backup og meta

Kaitan Antara Cara Bersetubuh Dan HIV: Bagaimana Anda Boleh Dijangkiti?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/04/2023

    Kaitan Antara Cara Bersetubuh Dan HIV: Bagaimana Anda Boleh Dijangkiti?

    Bagaimana cara HIV berjangkit berlaku? Untuk mengetahui jawapannya, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Bagaimana cara HIV berjangkit?

    Apabila HIV berada dalam sistem badan seseorang, ianya mampu untuk berada dalam cecair-cecair utama badan seperti darah, air mani, lendiran faraj, air mazi dan susu badan.

    Justeru, apa-apa aktiviti yang membabitkan pendedahan kepada cecair-cecair ini dari satu individu kepada yang lain, berupaya untuk tersebarnya jangkitan HIV.

    Penyebaran atau kontaminasi dengan cecair-cecair ini boleh berlaku melalui beberapa perkara, namun 3 yang utama adalah:

    AIDS

    Bersetubuh Dengan Mereka yang Dijangkiti antara cara HIV berjangkit

    Bersetubuh dengan mereka dijangkiti khususnya tanpa perlindungan mencukupi akan menyebabkan anda berisiko untuk menerima jangkitan HIV daripada mereka.

    Jika anda fikir bahawa anda boleh mencegahnya dengan cara mengelakkan daripada bersetubuh dengan orang yang dijangkiti, anda mungkin belum faham bagaimana HIV bertindak.

    Apabila seseorang itu dijangkiti dengan virus HIV, virus ini mempunyai keupayaan untuk kekal pendam dalam badan orang tersebut dalam tempoh yang sangat lama, dari 5 hingga 10 tahun.

    Apabila ianya kekal pendam, ianya tidak mengakibatkan apa-apa simptom atau tanda yang jelas. Bahkan, kebanyakan individu dijangkiti tidak akan mempunyai sebarang simptom atau tanda bahawa mereka telah dijangkiti pada awalnya.

    Justeru, ini mendorong mereka untuk rasa selamat dan menyangkakan diri mereka bersih daripada sebarang jangkitan.

    Natijahnya, mereka akan cenderung untuk melakukan seks tanpa perlindungan bersama pasangan. Ini adalah ‘ilusi’ utama yang menyebabkan virus ini mampu tersebar luar.

    Apabila seorang lelaki dan perempuan bersetubuh mereka boleh menyebarkan dan menerima jangkitan dari satu sama lain.

    Jika wanita tersebut yang positif HIV, dia boleh menyebarkan virus HIV kepada pasangan lelakinya ketika bersetubuh dengan cara pendedahan kepada cecair dalaman faraj sebagai cara HIV berjangkit.

    Baca juga:

    Cecair dalaman faraj si wanita tersebut mampu untuk meresap ke dalam permukaan/membran mukosa yang terdapat pada hujung salur kencing zakar lelaki, atau pada mana-mana luka atau ulser pada zakar lelaki tersebut.

    Luka atau ulser pada permukaan zakar lelaki bertindak sebagai titik masuk untuk virus HIV dalam cecair faraj wanita itu tadi, sekali gus menjadi punca jangkitan HIV.

    Namun yang demikian, penyebaran dari wanita kepada lelaki ini berlaku dengan kekerapan yang lebih rendah, kerana luas permukaan membran mukosa pada lelaki yang lebih kecil ketika bersetubuh.

    Sekiranya lelaki tersebut yang berstatus HIV positif, kebarangkalian untuk dia menyebarkan virus ini ketika bersetubuh dengan wanita tanpa perlindungan adalah lebih tinggi.

    Ini kerana ketika mereka bersetubuh, keseluruhan permukaan yang bertemu dengan zakar lelaki tersebut adalah permukaan membran mukosa diding faraj wanita tersebut.

    Justeru, apa-apa cecair yang mengandungi virus HIV akan meresap ke dalam permukaan membran mukosa dinding faraj wanita tersebut dengan sangat mudah sekali gus, memperkenalkan virus HIV itu ke dalam tubuh wanita tadi, sekali gus menjadi cara HIV berjangkit.

    Cecair-cecair yang dikeluarkan si lelaki boleh jadi dari air mazinya, air maninya dan juga melalui darah pada ulser atau luka pada zakarnya.

    Seks dan Orientasi Seksual

    Penting juga untuk diingati, aktivti bersetubuh ini tidak terhad antara lelaki dengan wanita sahaja dan ianya tidak terhad kepada cara bersetubuh melalui faraj sahaja.

    Cara bersetubuh melalui lubang dubur (seks anal) adalah sejenis cara bersetubuh dan tingkah laku seks yang kian popular dan dikatakan lebih nikmat kepada si lelaki kerana kemutan yang lebih ketat dan kuat oleh lubang dubur.

    Seks anal tidak unik untuk pasangan heteroseksual sahaja, malah ianya adalah cara bersetubuh utama dalam pasangan lelaki homoseksual.

