backup og meta

Risiko Jika Wanita Ada Dua Rahim

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 09/07/2020

    Risiko Jika Wanita Ada Dua Rahim

    Wanita dengan dua rahim mungkin kedengaran pelik bagi anda, tetapi keadaan ini sebenarnya boleh berlaku pada segelintir wanita. Lazimnya, seseorang wanita yang mempunyai dua rahim (ataupun nama saintifiknya; didelphys uterus) tidak sedar akan keadaan mereka sehinggalah pemeriksaan pelviks dilakukan oleh doktor.

    Meskipun wanita dengan dua rahim adalah keadaan yang luar biasa dan jarang ditemui, namun sebenarnya ia tidak berbahaya. Cuma, ada beberapa risiko yang dialami jika wanita ini hamil.

    Bagaimana mendiagnosis wanita dengan dua rahim

    Bagi mengesan keadaan dua rahim, doktor akan melakukan ujian seperti hysterosalpingogram, sonohysterogram, imbasan ultrabunyi ataupun MRI. Diagnosis perlu untuk mengesahkan keadaan ini melalui hysteroscopy atau laparoscopy untuk membezakan sama ada seseorang wanita itu mengalami dua rahim atau bicornuate uterus dalam sesetengah kes.

    Sebelum menjalankan diagnosis, doktor akan bertanyakan beberapa soalan dahulu seperti jika seseorang wanita itu ada mengalami sakit pelvik yang teruk atau pernah mengalami keguguran berulang. Kebanyakan wanita yang mengalami keadaan ini, bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang simptom sama sekali.

    Bolehkah hamil?

    Keupayaan golongan yang ada didelphys uterus untuk hamil dan melahirkan anak adalah pelbagai. Ada yang mengalami masalah dan ramai juga yang tidak mengalami sebarang kesulitan, baik untuk hamil, semasa hamil dan juga melahirkan anak. Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa ada sesetengah yang mengalami keguguran berulang dan beberapa komplikasi kehamilan lain. Oleh itu, jika anda dapat mengesan lebih awal keadaan anda, sebaiknya anda mendapatkan nasihat doktor jika bercadang untuk hamil. Sekiranya anda hanya mengesan keadaan anda semasa sudah hamil, tanyakan kepada doktor tentang penjagaan yang perlu anda lakukan bagi mengelakkan komplikasi kehamilan.

    Apakah risiko yang mungkin dihadapi?

    Bagi sesetengah wanita yang mempunyai dua rahim, keadaan ini boleh meningkatkan risiko keguguran, tetapi ia adalah sangat luar biasa. Wanita dengan didelphys uterus boleh mengalami keguguran berulang, kelahiran bayi pramatang, dan risiko meningkat untuk keguguran semasa trimester kedua.

    Bagi wanita yang mempunyai dua uterus dan dua faraj, golongan ini bagaimanapun berisiko tinggi untuk mengalami pendarahan haid yang banyak serta perlu mendapatkan nasihat doktor untuk menanganinya. Golongan ini juga berpotensi untuk mengalami masalah kesuburan, masalah buah pinggang, dan kelahiran pramatang.

    Walau bagaimanapun, banyak juga keadaan di mana wanita yang mempunyai dua rahim tiada masalah sepanjang tempoh kehamilan.

    Kebanyakan wanita dengan didelphys uterus tidak memerlukan rawatan khas. Namun, sekiranya anda mengalami keadaan ini, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan rapi terutama semasa tempoh kehamilan anda. Lazimnya, anda akan diperiksa oleh pakar yang khusus dalam kehamilan berisiko tinggi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 09/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan