90% Bahan Kimia Kertas Resit Punca Kanser

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019
Share now

Pakar telah memberikan amaran bahawa sehingga 90 peratus (%) kertas resit mengandungi bahan kimia penyebab kepada kanser.

Dalam kajian baru, penyelidik melihat sama ada bisphenol A (BPA) kimia boleh didapati di kedai atau lokasi urusniaga lain yang melibatkan resit.

BPA digunakan secara meluas dalam pembuatan plastik dan resin. Ia kini kurang digunakan secara meluas kerana kebimbangan kesihatan bahawa pendedahan kepada BPA boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, seperti obesiti, penyakit jantung dan prostat dan kanser payudara, kerana ia boleh mengganggu kesan hormon tertentu.

Kajian penyelidik

Penyelidik mengumpul 112 kertas terma (thermal paper) antara bulan Jun dan Ogos 2017 dari perniagaan di Brazil, Perancis dan Sepanyol, termasuk resit kad bank, resit kedai makanan, resit restoran, tiket pejabat pos, tiket pengangkutan awam, tiket tempat letak kereta dan resit kedai lain.

Semua resit ini dicetak pada kertas terma yang mempunyai salutan yang membolehkan haba untuk menandakan kertas, bukannya dakwat.

Pekerja kedai dan kakitangan menunggu telah didapati mempunyai tahap BPA yang lebih tinggi dalam air kencing mereka, mungkin akibat daripada pengendalian resit secara berterusan.

Penyelidik mendapati 75.9% sampel mengandungi BPA. Peratusan ini hasil daripada 51.1% resit Perancis kepada 90.9% resit Brazil dan 95.3% resit Sepanyol.

BPS dikesan dalam 21.3% daripada resit Perancis, menunjukkan ia merupakan pengganti yang paling biasa digunakan untuk BPA. Bagaimanapun, kerajaan Perancis sudah mengambil tindakan terhadap pengurangan penggunaan sebatian kimia dalam kertas terma sejak 2014.

Semua sampel dari Brazil dan Sepanyol menunjukkan estrogen seperti kesan yang mengganggu hormon dalam sel, manakala 74.5% sampel dari Perancis juga sama. Penyelidik mengatakan sampel Perancis yang tidak menunjukkan kesan seperti estrogen adalah yang tidak mempunyai BPA atau BPS.

Pengurusan resit

Menurut laporan Berita Harian Online, Pusat Ekologi Michigan mengesyorkan supaya orang ramai mengurangkan pendedahan terhadap resit BPA atau BPS dengan memilih resit elektronik jika ada. Resit perlu dilipat sehingga bahagian bercetak menghadap ke dalam, bahagian belakang resit biasanya tidak disalut dengan bahan kimia.

Orang ramai juga dinasihatkan menyimpan sampul surat di dompet untuk menyimpan resit bagi mengelakkannya bergesel dengan wang, tidak memberikan resit kepada kanak-kanak dan mencuci tangan selepas menyentuh resit.

Memusnahkan resit ke dalam tong sampah dan tidak mengitar semula bagi mengelakkan pencemaran kertas kitar semula, juruwang hanya perlu mencetak resit apabila diminta, memakai sarung tangan, membasuh tangan mereka dengan teliti dan elakkan menyentuh mulut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan

    Do shop receipts contain cancer-causing chemicals? https://www.nhs.uk/news/cancer/do-shop-receipts-contain-cancer-causing-chemicals/ Accessed on Jan 22, 2019.

    Shopping receipts could ‘increase your cancer risk’ – as 93% contain dangerous chemicals also linked to infertility https://www.thesun.co.uk/news/5378596/shopping-receipts-increase-your-cancer-infertility-risk/ Accessed on Jan 22, 2019.

    Kertas resit punca kanser? https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2019/01/521616/kertas-resit-punca-kanser Accessed on Jan 22, 2019.

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

    Terdapat banyak kesan penyakit psoriasis. Selain mengakibatkan keradangan pada tubuh badan, ia juga berisiko menyebabkan 5 penyakit kronik ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Zzzz… 7 Manfaat Tidur Malam Yang Wajib Anda Tahu! Yang Terakhir ‘Confirm’ Anda Suka

    Selalunya kita memandang remeh tentang kepentingan tidur. Tetapi sebenarnya ada 7 manfaat tidur malam yang perlu anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Risiko Kanser Serviks Tetap Ada Walaupun Sudah Vaksin! Ini Sebabnya Anda Perlu Sentiasa Lakukan Pap Smear

    Tahukah anda, anda masih berisiko untuk mendapat kanser serviks walaupun telah mengambil vaksin HPV? Apakah cara untuk mencegahnya dengan lebih awal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Hari Kesedaran Kanser Kanak-kanak Sedunia: Tip Ibu Bapa KUAT Hadapi Anak Hidap Kanser

    Bukan mudah untuk terima diagnosis kanser terutamanya jika anak anda mengalaminya. Sebagai ibu bapa, anda kunci kepada kekuatan anak hidap kanser.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli