backup og meta

Seks Oral & Ciuman Boleh Jadi Punca Jangkitan Kelamin HPV, Bagaimana Elak?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/05/2022

    Seks Oral & Ciuman Boleh Jadi Punca Jangkitan Kelamin HPV, Bagaimana Elak?

    HPV adalah jangkitan penyakit seksual. Terdapat khabar angin bahawa anda mungkin boleh dijangkiti HPV melalui ciuman, yang dipanggil HPV oral.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Apa yang anda tahu mengenai HPV?

    HPV atau turut dikenali sebagai human papillomavirus, adalah antara penyakit kelamin yang paling umu terjadi.

    Lebih kurang 50% daripada mereka yang aktif secara seksual berkemungkinan dijangkiti penyakit ini.

    Tiada tanda-tanda yang boleh menunjukkan bahawa seseorang individu itu pembawa HPV, malah ada sesetengah keadaan, penyakit HPV ini akan hilang secara sendirinya.

    Tetapi itu tidak bermakna kita boleh memandang remeh tentang penyakit ini kerana ia boleh membawa kepada masalah kanser serviks atau kanser dubur mahupun zakar.

    Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa HPV tidak hanya menjangkiti mereka yang aktif melakukan hubungan seksual, tetapi ia juga boleh disebarkan melalui mulut ke alat kelamin atau mulut ke mulut.

    hpv oral

    Apa itu HPV Oral

    HPV oral atau khususnya, HPV mulut dan tekak, turut boleh HPV jenis yang sama menyebabkan jangkitan pada kawasan alat kelamin.

    Terdapat beberapa jenis HPV jenis ini (dikenali sebagai “jenis berisiko tinggi”) boleh membawa kanser kepala dan kanser pada bahagian leher.

    Ada juga jenis HPV lain, yang dikenali sebagai “jenis berisiko rendah” akan menyebabkan ketuat di dalam mulut atau tekak. Bagaimanapun, dengan suntikan HPV ini, ia akan membantu menghilangkannya sebelum komplikasi lain muncul.

    Bagaimana boleh dijangkiti HPV oral?

    Beberapa kajian telah dilakukan untuk mengenalpasti punca jangkitan HPV oral, namun hasil kajian-kajian tersebut menunjukkan hasil yang berbeza-beza.

    Terdapat sesetengah pengkaji percaya HPV oral boleh menjangkiti melalui seks oral (mulut ke anus atau mulut ke alat kelamin) atau ciuman mulut (french kissing).

    Oleh itu, sama ada HPV menjangkiti dari satu individu ke individu lain masih tidak dapat disahihkan.

    Namun satu perkara yang pasti, sekiranya satu pasangan itu bersama untuk satu tempoh lama dan mempunyai kecenderungan berkongsi HPV genital, bermaksud kedua mereka memiliki jangkitan tersebut.

    Pastinya lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti bagaimana HPV oral boleh berjangkit antara satu individu dengan individu yang lain.

    HPV oral

    Cara mengurangkan risiko jangkitan?

    Walaupun sehingga kini masih tidak ada bukti bagaimana HPV boleh berjangkit, namun dengan penggunaan kondom atau dental dam (lapisan lateks nipis yang elastik) secara konsisten dan betul semasa melakukan hubungan seks, atau seks oral, pastinya peluang dijangkiti HPV akan berkurangan.

    Tetapi itu tidak bermakna bahawa HPV oral boleh dicegah 100 peratus jika anda menggunakan kondom atau dental dam.

    Oleh itu, satu-satunya cara untuk memastikan bahawa anda tidak dijangkiti HPV adalah dengan tidak mengadakan hubungan seks.

    Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai HPV, terus berjumpa doktor untuk mendapatkan jawapan, bimbingan dan rawatan lanjut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan