backup og meta

Berita Baik Buat Mereka Yang Mengalami Masalah Ketidaksuburan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 01/09/2020

    Berita Baik Buat Mereka Yang Mengalami Masalah Ketidaksuburan!

    Walaupun rawatan kesuburan seperti kaedah IVF telah lama bertapak di Malaysia, namun, ia bukanlah kaedah yang mampu dibiayai oleh kebanyakan pasangan yang ingin menimang cahaya mata. Harga IVF bukan murah, mana nak cari duit? Seusai pengumuman Bajet 2020 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kami ada berita baik untuk anda! Nak tahu lebih lanjut? Teruskan membaca.

    Hakikat masalah ketidaksuburan di Malaysia

    rawatan ivf

    Tahap kesuburan adalah merupakan faktor utama yang menentukan tahap perubahan sesuatu populasi dalam mempengaruhi perkembangan ekonomi sesebuah negara. Ketidaksuburan akan memberi kesan secara langsung terhadap sumber tenaga kerja dan modal insan dalam jangka masa panjang.

    Di Malaysia, kadar kesuburan seorang wanita berada pada tahap yang rendah iaitu 1.9 bayi manakala pada tahun 1970 pula, angka ini mencecah 4.9 bayi bagi seorang wanita. Ini menunjukkan penurunan kadar kesuburan yang sangat ketara.

    Kos bagi rawatan kesuburan menerusi kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) berbeza mengikut hospital namun anggaran harga perkhidmatan tersebut adalah antara RM15,000 ke RM16,000 per kitaran.

    Ini adalah merupakan alternatif terakhir bagi pasangan yang gagal mendapatkan anak setelah sekian lamanya mereka mencuba. Kejayaan IVF dalam membantu pasangan untuk mendapatkan anak bergantung kepada pelbagai jenis faktor.

    Jika gagal, prosedur tersebut boleh dibuat semula namun pasangan tersebut haruslah membuat bayaran yang baru. 

    Kategori pengeluaran khusus untuk rawatan IVF

    rawatan ivf

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), melalui pembentangan Bajet 2020 oleh Menteri Kewangan, Guan Eng telah mengumumkan alternatif buat pasangan yang ingin mendapatkan rawatan kesuburan melalui kategori baru yang dikhususkan bagi tujuan tersebut.

    Alternatif ini akan memberi peluang kepada sejumlah besar pasangan yang masih belum menimang cahaya mata namun tidak mampu untuk membiayai kos rawatan kesuburan dengan sendirinya.

    Menurut beberapa pasangan yang berjaya mendapatkan anak melalui kaedah IVF, pengumuman tersebut adalah merupakan berita baik buat mereka yang mempunyai simpanan KWSP namun tidak mempunyai anak. Apalah maknanya harta yang dikumpul jika tiada pewaris yang akan mewarisinya.

    Ada yang menunggu 10 tahun, 15 tahun dan ada juga yang menunggu 22 tahun sebelum cuba untuk mendapatkan cahaya mata melalui kaedah rawatan kesuburan seperti rawatan IVF. 

    Ketika pembentangan Bajet 2020 tersebut, Guan Eng juga mengumumkan pelepasan cukai setinggi RM6,000 bagi meringankan beban buat mereka yang ingin mendapatkan rawatan kesuburan.

    Meskipun ini boleh dianggap sebagai satu langkah yang besar dalam memastikan populasi rakyat berada pada tahap yang optimum sejajar dengan sasaran peningkatan ekonomi negara, kos bagi setiap kitaran kaedah IVF masih tinggi.

    Alternatif pengeluaran awal dari akaun KWSP untuk tujuan rawatan kesuburan adalah satu permulaan yang bagus. Namun diharapkan kerajaan dapat mencari jalan bagi menurunkan kos rawatan IVF untuk membantu mereka yang masih tidak mampu menjalani kaedah rawatan kesuburan ini. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 01/09/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan