backup og meta

Peningkatan Tahap Karbon Dioksida Boleh Menjejaskan Fungsi Otak

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 08/07/2020

    Peningkatan Tahap Karbon Dioksida Boleh Menjejaskan Fungsi Otak

    Menurut kajian yang menemui kaitan antara peningkatan tahap karbon dioksida dan kemerosotan kemampuan kognitif manusia, perubahan iklim boleh menjejaskan kemampuan kita berfikir.

    Saintis di University College London (UCL) mendapati bahawa tahap karbon dioksida yang tinggi mengurangkan memori, mengganggu tumpuan, dan menjejaskan kemampuan membuat keputusan.

    Penemuan tersebut disokong oleh beberapa kajian lain mengenai kesan karbon dioksida terhadap fungsi otak. Satu kajian di Harvard menemui bahawa tempat kerja yang tidak mempunyai pengaliran udara yang baik boleh menjejaskan pencapaian kognitif pekerja.

    Selain itu, satu kajian yang diajalankan di China oleh Yale School of Public Health menemui pengurangan yang signifikan dalam markah ujian bahasa dan matematik dalam kalangan peserta yang terdedah kepada udara yang tercemar.

    Ia menunjukkan bahawa kemampuan bahasa secara khususnya terkesan dan lelaki didapati lebih banyak terkesan berbanding wanita. Walau bagaimanapun, warga emas adalah golongan yang menerima kesan terbesar dari pencemaran udara, khususnya 64 tahun ke atas.

    Hampir 200 buah negara telah menandatangi Perjanjian Paris pada tahun 2015 untuk mengehadkan pelepasan gas rumah hijau bagi mengekalkan peningkatan suhu global di bawah 2°C di atas kadar praindustri. Namun, banyak negara masih jauh dari mencapai matlamat perjanjian tersebut.

    Jika dilihat kepada pola perkembangan pencemaran udara terkini, khususnya karbon dioksida, ia memberikan isyarat buruk terhadap kesan yang serius pada bumi dan kesihatan manusia. Sementara melambatkan fungsi kognitif hanya sebahagian dari masalah yang lebih besar, ia boleh memberikan impak major terhadap produktiviti dan inovasi di peringkat global.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 08/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan