Duduk Terlalu Lama Boleh Menjejaskan Otak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date Disember 5, 2019

Dalam kebanyakan aspek kehidupan, setiap orang memerlukan penggunaan kuasa otak sama ada di sekolah, tempat kerja, menduduki peperiksaan atau menumpukan pada silang kata. Dalam kajian baru, penyelidikan dilakukan bagi meneroka bagaimana duduk berpanjangan boleh menjejaskan bekalan bahan api otak dan mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan otak.

Para penyelidik dari Universiti California, Los Angeles (UCLA) mendapati bahawa perilaku yang tidak aktif sepanjang hayat seperti menghabiskan sepanjang hari di kerusi dikaitkan dengan perubahan sebahagian otak dewasa yang penting untuk ingatan.

Artikel World Economic Forum menyatakan bahawa otak adalah organ yang kelaparan glukosa. Ia mengimbangi kira-kira 20% jisim badan tetapi memerlukan kira-kira 20% daripada keperluan tenaga berehat, yang kebanyakannya berbentuk glukosa, bakan bahakr utama otak. Sekiranya bekalan ini terganggu, ia boleh menjejaskan dan merosakkan sel-sel otak. Oleh itu, ketersediaan glukosa ke sel-sel otak mungkin mempunyai kesan terhadap kesihatan otak.

Pendedahan otak kepada tahap glukosa tinggi dan tahap glukosa rendah boleh meningkatkan risiko demensia. Peralihan antara tahap glukosa tinggi dan rendah yang dikenali sebagai glucose variability juga penting kerana glucose variability yang lebih tinggi dikaitkan dengan fungsi kognitif yang lebih rendah. Ini menunjukkan bahawa kawalan ketat glukosa adalah penting untuk kesihatan otak.

Masalah duduk terlalu lama

Duduk terlalu lama boleh meningkatkan risiko kematian awal. Dianggarkan bahawa 60 hingga 75 minit sehari senaman ringan ke intensiti tinggi diperlukan untuk mengimbangi peningkatan risiko kematian yang dikaitkan dengan duduk lebih daripada lapan jam sehari.

Terdapat banyak senaman. Sekurang-kurangnya dua kali ganda jumlah minimum yang dicadangkan bagi otang dewasa. Jadi mengurangkan duduk boleh menjadi strategi peningkatan kesihatan tambahan.

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa mengurangkan dan menggantikan duduk dengan berjalan meningkatkan kawalan glukosa selepas pengambilan makanan. Ini bermakna tahap glukosa tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Ini boleh dijelaskan dengan cara otot berfungsi boleh menggunakan beberapa glukosa dalam sistem, membantu untuk menjaga glukosa dalam julat optimum.

Sumber: World Economic Forum

Bukti menunjukkan bahawa apabila ia melibatkan mengawal kawalan glukosa, aktiviti fizikal ringan yang tersebar sepanjang hari boleh menjadi lebih baik pada hari di mana satu senaman sederhana hingga kuat dilakukan pada waktu pagi. Walaupun jumlah penggunaan tenaga dalam intensiti ringan adalah sama dengan penggunaan tenaga satu aktiviti intensiti yang lebih tinggi.

Bagaimana duduk terlalu lama mempengaruhi fungsi otak?

Terdapat beberapa mekanisme yang berpotensi, termasuk pengurangan penghasilan neuron baru, mengurangkan kepekaan, dan peningkatan keradangan.

Kajian yang mengkaji kesan duduk berlebihan terhadap fungsi otak mempunyai hasil yang bercampur-campur. Kajian makmal kedua-dua sokongan dan gagal untuk menyokong bahawa idea duduk sepanjang hari boleh merosakkan prestsi tugas-tugas yang berkaitan mermori, berbanding duduk yang terganggu dengan aktiviti rehat biasa.

Jenis kajian lain yang mengesan sejumlah besar orang dalam beberapa tahun menunjukkan perkaitan antara waktu duduk yang lebih lama dan fungsi otak yang terjejas. Tetapi penarikan kesimpulan daripada kajian ini menyebabkan kesukaran oleh pelbagai pengukuran berbeza yang digunakan. Secara umumnya, kaedah tidak bergantung kepada laporan individu peserta terlibat kerana selalunya ia tidak tepat. Ini tidak selalu praktikal.

Selain daripada mengukur prestasi secara langsung dalam tugas-tugas kognitif, pendekatan lain adalah untuk mengukur sesuatu yang secara teorinya menyokong fungsi otak yang lebih baik. Sebagai contoh, penyelidik di New Mexico Highlands University menunjukkan bahawa kesan kaki semasa berjalan menghantar gelombang tekanan melalui saluran darah untuk meningkatkan aliran darah otak.

Aliran darah otak terlibat dalam mengawal selia bekalan glukosa ke otak, dan ini mungkin implikasi untuk kesihatan otak dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, kita tahu bahawa penurunan aliran darah otak dikaitkan dengan penurunan yang lebih cepat dalam fungsi otak pada mereka yang mengalami penyakit Alzheimer.

Selain itu, banyak kajian telah menemui bahawa duduk terlalu lama dikaitkan dengan membunuh penyakit fizikal, daripada penyakit jantung, kanser hingga kematian awal. Persatuan Jantung Amerika, dalam nasihatnya mengenai bahaya duduk terlalu lama, telah menyarankan slogan “Sit less, move more”. Hal yang sama juga berlaku untuk kesihatan otak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kehamilan Berisiko Tinggi

    Apa itu kehamilan berisiko tinggi ? Kehamilan berisiko tinggi adalah kehamilan yang mempunyai kemungkinan komplikasi kepada kandungan dan juga ibu yang jauh lebih tinggi berbanding kehamilan biasa bukan sahaja dalam ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Alzheimer dalam Kalangan Warga Tua, Apa yang Anda Perlu Tahu

    Penyakit Alzheimer adalah kehilangan fungsi otak yang signifikan (yang di panggil sebagai demensia), yang mana perlahan-lahan memusnahkan ingatan, kemahiran berfikir dan juga keupayaan untuk menjalankan tugasan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    WHO: 10 Isu Kesihatan Akan Ditangani Tahun Ini

    Dunia berdepan dengan pelbagai isu kesihatan. Ini terdiri daripada wabak penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin seperti campak dan difteria

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Berita, Berita Tempatan Januari 15, 2019

    Mata Petunjuk Tahap Kesihatan? Ada #8 Keadaan Perlu Diketahui

    S kuku, keadaan mata menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan anda? Haa, tak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    Sesuai Ke Berat Dengan BMI Anda ? Jom Ketahui Mengenainya

    Sesuai Ke Berat Dengan BMI Anda ? Jom Ketahui Mengenainya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada November 14, 2019
    Malu Ketiak Berbau? Jom Amal 5 Cara Hilangkan Bau Ketiak Ini, Senang Saja Pun!

    Malu Ketiak Berbau? Jom Amal 5 Cara Hilangkan Bau Ketiak Ini, Senang Saja Pun!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Ogos 28, 2019
    9 Masalah Kesihatan Akibat Duduk Terlalu Lama

    9 Masalah Kesihatan Akibat Duduk Terlalu Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada April 22, 2019
    Merokok: Faktor Risiko Utama Terhadap Penyakit Berkaitan Gaya Hidup

    Merokok: Faktor Risiko Utama Terhadap Penyakit Berkaitan Gaya Hidup

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada April 5, 2019