backup og meta

11 Orang Mati Angkara Vape Di US! Anda Masih Tidak Mahu Ambil Iktibar?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/09/2021

    11 Orang Mati Angkara Vape Di US! Anda Masih Tidak Mahu Ambil Iktibar?

    Angkara rokok elektronik atau vape yang sangat popular sekarang, seramai 530 orang telah disahkan menghidap pelbagai penyakit berkaitan sistem respiratori dan 11 daripadanya maut di Amerika Syarikat (US). Lebih menakutkan, angka ini dijangka akan terus meningkat lagi pada masa akan datang.

    Bahaya perisa vape

    Vape dicipta kononnya untuk membantu perokok berhenti merokok, tetapi lain pula jadinya. Ini kerana terlalu banyak perisa vape yang dibotolkan secara haram. Di US, kira-kira 77,000 perisa vape yang dikilangkan secara haram telah dirampas oleh pihak berkuasa.

    Ned Sharpless, Pesuruhjaya Food and Drug Administration (FDA), menjelaskan bahawa pihak berkuasa perlu melakukan lebih usaha dalam menghentikan penjualan perisa vape haram untuk mengurangkan kes kematian yang melibatkan pengguna vape tegar.

    Beliau turut mengatakan bahawa FDA tidak boleh mengharamkan terus pengilangan atau penjualan perisa vape. Namun, apa yang boleh dilakukan adalah mengetatkan peraturan pembuatannya sekaligus mengurangkan pasaran perisa vape haram.

    Ketatkan peraturan pembuatan perisa vape

    Ann Schuchat, Timbalan Pengarah Centers for Disease Control and Prevention (CDC) menjangkakan kes kematian atau jangkitan penyakit akibat perisa vape akan meningkat berkali ganda lagi pada tahun berikutnya.

    Dengan kerjasama daripada Drug Enforcement Agency (DEA), pihak FDA dan CDC akan mula menjejak dan menghapuskan pembuatan perisa vape haram. Di samping itu, pihak pengeluar yang masih berdegil akan didakwa melakukan jenayah.

    Ya, ia memang merupakan satu jenayah yang sama berat dengan pengedaran dadah. Ini kerana ia produk haram yang tidak ditapis oleh mana-mana badan regulasi berisiko tinggi menyebabkan penyakit dan maut.

    Pandangan dari pihak Rumah Putih

    Donald Trump, Presiden US pula mempunyai perancangan untuk mengharamkan kebanyakan produk vape di negara itu. Ini kerana beliau sangat prihatin terhadap kesihatan rakyatnya terutamanya remaja kerana mereka adalah golongan yang mudah terpedaya dengan trend.

    Ekoran daripada niatnya itu, pihak FDA kini sedang berbincang sama ada untuk mengharamkan perisa vape yang berasaskan buah dan mint, kerana dikhuatiri lebih berbahaya untuk pengguna. Ini sekali gus akan mengurangkan lambakan perisa vape haram di pasaran.

    Konklusinya, pelbagai pihak kini seperti FDA, DEA dan CDC sedang dalam usaha untuk membanteras kegiatan pembuatan perisa vape haram di US. Usaha ini sewajarnya dicontohi oleh negara luar termasuklah negara kita untuk mengurangkan jumlah orang yang jatuh sakit dan maut angkara vape!

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan