Diet Sihat Mengurangkan Risiko Hilang Pendengaran

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date November 29, 2019
Share now

Semakin meningkat usia, kemungkinan besar anda akan mengalami kehilangan pendengaran. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan seramai 466 juta penduduk dunia mengalami masalah pendengaran termasuk 34 juta kanak-kanak. Dan dianggarkan menjelang 2050, lebih 900 juta orang akan mengalami kehilangan pendengaran.

Di Malaysia, memetik laporan Harian Metro, hasil kaji selidik daripada penyedia penjagaan pendengaran, Nessa mendapati bahawa  65 peratus (%) rakyat Malaysia tidak pernah melakukan ujian pendengaran sebelum ini.

Tiga masalah utama pendengaran atau simptom berkaitan yang dialami rakyat Malaysia adalah dengung dalam telinga (40%), pening (25%) dan sukar mendengar (22%).

Bagaimana berlaku kehilangan pendengaran?

Sama seperti bahagian tubuh lain, telinga dan jalur sarafnya boleh berubah dari semasa ke semasa. Masalah pendengaran mungkin berpunca daripada genetik, komplikasi ketika kelahiran, jangkitan penyakit tertentu, jangkitan telinga kronik, penyalahgunaan ubat, terdedah kepada bunyi bising berlebihan dan penuaan.

Selain itu, beberapa rawatan penyakit dan rawatan perubatan boleh menjadi toksik kepada telinga boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.

Pemakanan sihat mengurangkan risiko hilang pendengaran

Pola pemakanan tertentu seolah-oleh melindungi anda daripada tekanan darah tinggi, keradangan dan keadaan lain yang tidak diingini. Malah, para saintis juga tertanya-tanya sama ada pola pemakanan tertentu mungkin menjejaskan pendengaran.

Disebabkan itu, satu pasukan penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Gary C. Curhan dan Sharon G. Curhan dari Brigham and Women’s Hospital menganalisis kira-kira 71,000 wanita yang mengambil bahagian dalam Nurses’ Health Study II antara 1991 dan 2013. Hasilnya diterbitkan dalam dalam Journal of Nutrition pada 11 Mei 2018.

Pasukan menggunakan laporan pengambilan makanan untuk mengira skor bagi tiga pola pemakanan yang sihat iaitu

  • Pemakanan Alternatif Mediterranean (AMED): Buah-buahan, sayur-sayuran, kacang-kacangan, bijirin, kekacang, dan minyak zaitun. Ia menggalakkan makan ikan dan hanya minum sedikit alkohol.
  • Pemakanan Diet untuk Menghentikan Tekanan Darah Tinggi (DASH): Menggalakkan buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, daging tanpa lemak, ikan, dan susu rendah lemak, dan mengehadkan natrium, gula, dan lemak
  • Indeks Makan Sihat Alternatif 2010 (AHEI-2010): Menggalakkan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, dan mengehadkan gula, garam, dan lemak haiwan.

Sepanjang tempoh kajian, 2,306 wanita dilaporkan mengalami kehilangan pendengaran yang sederhana atau lebih teruk. Para penyelidik mendapati bahawa wanita yang pola dietnya paling menyerupai AMED atau DASH mempunyai kira-kira 30% risiko kehilangan pendengaran lebih rendah daripada wanita yang dietnya paling kurang menyerupainya. Wanita yang tidak mempunyai pola pemakanan AMED atau DASH juga nampaknya lebih cenderung merokok dan mempunyai tekanan darah tinggi, dan kurang aktif secara fizikal. Para saintis menyesuaikan model mereka untuk menjelaskan perbezaan ini.

Oleh itu, didapati bahawa mereka yang menjalani diet sihat secara keseluruhan mempunyai risiko yang lebih rendah kehilangan pendengaran yang sederhana atau lebih teruk. Makan baik pula menyumbang kepada kesihatan yang baik secara keseluruhan, dan ia juga boleh membantu dalam mengurangkan risiko kehilangan pendengaran.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan

    Deafness and hearing loss http://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/deafness-and-hearing-loss Accessed on Nov 13, 2018.

    Healthy diets linked to lower risk of hearing loss in women https://www.nih.gov/news-events/nih-research-matters/healthy-diets-linked-lower-risk-hearing-loss-women Accessed on Nov 13, 2018.

    Ramai rakyat Malaysia pekak https://www.hmetro.com.my/sihat/2017/05/229141/ramai-rakyat-malaysia-pekak Accessed on Nov 13, 2018.

     

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bolehkah Muzik Merosakkan Telinga Anda?

    Orang dewasa dan kanak-kanak biasanya terdedah kepada muzik yang kuat. Mendengar muzik yang kuat melalui tunas telinga yang disambingkan ke peranti seperti iPod atau MP3 atau di konsert muzik noleh menyebabkan kehilangan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Kenali 4 Makanan Meningkatkan Pendengaran

    Mineral dan vitamin sentiasa memainkan peranan penting dalam kesihatan dan berfungsi dengan berkesan terhadap tubuh. Tetapi bolehkah makanan mempengaruhi pendengaran anda? Sila baca artikel ini. 1. Potassium Potassium ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Privet Berkilat

    KegunaanApakah kegunaan Privet Berkilat? Privet Berkilat adalah sejenis tumbuhan, yang digunakan untuk: Mempromosikan pertumbuhan dan kegelapan rambut. Mengurangkan bintik-bintik gelap muka, denyutan jantung cepat ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Bashirouh

    Masalah Kesihatan disebabkan Pendedahan kepada Bunyi Bising

    Pada masa kini, sangat sukar untuk mencari tempat yang sunyi untuk berehat. Anda sentiasa dikelilingi dengan bunyi-bunyi dari motosikal, pembesar suara, alat kerja berat seperti gergaji dan dan drill, mahupun fon ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Artikel lain untuk anda

    Siapa Kata Orang Pekak Tidak Boleh Berjaya! Lihat 5 Tokoh Ini, #4 Paling Menakjubkan

    Siapa Kata Orang Pekak Tidak Boleh Berjaya! Lihat 5 Tokoh Ini, #4 Paling Menakjubkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada Mac 2, 2020
    Diet Mediterranean Kurangkan Risiko Berlakunya Masalah Pendengaran

    Diet Mediterranean Kurangkan Risiko Berlakunya Masalah Pendengaran

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada November 22, 2019
    Tiap-tiap Hari Korek Telinga, Perlu Ke Bersihkan Telinga Selalu?

    Tiap-tiap Hari Korek Telinga, Perlu Ke Bersihkan Telinga Selalu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Mac 12, 2019
    1.1 Bilion Belia Berisiko Hadapi Masalah Pendengaran

    1.1 Bilion Belia Berisiko Hadapi Masalah Pendengaran

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Februari 13, 2019