi duduk di sini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi, 3-6 bulan 28/05/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Latih Baby Duduk? Boleh TAPI Ambil Tahu 19 Perkara PENTING Ini Dahulu

    Pada usia berapa bayi mula duduk? Boleh ke kalau ada parents yang melatih bayi duduk atau ia satu tindakan yang tidak wajar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 20/05/2020 . 3 minit bacaan

    PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

    Suntikan vaksin melindungi anda daripada penyakit yang boleh membawa maut. Ketahui 10 jenis vaksin bayi dan orang dewasa yang boleh anda ambil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/04/2020 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rambut lanugo

    AWAS Jika Tubuh Bayi Baru Lahir Ditumbuhi Rambut Halus, Ada Yang Bahaya Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 minit bacaan
    ibu hamil

    Bila Baby Mula Menendang? Ini 5 Cara Mudah Kira Tendangan Bayi Dalam Perut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan
    perkembangan bayi

    Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan

    Ingin Rancang Keluarga Secara Natural Tanpa Sebarang Kaedah? Cubalah 3 Cara Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 4 minit bacaan