backup og meta

5 Kesilapan Dalam Rumah Tangga

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

    5 Kesilapan Dalam Rumah Tangga

    Perkahwinan boleh menjadi satu mimpi yang indah apabila ia memberikan kedua-dua suami dan isteri kekuatan untuk mengatasi kesulitan dan turun naik dalam kehidupan. Walau bagaimanapun, perkahwinan boleh menjadi sebuah neraka dunia apabila salah seorang daripada pasangan terbabit melakukan kesalahan berikut.

    Menjadikan perkahwinan anda lemau

    Di samping kanak-kanak, ibu bapa, kawan-kawan, suami dan isteri jug pada hari ini sangat sibuk dengan kerja sehingga mereka membawanya pulang ke rumah. Mereka mengabaikan hubungan mereka dan lupa untuk menjadikan perkahwinan tersebut sebagai satu keutamaan. Mereka seolah-olah sedang bersarapan pagi dengan orang asing. Akhirnya, hubungan emosi antara pasangan tersebut menjadi semakin lemah. Anda perlu mengambil berat tentang masalah ini sebelum hubungan anda menjadi semakin menjarak.

    Jangkaan yang tidak realistik

    Bukan seperti harapan palsu ramai orang, perkahwinan tidak selalunya dihiasi bunga, lilin dan makan malam romantis. Ada kalanya wanita melihat suaminya memakai baju yang sama selama 3 hari atau tidak mencuci rambut selama seminggu. Begitu juga, lelaki kadangkala melihat isterinya sebagai seorang wanita rambut kerinting yang menyusukan bayi baru lahir dan bukannya gadis cantik yang mereka pernah jatuh cinta dahulu. Mimpi telah berlalu dan ini adalah fakta kehidupan selepas berkahwin. Bersyukurlah dengan apa yang anda ada. Lebih cepat kita memahami fakta ini, lebih cepat kita dapat membuang harapan palsu tersebut.

    Tidak menghargai pasangan

    Selama bertahun-tahun, kita lupa perasaan pasangan kita dan lupa untuk bersyukur. Kita hanya percaya bahawa semua perkara yang mereka lakukan untuk kita adalah tanggungjawab mereka. Ini adalah cara fikir yang tidak boleh diterima.

    Ambil masa setiap hari untuk menyatakan kepada pasangan anda sekurang-kurangnya salah satu daripada tiga perkara ini: penghargaan, cinta dan pujian. Hargai pasangan anda dan kekalkan perasaan tersebut.

    Perasaan negatif mengatasi hubungan

    Kadang-kadang kita tidak ingat apa yang kita sedang berbincang. Oleh itu, kita sesat di dalam lautan konflik. Ada beberapa tingkah laku negatif untuk yang perlu dielakkan: berkata mahu bercerai, menjerit, mengejek, meletakkan telefon. Elakkan dari memberikan kata-kata yang tidak baik kerana sekali sahaja anda katakannya, sangat susah untuk ditarik balik.

    Akhir sekali, jangan pernah menyalahgunakan pasangan anda, dari sudut emosi atau fizikal.

    Lupa bagaimana mahu mencintai

    Cinta yang mementingkan diri sendiri tidak boleh membawa kepada kebahagiaan. Jangan sekali-kali tertanya-tanya apa yang pasangan anda boleh lakukan untuk anda atau apa yang anda boleh lakukan untuk dia. Anda hanya perlu mencintainya tanpa syarat seolah-olah pada hari pertama bercinta. Selain itu, anda perlu menyatakan cinta anda secara aktif. Katakan betapa anda cintakan pasangan anda sebanyak yang boleh. Sediakan makanan yang sedap untuk suami atau belikan hadiah kecil untuk isteri. Anda akan membuat mereka berasa disayangi dan dihargai. Jangan pernah membandingkan mereka dengan orang lain kerana ia akan mencabar ego mereka dan meningkatkan parut pada percintaan anda.

    Akhir sekali, pastikan anda mempunyai masa untuk pasangan anda, kekalkan hubungan fizikal dan emosi dan jangan sesekali mengabaikan penampilan anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan