Satu perbezaan penting walau bagaimanapun adalah penerima kentang mengalami simptom perut kembut dan kerap membuang angin berbanding penerima gel. Ini mungkin disebabkan oleh isipadu kentang lebih banyak diperlukan untuk menyamai jumlah karbohidrat dalam gel pekat. Sungguhpun begitu, gejala gastrousus ini dilaporkan boleh diterima baik oleh atlet.
Kelebihan memilih puri kentang
Berbanding gel khas yang dirumus dalam makmal, kentang dapat dibeli dengan lebih mudah, pada harga yang jauh lebih murah. Selain itu, ia juga kaya dengan nutrien lain, menjadikannya sumber karbohidrat yang sihat dan menyeluruh. Kajian ini mengukuhkan lagi peranan makanan penuh sebagai sumber karbohidrat alternatif dalam membantu atlet kekal bertenaga ketika beraksi. Dalam mencari variasi makanan tambahan sukan, atlet tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja yang besar. Mereka boleh memilih alternatif yang lebih mudah dan murah untuk mengekalkan prestasi. Kajian susulan dengan saiz sampel yang lebih besar dapat menguatkan lagi dapatan kajian ini dan membolehkan atlet lebih yakin apabila mereka memilih kentang.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen