Diet Bakal Ibu Tidak Berkait Dengan Alahan Bayi

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Keterujaan menempuhi fasa kehamilan sudah pasti membuatkan rata-rata bakal ibu akan menjaga pemakanan mereka sebaiknya supaya tidak menjejaskan keadaan bayi dalam kandungan dan selepas kelahirannya.

Walau bagaimanapun, terdapat analisis kajian baru mendedahkan bahawa mengelakkan makanan tertentu semasa kehamilan tidak mengurangkan risiko alahan makanan pada bayi.

Bagi kajian itu, penyelidik daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) meneliti data kaji selidik dari 2005 hingga 2007 yang melibatkan 4,900 wanita hamil.

Kajian itu mengesan 2,000 wanita hamil dari trimester ketiga kehamilan dan bayi mereka sepanjang tahun pertama kehidupan. Sebilangan kecil wanita mengatakan bahawa mereka telah mengurangkan penggunaan alergen semasa hamil untuk menghindari alahan makanan pada bayi yang baru lahir.

Sementara itu, sebilangan kecil wanita hamil melaporkan mereka mengambil alergen utama seperti kacang, susu atau telur semasa hamil. Ini termasuk:

  • 144 wanita (2.9 peratus) melaporkan menghadkan diet mereka dalam beberapa cara untuk mencegah alergi makanan pada masa depan anak mereka
  • 84 wanita (1.7 peratus) memakan kacang
  • 15 wanita (0.3 peratus) kurang memakan telur
  • 2 wanita (0.04 peratus) kutangkan makan/minum tenusu/susu

Ibu hamil mengelakkan makanan tertentu dengan tujuan tersendiri

Dr Karen Robbins, pakar alergi di Children’s National Health System, Washington D.C berkata, ketika tinjauan itu dijalankan, beberapa wanita hamil dalam set data besar ini mengatakan bahawa mereka mengelakkan makanan tertentu dengan tujuan tersendiri untuk mengelakkan alahan makanan pada bayi mereka.

“Malah, ibu yang mempunyai anak yang lebih tua dengan alergi makanan atau yang mempunyai alahan makanan, mereka mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk mencuba strategi pencegahan makanan ini.

Walau bagaimanapun, hasil kajian juga menunjukkan bahawa jika dibandingkan dengan bayi yang lain, mereka yang dilahirkan dengan perubahan diet ibu semasa kehamilan adalah dua kali lebih mungkin mengalami masalah dengan makanan pada umur 4 bulan, tetapi tidak pada usia 9 bulan atau 12 bulan.

Berdasarkan laporan daripada Allergy and Immunology Meeting di Seattle, tiada perbezaan dalam kadar diagnosis alergi makanan antara kedua-dua kumpulan bayi ini.

Dan, penyelidikan yang dibentangkan pada mesyuarat biasanya dianggap awal sehingga ia diterbitkan dalam jurnal yang dikaji semula.

Menurut Robbins, para penyelidik ingin mengetahui lebih lanjut mengenai berapa kerap wanita hamil dengan sejarah keluarga alahan mengelakkan makanan dengan harapan dapat menghalang alahan pada anak mereka.

Menurut FDA, jutaan rakyat Amerika mengalami alergi makanan setiap tahun. Reaksi dari ringan hingga mengancam nyawa.

Beberapa makanan alergen yang paling biasa adalah susu, telur, ikan, kerang, kacang, gandum dan kacang soya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut