Elakkan Daging Lembu, Lebihkan Kekacang Untuk Mengurangkan Kadar Kematian

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Umumnya mengetahui bahawa penternakan lembu bagi menghasilkan produk daging dan tenusu boleh menghasilkan banyak pelepasan gas rumah hijau, dan dengan permintaan yang berganda, kebimbangan ini semakin meningkat.

Tetapi disebalik itu, penggunaan daging lembu ini juga boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan manusia. Bagaimanapun, keadaan ini belum difahami hingga sekarang.

Menurut World Economic Forum (WEF), beralih daripada daging lembu kepada proten alternatif lain boleh menyelamatkan berjuta-juta nyawa dan secara mendadak mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Kajian mengenainya

Penyelidikan baru yang dijalankan oleh Oxford Martin School untuk WEF menunjukkan bahawa usaha menggantikan daging terutama daging lembu boleh memberikan manfaat besar terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar. 

Sebuah organisasi berpengaruh di Swiss ski resort of Davos mendedahkan bahawa 2.4% daripada kematian berkaitan diet global boleh dielakkan dengan mengelakkan daripada daging lembu.

Adakah perlu elakkan daging lembu sepenuhnya?

Tidak sama sekali. Industri daging lembu dan tenusu sangat penting, bukan sahaja popular dalam kalangan pengguna tetapi ia juga menjadi punca pendapatan kebanyakan orang seluruh dunia. Bagaimanapun, cabaran utama terhadap permintaan daging yang semakin meningkatkan dan kesan buruknya terhadap alam sekitar dan kesihatan.

Apakah alternatif lain bagi daging lembu?

Tidak dinafikan bahawa permintaan untuk daging dijangka terus meningkat. Sehubungan itu, analisis terhadap 13 sumber protein termasuk daging lembu, khinzir dan ayam serta buah-buahan dan sayur-sayuran seperti kekacang, pengganti bukan haiwan yang diproses seperti tauhu dan juga serangga telah dilakukan.

Sumber: World Economic Forum

Ia mendapati bahawa bertukar daripada daging kepada protein alternatif boleh menyebabkan kesan negatif dan positif terhadap pengambilan nutrien, tetapi secara keseluruhan, peningkatan penggunaan alternatif memberikan peningkatan kesihatan.

Kacang, mycoprotein dan kacang peas menawarkan rangsangan kesihatan terbesar, dan didapati kemungkinan untuk mengurangkan kadar kematian sehingga tujuh peratus.

Oleh itu, dengan bukti yang jelas ini, sistem makanan perlu diubah bagi penjagaan masa depan planet kita.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut