backup og meta

Senaman Berkesan Tingkatkan Fungsi dan Memori Otak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 01/08/2023

    Senaman Berkesan Tingkatkan Fungsi dan Memori Otak

    Aktiviti bersenam dikatakan dapat meningkatkan memori, tetapi bagaimana ia terjadi? Baca selanjutnya untuk penjelasan…

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sihat Pada Usia Emas, anda boleh klik di sini.

    Manfaat aktiviti bersenam

    Penemuan baharu penyelidikan daripada University of Tübingen, Jerman menunjukkan bahawa kebaikan bersenam setiap hari turut meningkatkan fungsi otak di samping faedahnya untuk metabolisma, mood, dan kesihatan umum.

    Melalui penyelidikan yang baharu ini, penyelidik mengetahui bahawa individu obes dan yang mempunyai berat badan yang berlebihan terdedah kepada rintangan insulin dalam otak, di mana ia memberikan maklumat tentang status pemakanan semasa, serta seluruh tubuh.

    Oleh itu, para penyelidik ingin mengetahui sekiranya senaman boleh meningkatkan kepekaan insulin di bahagian otak dan meningkatkan kognisi dalam kalangan individu yang berlebihan berat badan.

    aktiviti bersenam

    Kajian aktiviti bersenam & otak

    Kajian semasa yang diketuai oleh Dr Stephanie Kullmann telah melibatkan seramai 22 orang dewasa yang memiliki gaya hidup yang tidak aktif, yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti (purata BMI 31). M

    ereka menjalani dua imbasan otak sebelum dan selepas intervensi senaman selama 8 minggu. Senaman yang dilakukan termasuklah berbasikal dan berjalan kaki.

    Fungsi otak diukur sebelum dan selepas menggunakan semburan hidung insulin untuk menyiasat kepekaan insulin otak.

    Peserta juga dinilai untuk melihat keadaan kognisi, mood, dan metabolisma periferal.

    Walaupun intervensi senaman hanya mengakibatkan penurunan berat badan yang sedikit,fungsi otak yang penting untuk metabolisma “dinormalisasi” hanya selepas 8 minggu.

    Aktiviti bersenam rangsang aliran darah

    Senaman yang dilakukan telah meningkatkan aliran darah serantau di kawasan otak yang penting untuk pengendalian motor dan proses ganjaran. Kedua-duanya bergantung kepada neurotransmitter dopamine. 

    Dopamine adalah neurotransmitter penting untuk mempelajari kemahiran motor baharu dan dalam pembelajaran yang berkaitan dengan ganjaran, dan penyelidikan ini menunjukkan bahawa senaman telah meningkatkan fungsi otak yang berkaitan dengan dopamine secara signifikan.

    Satu kawasan di bahagian otak iaitu striatum, telah meningkatkan kepekaan terhadap insulin selepas melakukan senaman selama 8 minggu.

    aktiviti bersenam

    Tindak balas otak seseorang yang obes selepas senaman menyerupai tindak balas seseorang yang mempunyai berat badan normal.

    Menariknya, semakin banyak peningkatan yang berlaku dalam fungsi otak, semakin banyak lemak pada bahagian perut seseorang akan hilang semasa intervensi senaman tersebut.

    Peserta turut menyatakan terdapat peningkatan mood dan penukaran tugas, yang merupakan penunjuk fungsi eksekutif (executive function) yang lebih baik.

    Executive function adalah satu set proses yang berkaitan dengan pengurusan diri sendiri dan sumber yang dimiliki seseorang untuk mencapai matlamat.

    Ia merupakan satu istilah untuk kemahiran berasaskan neurologi yang melibatkan kawalan mental dan pengawalan diri.

    Kelebihan bersenam

    Menurut Dr Kullmann, secara dasarnya, aktiviti bersenam meningkatkan fungsi otak.

    Menurut beliau lagi, meningkatkan kepekaan insulin dalam kawasan otak yang berkaitan dengan dopamine melalui senaman, dapat membantu mengurangkan risiko seseorang untuk mengembangkan diabetes jenis 2, selain ia turut memberi manfaat kepada mood dan kognisi seseorang.

    Baca juga:

    Selain itu, satu kajian lain yang dijalankan oleh University of Maryland mengenai individu dewasa yang sihat menunjukkan bahawa, dengan hanya satu sesi senaman mampu meningkatkan pengaktifan dalam litar otak.

    Ia berkaitan dengan memori – termasuklah hippocampus – bahagian otak yang mengecut seiring dengan usia dan juga bahagian otak pertama diserang dalam penyakit Alzheimer.

    Aktiviti bersenam baik untuk daya ingatan

    Menurut Dr. J. Carson Smith, Profesor Madya dalam bidang Kinesiologi di University of Maryland School of Public Health, walaupun telah dibuktikan bahawa senaman boleh meningkatkan jumlah hippocampus.

    Kajian mereka memberikan maklumat baharu bahawa senaman mempunyai keupayaan untuk memberi kesan kepada kawasan otak yang penting itu. Kajian tersebut diterbitkan dalam Journal of the International Neuropsychological Society.

    Pasukan penyelidikan Dr. Smith mengukur aktiviti otak (menggunakan fMRI) peserta sihat yang berumur 55 – 85 tahun, yang diminta untuk melakukan tugasan ingatan yang melibatkan mengenal pasti nama-nama terkenal dan yang tidak terkenal.

    Tindakan mengingat nama-nama terkenal mengaktifkan rangkaian saraf yang berkaitan dengan ingatan semantik, yang diketahui semakin merosot dari masa ke masa seiring dengan kehilangan memori.

    Ujian tersebut dijalankan 30 minit selepas satu sesi senaman yang berintensiti sederhana (70% daripada usaha maksima) dengan menggunakan basikal senaman dan pada hari yang berasingan selepas tempoh rehat.

    Pengaktifan otak peserta bersekali dengan pengingatan nama secara tepat adalah lebih besar dalam empat kawasan kortikal otak (termasuk gyrus frontal tengah, gyrus temporal yang lebih rendah, gyrus temporal tengah, dan gyrus fusiform) selepas bersenam berbanding selepas rehat.

    aktiviti bersenam

    Peningkatan pengaktifan hippocampus juga dilihat di kedua-dua belah otak.

    Menurut Dr. Smith lagi, sama seperti otot yang menyesuaikan diri dengan kegunaan berulang, sesi latihan tunggal boleh menjadikan rangkaian neural kognitif lebih fleksibel.

    Ini berlaku dengan cara yang menggalakkan penyesuaian dari masa ke masa dan membolehkan peningkatan integriti rangkaian dan fungsi selain membolehkan akses yang lebih cekap kepada memori.

    Senaman ternyata meningkatkan keupayaan otak sama ada daripada aspek fungsi mahupun memori.

    Perbanyakkan aktiviti bersenam kerana ia bukan sahaja menggalakkan fungsi otak, tetapi juga baik bagi mengurangkan berat badan bagi seseorang dengan berat badan berlebihan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan