Formulasi Baharu Susu Formula Untuk Tumbesaran Si Manja Anda!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Tahukah anda bahawa setiap 1 daripada 5 kanak-kanak di Malaysia mengalami gangguan tumbesaran? Ini secara tidak langsung akan mengakibatkan pembantutan atau ketidakupayaan si manja anda untuk mencapai ketinggian optimum mereka. Jadi, apakah yang boleh dilakukan oleh anda sebagai ibu bapa untuk menyelesaikan masalah ini?

Gangguan tumbesaran kanak-kanak di negara kita

Menurut kajian terkini, sekurang-kurangnya 20% daripada kanak-kanak di Malaysia mengalami gangguan tumbesaran. Ia adalah masalah yang tidak boleh dipandang enteng kerana ia akan memberi kesan yang ketara terhadap kesihatan, pembesaran dan pendidikan anak anda. Apa kata pakar mengenai perkara ini?

Dr Chin Wai Seong, pakar perunding pediatrik menjelaskan bahawa masalah ini berlaku tidak kira kaum, pekerjaan, pendidikan, negeri ataupun jurang antara bandar dan luar bandar. Menurutnya lagi, salah satu punca ia terjadi adalah majoriti kanak-kanak di negara kita tidak menerima nutrisi yang sewajarnya dalam tempoh tumbesaran yang paling penting dalam hidup.

Kepentingan nutrien bagi perkembangan optimum kanak-kanak

Seorang kanak-kanak sepatutnya mencapai 60% daripada potensi ketinggian mereka dalam tempoh lima tahun pertama. Ya, mungkin benar bahawa genetik memainkan peranan yang paling penting dalam menentukan ketinggian seseorang, namun 80% daripada tumbesaran sebenarnya disokong oleh pengambilan nutrisi.

Dr Nina Mazera Mohd Said, Pengarah Perubatan Bahagian Pemakanan Abbott Laboratories menyatakan bahawa si manja perlu dibekalkan dengan nutrisi yang secukupnya bagi menangani isu gangguan tumbesaran. Tambah beliau lagi, pendekatan saintifik berkenaan pengambilan nutrisi dalam diet kanak-kanak perlu diberikan perhatian yang lebih teliti. 

Jadi, apa tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa?

Sesuai dengan saranan Dr Chin dan Dr Nina, ibu bapa seharusnya lebih memberikan perhatian khusus kepada diet si manja mereka. Ini bertujuan untuk memberikan si manja nutrisi yang sangat diperlukan oleh mereka demi menjamin tumbesaran yang optimum. Persoalannya, apa diet yang mesti ibu bapa sediakan?

Jawapannya adalah mudah sahaja. Ibu bapa perlu membekalkan anak dengan susu formula yang betul. Maksudnya di sini adalah susu berkenaan perlu mengandungi kalsium, arginina, vitamin K2 dan pelbagai lagi nutrien penting untuk membantu si manja yang berusia 1 hingga 10 mencapai potensi tumbesaran mereka dari segi ketinggian dan pembelajaran.

Jadi, produk apakah yang mengandungi nutrien-nutrien seperti ini? Sebagai contoh, ada satu produk yang baharu sahaja berada di pasaran iaitu susu formula PediaSure dengan Sistem OptiHEIGHT. Ia telah terbukti secara saintifik menerusi lebih daripada 20 kajian dalam tempoh 30 tahun lepas dalam usaha untuk membantu kanak-kanak mencapai tumbesaran nyata dari segi berat, ketinggian dan sistem pertahanan badan kanak-kanak yang lebih kuat.

Konklusi

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam menentukan diet untuk si manja. Ini bertujuan untuk memastikan kanak-kanak berjaya membesar dengan optimum. Jadi, ibu bapa mungkin sudah boleh mempertimbangkan untuk bertukar susu formula anak anda, ya? Paling penting, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar pediatrik terlebih dahulu sebelum membeli atau memberikan susu formula kepada anak anda, tau!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut