Cukup Ke Kalau Mandi 3 Minit Saja Sepanjang Musim COVID-19 Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 2 minit bacaan

Selalunya anda mandi berapa minit? 5 minit, 15 minit atau setengah jam? Hmmm..bagaimana kalau anda diminta untuk mandi hanya untuk tempoh 3 minit, boleh tak?

3 minit vs selamatkan alam sekitar

Apabila kita berasa badan tidak selesa disebabkan peluh, pastinya kita akan memilih untuk mandi bagi mengembalikan kesegaran diri.

Dan sering kali, tempoh mandi itu pastinya melebihi 5 minit. Jadi adakah ini bermakna kita tidak sayangkan alam sekitar? eh…kenapa pula timbul isu begitu?

Sebenarnya baru-baru ini, agak kecoh apabila seorang pakar gaya hidup lestari, Dr Zaini Ujang menyarankan masyarakat untuk mandi tidak melebihi tiga minit. Ini adalah bertujuan untuk memelihara alam sekitar.

Menurut beliau,

“Mandi selama 3 minit adalah bersamaan dengan 10 liter air. Jadi jika mandi lebih daripada tempoh itu, ia bermakna kita menggunakan lebih banyak air. Apabila semakin banyak air yang digunakan, akan menyebabkan semakin banyak pokok yang perlu ditebang untuk menampung air.

Keadaan ini sekali gus akan mengakibatkan penggunaan arus elektrik yang lebih banyak untuk mengalirkan air ke loji.

Daripada loji, air disalurkan ke kawasan berkenaan. Jadi kalau penggunaan air sedikit, maka penghasilan gas dan sebagainya juga akan sedikit,” jelas beliau dalam satu program bual bicara.  

Perbezaan keperluan

Sememangnya jika tujuannya adalah untuk menjimatkan air dan menjaga alam sekitar, penulis menyokong saranan itu.

Kita memang digalakkan untuk berjimat dalam semua aspek kehidupan, tidak kira mengenai perbelanjaan, makan minum atau penggunaan elektrik mahupun air. Berjimat dan elakkan pembaziran adalah perkara utama.

Walau bagaimanapun, keperluan dan cara setiap individu adalah tidak sama. Jika anda hanya bekerja di pejabat, dalam ruang berhawa dingin, mungkin badan anda tidak mengeluarkan peluh yang banyak, jadi mandi 3 minit, mungkin tidak menjadi masalah.

Sebaliknya, kalau anda bekerja di ladang, atau di kawasan terbuka dengan terik matahari, sudah tentu peluh dan kotoran yang melekat pada badan adalah banyak.

Jadi tempoh yang lebih lama pasti diperlukan dengan penggunaan air yang banyak untuk memastikan badan dapat dicuci dengan lebih bersih. Jadi sudah tentu saranan mandi 3 minit, sukar untuk dipenuhi.

Berjimat 

Jadi perkara yang paling utama adalah untuk berjimat walaupun mungkin anda tidak boleh mengikuti saranan untuk mandi selama 3 minit. Jangan biarkan air mengalir keluar jika tidak digunakan. Sayangilah bumi, tempat tinggal kita ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    JANGAN Kencing Masa Mandi Kolam Renang, Banyak Mudaratnya!

    Mesti kita semua pernah dengar orang cakap kita tidak boleh kencing dalam kolam renang bukan? Ini kerana banyak kemudaratan yang boleh terjadi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 14/11/2019 . 3 minit bacaan

    Pernahkah Terfikir, Berapa Kali Perlu Mandi Dalam Sehari?

    Berapa kalikah anda mandi dalam sehari? Pernahkah anda terfikir berapa banyak kalikah anda perlu mandi dalam sehari? Ikutinya Hello Doktor disini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 11/10/2019 . 2 minit bacaan

    Adakah Anda Tahu Cara Potong Kuku dan Menjaga Kuku Anda?

    Potong kuku mungkin perkara yang remeh bagi anda, tetapi bagi sesetengah individu, penjagaan kuku yang betul penting untuk kesihatan mereka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 26/12/2018 . 9 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mandi bersama pasangan

    Kenapa Perlu Malu? Ada Banyak Manfaat Mandi Bersama Pasangan, Barulah Romantis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
    23-perkara-penting-untuk-wanita-hamil-mandi

    Ibu Hamil, Nak Mandi Pun Kena Berjaga-jaga Juga Tau, Ini 23 Benda PENTING Perlu Ambil Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/06/2020 . 3 minit bacaan
    mandi air panas

    Mandi Air Panas Atau Sejuk – Mana 1 Lebih Baik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 12/03/2020 . 4 minit bacaan

    Betul Ke Kerap Makan Sayur Kangkung Boleh Ubati Wabak Virus COVID-19?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 12/02/2020 . 4 minit bacaan