    Golongan lelaki homoseksual dan lelaki biseksual adalah kumpulan yang paling terkesan dan mendominasi peratusan mereka yang dijangkiti HIV.

    cara HIV berjangkit

    Menurut UNAIDS, bilangan lelaki yang mengamalkan cara bersetubuh melalui dubur dengan lelaki lain adalah sekitar 140 000 orang dan mereka mempunyai prevalens jangkitan HIV yang tinggi iaitu sebanyak 21.6%.

    Ini dapat disandarkan kepada cara bersetubuh mereka. Seks anal adalah kaedah bersetubuh yang paling berisiko sebagai cara HIV berjangkit.

    Seks anal

    Ini kerana lubang dubur tidak sesuai untuk menerima tusukan zakar ataupun untuk menampung aktiviti seks. Dinding-dinding lubar dubur penuh dengan hujung-hujung saraf yang sensitif kepada rasa sakit.

    Selain itu, ianya juga tidak bersifat anjal (mampu menyesuaikan bukaan mengikut saiz zakar). Justeru, tusukan zakar ketika bersetubuh ini akan menyebabkan berlakunya trauma pada pembukaan lubang dubur dan juga dinding dalaman lubang dubur.

    Lubang dubur juga secara semula jadinya tidak mempunyai rembesan untuk melincirkan geseran. Semua ini menyumbang kepada berlakunya luka dan koyak pada dinding lubar dubur sekali gus menjadi titik masuk yang mudah untuk virus HIV.

    Walaupun luka atau koyak itu minima, lapisan permukaan dinding dubur adalah sangat nipis. Justeru, sekiranya berlaku pendedahan dengan cecair badan ketika melakukan cara bersetubuh ini, ianya akan meresap dengan sangat mudah.

    Antara cara HIV berjangkit yang lain adalah melalui persetubuhan adalah melalui servis pekerja seks (pelacur).

    Semestinya, cara bersetubuh melalui dubur berbanding melalui faraj tetap akan meningkatkan risiko anda untuk menerima atau memberi jangkitan HIV, walaupun dengan pasangan berlainan jantina dan bukannya dengan pasangan yang homoseksual.

    Namun yang demikian, kebanyakan rumah pelacuran kini mewajibkan pelanggan untuk menggunakan kondom bagi melindungi diri mereka dan juga pelacur tersebut.

    Sehubungan itu, jika dibandingkan dengan populasi berisiko yang lain (lelaki homoseksual dan penagih dadah yang berkongsi jarum) kumpulan pekerja seks mencatatkan prevalens jangkitan HIV yang paling rendah, sebanyak 6.3%.

    Perkongsian Jarum antara cara HIV berjangkit

    cara HIV berjangkit

    Data daripada UNAIDS menunjukkan sekitar 120 000 penagih dadah yang menggunakan jarum intravena di Malaysia.

    Daripada jumlah ini, prevalens jangkitan HIV adalah pada peratusan 13.5%, lebih rendah berbanding golongan lelaki yang bersetubuh dengan lelaki.

    Penyebaran virus HIV ini adalah jelas – perkongsian jarum yang telah terdedah kepada darah mereka yang dijangkiti.

    Pendedahan kepada jarum yang telah tercemar dengan HIV bukanlah eksklusif kepada golongan yang menyalahgunakan dadah sahaja.

    Pekerja perubatan terdedah kepada risiko ini setiap kali mereka menguruskan penghidap HIV.

    Mereka berisiko untuk terkena tusukan jarum yang telah bercampur dengan darah pesakit, ketika melakukan prosedur seperti mengambil sampel darah pesakit.

    Ibu HIV-Positif Yang Menyusukan Bayi Mereka

    Apabila seseorang wanita itu dijangkiti HIV, virus tersebut berupaya untuk menjangkiti bayi yang disusukan.

    cara HIV berjangkit

    Untuk itu, terdapat beberapa garis panduan yang mengetengahkan agar penggunaan susu formula adalah perlu dalam situasi di mana si ibu itu dijangkiti HIV dan tidak mendapat rawatan.

    HIV juga boleh berpindah kepada bayi melalui makanan yang telah dikunyah sebelumnya oleh ibu atau penjaga yang dijangkiti HIV, walaupun risikonya adalah rendah.

    Terdapat cara HIV berjangkit lain yang boleh berlaku antaranya:

  • Melalui perkongsian pisau cukur di tempat gunting rambut
  • Melalui seks oral (khususnya jika si penerima itu mempunyai luka atau ulser di bahagian mulut)
  • Melalui perkongsian berus gigi
  • Melalui servis tatu
  • Melalui servis bertindik
  • Melalui rawatan kecantikan yang menggunakan jarum
  • Melalui pemindahan darah atau penerimaan darah
  • Melalui pencemaran ke atas luka badan yang terdedah
  • Melalui pemindahan organ dan tisu badan
  • Melalui prosedur kesihatan yang tidak bersih atau telah tercemar
  • Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai cara HIV berjangkit, berundinglah denagn doktor untuk mendapatkan kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan