backup og meta

Impak Negatif Gejala Buli, Kedua Pemangsa & Mangsa Akan Terima Kesan Sama!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 30/05/2023

    Impak Negatif Gejala Buli, Kedua Pemangsa & Mangsa Akan Terima Kesan Sama!

    Ramai yang sangka bahawa impak negatif buli itu hanya kepada mangsa sahaja. Anda salah, pemangsa juga akan terima padah malah lebih besar! Benarkah? Jom baca apa kata kajian tentang masalah besar ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.

    Apa kata kajian tentang masalah besar ini?

    Memanggil nama seseorang, menarik rambut atau buli siber itu boleh membawa impak negatif buli.

    Kira-kira satu persepuluh daripada remaja di seluruh dunia telah menjadi mangsa keganasan psikologi atau fizikal oleh rakan sekelas sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

    Satu penyelidikan baharu oleh Martin Luther University Halle-Wittenberg (MLU) telah menunjukkan bahawa kedua-dua mangsa buli dan pembuli mendapat kesan daripada aktiviti buli ini.

    Kedua-dua mangsa buli dan pembuli lebih cenderung untuk mengambil alkohol dan tembakau, lebih cenderung untuk mengadu masalah psikosomatik.

    Peluang mereka untuk menghadapi impak negatif buli dengan peningkatan persekitaran sosial mereka.

    impak negatif buli

    Melalui penerbitan penyelidikan Children and Youth Services Review, para penyelidik menyeru agar program-program pencegahan untuk memberi lebih penekanan kepada perpaduan di dalam kelas.

    Dr Anett Wolgast dan Dr Matthias Donat, dua pensyarah psikologi pendidikan MLU, ingin mengetahui jika terdapat sebarang perbezaan gaya dan budaya pelbagai negara untuk menangani kejadian buli ini.

    Untuk melaksanakan penyelidikan ini, mereka membandingkan data telah disediakan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

    Ia juga telah meminta kira-kira 3,000 orang remaja dari setiap negara. Ia mengenai kehidupan mereka sebagai sebahagian daripada kajian menyeluruh yang dijalankan selama beberapa tahun.

    Data termasuklah maklumat mengenai segala jenis buli yang dialami oleh remaja daripada pelajar-pelajar lain. Termasuk juga butiran pengambilan alkohol dan tembakau selain aduan psikosomatik,

    Dalam pada itu, soalan semudah mana mereka menceritakan masalah mereka dengan rakan-rakan dan bagaimana mereka melihat sokongan sosial rakan sekelas mereka akan ditanyakan.

    Kadar pembuli dan mangsa buli yang sama?

    Para penyelidik melihat respons daripada remaja yang tinggal di Jerman, Greece dan Amerika Syarikat dan dikumpulkan dalam beberapa tempoh tinjauan yang berbeza.

    Para saintis memilih tiga negara ini kerana mereka percaya negara-negara ini masing-masingnya menyatakan kebersamaan dengan cara yang sangat berbeza.

    impak negatif buli

    Mereka melihat Amerika Syarikat sebagai individu yang individualistik, Greece sebagai sangat kolektivistik dan Jerman pula berada di antara keduanya.

    Analisis menunjukkan bahawa kelakuan dan masalah remaja adalah serupa di ketiga-tiga negara, kerana kira-kira sembilan peratus lelaki dan perempuan telah berulang kali mengalami serangan fizikal atau psikologi daripada pelajar lain.

    Dr Wolgast berkata bahawa tidak ada di antara tiga negara ini yang boleh digunakan sebagai model untuk menangani masalah buli tersebut dan mereka terkejut dengan kestabilan trend ini tanpa mengira budaya dan tempoh masa yang berlainan.

    Impak negatif buli kepada semua pihak terlibat!

    Satu lagi perkara yang ingin dilihat tentang impak negatif buli oleh penyelidik ialah hubungan antara kejadian buli oleh pelajar dan pelbagai faktor lain.

    Di sini, mereka memberi tumpuan kepada tingkah laku risiko remaja, terutamanya alkohol dan penggunaan tembakau, dan sama ada mereka pernah menderita atau masih menderita daripada aduan psikosomatik, seperti sakit perut, sakit kepala, sakit belakang atau kemurungan.

    Para saintis juga menganalisis bagaimana pembuli dan mangsa buli berinteraksi dengan persekitaran sosial mereka:

    Adakah mudah untuk mereka bercakap dengan rakan-rakan? Bagaimanakah mereka melihat sokongan dari dalam kelas mereka dalam persekitaran sosial mereka?

    impak negatif buli

    Hasilnya menunjukkan bahawa kadar kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah sama di antara satu sama lain.

    Ini adalah dalam hal pengambilan alkohol dan merokok apabila mereka menjadi mangsa serangan lisan atau fizikal.

    Perempuan agak cenderung untuk memendamkan masalah. Oleh kerana itu, perempuan mempunyai lebih banyak mengalami sakit perut atau sakit kepala.

    Para ahli akademik terkejut dengan fakta bahawa kedua-dua pembuli dan mangsa buli menceritakan masalah yang sama dengan persekitaran mereka.

    Kedua-dua kumpulan mendapati impak negatif buli sukar untuk bercakap dengan rakan dan rakan sekelas.

    Dalam pada itu, mereka juga merasakan mereka mempunyai sokongan yang sedikit daripada persekitaran mereka.

    Beliau menyatakan bahawa hasil penyelidikan ini adalah luar biasa dan penemuan ini boleh digunakan untuk merangka strategi pencegahan baharu.

    Beliau turut percaya bahawa langkah-langkah semasa harus menyasarkan komunikasi antara remaja dengan lebih baik untuk memperbaiki atmosfera di bilik darjah.

    Salah satu cara bagi menggalakkan perkara ini adalah dengan meminta pelajar di dalam sekolah atau kelas untuk mematuhi peraturan yang telah mereka tetapkan sendiri.

    Selain itu juga, sokongan bersama memainkan peranan utama untuk mengelakkan kesan buli kepada masyarakat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 30/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan