backup og meta

ALAMAK! Ada Budak Terperangkap Dalam Kereta, Apa Harus Anda Lakukan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/10/2023

    ALAMAK! Ada Budak Terperangkap Dalam Kereta, Apa Harus Anda Lakukan?

    Ketika menghampiri kawasan parkir kenderaan, anda telah ternampak seorang kanak-kanak terperangkap dalam kereta ketika cuaca yang sangat panas.

    Perkara paling utama, tiada individu dewasa bersamanya! Jadi apa yang harus anda lakukan?

    Apa perlu buat jika budak terperangkap dalam kereta?

    Bagaimana kalau anda terlihat seorang kanak-kanak berada di dalam kereta secara berseorangan?

    Apakah yang perlu anda lakukan? Adakah anda boleh untuk terus memecahkan tingkap kereta tersebut?

    Sabar, jangan sewenang-wenangnya memecahkan cermin sesebuah kereta, okay?

    Nanti takut disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan!

    Haaa…seperti kes individu memecahkan cermin kereta kerana tidak berpuas hati. Boleh dikenakan hukuman penjara!

    terperangkap dalam kereta

    Jadi, berikut adalah beberapa langkah yang boleh/perlu anda lakukan jika berdepan dengan situasi kanak-kanak terperangkap dalam kereta:

    Cari ibu bapa atau individu dewasa

    Jika anda melihat atau ternampak kanak-kanak berada dalam kereta sendirian, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk cuba mencari ibu bapa atau individu dewasa yang bersama dengan kanak-kanak terbabit.

    Sesungguhnya, pengawasan individu dewasa merupakan satu cara terbaik untuk memastikan kanak-kanak berada dalam situasi selamat dalam kebanyakan situasi.

    Seperti yang telah dinyatakan, kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian di dalam kereta berdepan dengan risiko tinggi untuk mengalami beberapa perkara berbahaya yang boleh mengancam nyawa, termasuklah strok haba.

    Pihak berkuasa

    Sekiranya anda tidak dapat mencari ibu bapa atau individu dewasa sekitar yang bertanggungjawab ke atas kanak-kanak tersebut, langkah yang terbaik adalah untuk menghubungi pihak berkuasa seperti polis untuk membantu keadaan tersebut. 

    Mungkin bagi sesetengah individu berasakan tindakan menghubungi pihak berkuasa adalah tindakan yang berlebihan.

    Tetapi pastinya anda tidak mahu bertindak sendirian dan mungkin akan menerima kesan negatif akibat daripada keputusan anda tersebut, bukan? 

    Jadi, perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah untuk menghubungi pihak berkuasa.

    Selebihnya, biarkan pihak berkuasa untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya.

    terperangkap dalam kereta 

    Jangan biarkan 

    Apabila melihat terdapat kanak-kanak yang berada di dalam kereta sendirian, jangan ambil sikap tidak peduli.

    Sekurangnya, anda boleh menunjukkan keprihatinan anda dengan bertanyakan usia kanak-kanak tersebut, berapa lama sudah ditinggalkan di dalam kereta dan ke mana perginya ibu bapa atau penjaga kanak-kanak terbabit; sekiranya mereka sudah cukup besar untuk bercakap dengan anda

    Berdepan dengan situasi kanak-kanak yang cukup besar untuk bercakap, sekurang-kurangnya anda boleh mencuba untuk mencari ibu bapa atau penjaga mereka terlebih dahulu sebelum menghubungi pihak berkuasa.

    Tindakan ini adalah bagi mengurangkan kesan traumatik yang mungkin akan berlaku.

    Apa yang penting, dalam apa-apa situasi sekali pun, jangan sekali-kali mengambil sikap tidak endah sekiranya terlihat kanak-kanak seorang diri di dalam kereta.

    Jika terdesak

    Sekiranya kanak-kanak yang terperangkap dalam kereta tersebut kelihatan sudah tidak bermaya, kelesuan haba dan tiada individu dewasa lain atau penjaga berdekatan, hubungi pihak berkuasa dengan segera.

    Semasa sedang berhubung dengan pihak berkuasa, pasti anda menyatakan keadaan semasa kanak-kanak tersebut.

    Jangan lupa untuk memberitahu kepada pihak berkuasa di talian telefon tersebut bahawa anda akan cuba memeriksa pintu kenderaan sama ada berkunci ataupun tidak.

    Jika tidak berkunci, bukakan semua pintu kereta untuk menyejukkan keadaan di dalam kereta.

    Sekiranya kanak-kanak yang berada di dalam kereta itu seperti mengalami tekanan dan sedang berada dalam kerusi bayi (car seat), keluarkan mereka dan bawa ke tempat berbumbung.

    Pecahkan cermin kereta

    terperangkap dalam kereta

    Tetapi jika pintu kereta berkunci dan kanak-kanak tersebut tampak dalam keadaan bahaya seperti tidak memberikan sebarang respon atau pucat, maklumkan kepada pihak berkuasa bahawa anda akan cuba memecahkan cermin kereta tersebut.

    Jika anda perlu memecahkan cermin, pastikan anda memilih cermin pintu yang jauh daripada kanak-kanak tersebut, ia adalah untuk mengelakkan sebarang kecederaan daripada berlaku apabila terperangkap dalam kereta

    Nampak seperti mudah, tetapi memecahkan cermin kereta adalah satu perkara yang lebih sukar untuk dilakukan, namun, teruskan mencuba.

    Anda mungkin tidak berkeupayaan untuk memecahkan cermin, oleh itu cuba untuk memilih bahagian cermin di atas kedudukan kunci pintu untuk membuat lubang.

    Ini adalah untuk memudahkan anda menarik kunci pintu dan dapat mengeluarkan mangsa.

    Sekiranya anda berasakan anda tidak mampu melakukannya seorang diri, dapatkan bantuan individu di sekitar anda.

    Sebolehnya tidak kira apa yang anda lakukan dalam situasi terperangkap dalam kereta pastikan anda dapat untuk terus kekal berhubung dengan pihak berkuasa.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan