Nampak Glamor, Tapi Inilah 3 Titik Hitam Yang Terpaksa DIHADAPI Bintang K-pop

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/04/2020

Artis Korea, tidak kiralah bintang K-drama mahupun K-pop sememangnya menjadi kegilaan ramai. Lihat sahajalah setiap konsert yang dianjurkan oleh mereka. Sampaikan satu stadium pun penuh dengan peminat yang teruja menyaksikan penampilan mereka.

Memang tidak dinafikan bahawa persembahan penuh tenaga yang dibawakan oleh mereka mempunyai keunikan yang tersendiri. Namun, di sebalik keteraturan rentak, kemerduan suara dan kecantikan wajah tersebut, tersembunyi titik hitam yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Masalah penyakit mental dalam kalangan artis Korea memang diketahui umum. Malahan, banyak kematian akibat bunuh diri yang telah dilaporkan saban tahun. Ia berpunca daripada ketidakstabilan emosi, kecelaruan mental dan kepenatan fizikal yang bertambah hari demi hari.

Wajarkah pengorbanan yang dibuat oleh mereka yang terlibat dengan industri hiburan Korea jika dibandingkan dengan risiko kesihatan yang bakal dialami oleh mereka? Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Amalan diet ekstrem untuk artis Korea kekalkan bentuk badan menarik

artis korea

Walaupun ungkapan “kecantikan itu subjektif” agak terkenal dalam kalangan populasi umum, pada amatan mereka yang ingin menjadi bintang terkemuka di Korea, kecantikan sering dikaitkan dengan saiz badan.

Sebagai individu biasa, anda mungkin bebas untuk merancang pemakanan anda bagi memperoleh jisim berat badan (BMI) yang sihat. Namun, bagi mereka yang menceburkan diri dalam dunia hiburan di Korea, benda yang masuk ke dalam mulut akan dikawal oleh agensi mereka sendiri.

Tiada makanan atau minuman, walau air mineral sekalipun, yang boleh masuk ke dalam mulut tanpa kebenaran. Berat badan mereka akan dipantau secara kerap dan kenaikan berat melebihi apa yang ditetapkan boleh disertakan dengan tindakan susulan yang kadangkalanya tampak tidak berperikemanusiaan.

Pada waktu pagi, mereka hanya boleh menjamah, hidangan biskut rendah lemak, pisang atau sayur-sayuran. Pengambilannya perlu diambil pada kadar yang sedikit, cukup untuk mengalas perut namun ia tidak mencukupi jika dibandingkan dengan latihan yang bakal mereka tempuhi.

Pada waktu malam, atau selepas tamat sesi latihan, barulah mereka boleh mengambil makanan berat. Walau bagaimanapun, mereka perlu mengambilnya pada kuantiti yang dibenarkan. Ingat! Berat badan mereka akan dipantau.

Jika mereka dibenarkan untuk makan di rumah sekalipun, dengan sasaran berat yang agak keterlaluan boleh menghilangkan keinginan selebriti Korea ini untuk menjamah hidangan lain.

Kegiatan pelacuran dan aktiviti di ranjang

artis korea

Dalam industri hiburan di Korea, salah satu kunci kejayaan seseorang artis itu bergantung kepada kebolehan mereka untuk mendapatkan pelabur. Di samping itu, mereka juga perlu menjaga hubungan baik dengan pengurus agensi.

Tindakan ini kebiasaannya berakhir dengan hubungan di ranjang. Penulis bukan mahu mewujudkan stereotaip di antara jantina, namun hakikatnya, artis wanita sukar untuk berjaya berbanding dengan artis lelaki. 

Tanpa menjalinkan hubungan sulit dengan pengurus ataupun pelabur, pintu rezeki mereka umpama tertutup rapat walau sebanyak manapun usaha yang ditaburkan terhadap kerjaya mereka.

Masih ingatkah lagi anda akan kandungan surat yang ditulis oleh Jang Ja Yeon sebelum beliau membunuh diri? Pelakon sampingan drama berjudul “Boys Over Flowers” itu dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan lebih daripada 30 pelabur dan pegawai eksekutif media.

Perkara tersebut telah memberikan tekanan kepada diri beliau. Jang telah didiagnosis dengan masalah kemurungan dan akhirnya, beliau membunuh diri pada Mac 2009. Skandal ini merupakan sejarah hitam dalam industri hiburan di Korea.

Mungkin selama ini mereka hanya menutup sebelah mata namun isu tersebut telah menarik perhatian peminat artis Korea di serata dunia. Pastinya ini bukan satu-satunya kes yang melibatkan kegiatan pelacuran yang pernah berlaku dalam kalangan bintang terkemuka Korea.

Bintang Korea tidak dibenarkan bercinta

pasangan

Percaya atau tidak, aspek sosial turut memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan individu berada pada tahap optimum. Jika seseorang itu mula mengabaikan aspek sosial dalam kehidupan, mereka lebih berisiko untuk didiagnosis dengan masalah mental.

Bukan sahaja kekangan ini dibuat oleh pengurus mereka, kadangkala peminat turut menghalang seseorang artis Korea itu daripada menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa

Bayangkan, jika selebriti ini didapati mempunyai hubungan dengan individu lain. Bukan sahaja mereka akan diboikot, kumpulan mereka turut akan merasai tempiasnya.

Perkara ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi tahap kesihatan artis tersebut. Mereka bukan sahaja tidak dibenarkan bercinta malah artis Korea juga terkenal dengan mempunyai peminat paling fanatik di dunia.

Bayangkan, menurut laporan media Australia, terdapat peminat kumpulan TVXQ yang sanggup menggodam talian telefon artis kesukaan mereka untuk mendengar perbualan. Ada juga kes di mana peminat mengumpulkan lebih daripada 3,000 tandatangan dalam satu petisyen supaya ahli kumpulan 2PM, Jaebeom membunuh dirinya.

Perkara ini boleh memberikan tekanan kepada selebriti Korea tersebut dan ia boleh mengundang padah terutamanya jika individu yang terkesan bertindak mengikut kemahuan peminat mereka.

Konklusi

Di sebalik rupa cantik dan tampan, senyuman menawan dan gerakan lincah artis Korea, terdapat titik hitam yang terselindung di sebalik kebahagiaan tersebut. Bukan mudah untuk menjadi popular dan susah juga bagi mereka untuk mengekalkan populariti tersebut.

Pihak berkuasa Korea seharusnya memberikan tumpuan lebih terhadap isu yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan mental artis mereka. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rakyat Malaysia Digesa Patuhi PKP, Tapi Golongan Artis Masih Kurang Prihatin?

    Tiada golongan terkecuali daripada Perintah Kawalan Pergerakan termasuklah artis Malaysia. Namun, ramai netizen yang marah kerana mereka. Apa yang terjadi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 08/04/2020

    Kluster Scotland? Ashraf Muslim Positif, Puteri Aishah Sah Bebas Jangkitan COVID-19!

    Ashraf Muslim telah disahkan positif COVID-19 setelah pulang dari penggambaran di Scotland. Sementara itu, Puteri Aishah kini telah bebas jangkitan virus.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 08/04/2020

    PKP Buat Kemurungan: Rawat Ia Bukan HANYA Dengan Ubat, Tapi Cuba 6 Cara Ini Juga!

    Anda berasa sangat sedih dan kesunyian? Itu mungkin tanda anda sedang alami kemurungan. Lakukan 6 cara ini untuk perubahan gaya hidup anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Dilabel Antisosial Sebab Asyik Dengan FB? Ini Masanya Anda Detoks Media Sosial, Banyak Keburukan!

    Anda mungkin tidak sedar jika anda telah ketagih dengan penggunaan media sosial. Inilah masa untuk lakukan detoks media sosial. Bagaimana caranya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    bunuh diri

    Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/06/2020
    cara-meningkatkan-kecerdasan-otak

    Bukan Saja Badan, Otak Pun PENTING Untuk Dijaga. Bagaimana? Ini Caranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/06/2020
    stres bunuh diri

    Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    meroyan selepas bersalin

    Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/05/2020