Naim Daniel Alami Kemurungan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 03/12/2019

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi muda yang sedang meningkat naik, Naim Daniel. Lagunya yang bertajuk ‘Sumpah’ menjadi siulan ramai dan kerap dimainkan di stesen-stesen radio. Namun, disebalik keceriaannya  yang sering kita lihat, beliau telah mengejutkan ramai peminatnya dengan satu hantaran di Instagram. Post Naim Daniel tersebut telah meresahkan peminat-peminatnya sehingga ada yang menganggap Naim Daniel sedang mengalami kemurungan. Benarkah kemurungan sedang melanda diri penyanyi muda ini?

Masyarakat tidak prihatin

Melalui luahan tersebut, Naim menyatakan bahawa ramai individu di luar sana yang mempunyai persepsi yang tidak benar mengenai kehidupan artis dan selebriti. Ramai yang tidak mempedulikan masalah yang dialami oleh selebriti, dikatakan angkuh dan sering lupa jasa baik yang mereka lakukan sekiranya satu silap yang muncul.

Kebolehan yang dipertikaikan

Selain itu, dia turut meluahkan bahawa ramai yang inginnya melakukan persembahan, tetapi meminta bayaran yang sedikit. Kebanyakan masyarakat mempertikaikan harga mahal yang perlu dibayar bagi setiap nyanyian dan persembahan yang dilakukan dengan sebab, ‘hanya’ menyanyi sahaja. Naim menegaskan bahawa, mereka juga perlu mencari makan bagi menyara hidup dan membayar segala komitmen hidup mereka. Ramai yang mempertikaikan kebolehan dan kemampuan yang dimiliki bagi bayaran persembahan yang tinggi.

Tidak punya perasaan

Selain itu, Naim turut berpendapat bahawa masih ramai yang menganggap bahawa artis dan selebriti ini seperti tidak ada sebarang perasaan dan layak menjadi bahan makian. Perkara ini sering menjadi igauan baginya yang tidak tenang memikirkan apa yang akan dikatakan oleh orang lain setiap hari. Baginya, itulah nasib penghibur yang perlu dirasai dalam industri hiburan.

Adakah Naim Daniel benar-benar alami kemurungan?

Menurut Naim lagi, beliau bukanlah sedang mengalami kemurungan. Sebaliknya luahan tersebut ditulis bertujuan untuk membuka mata banyak pihak mengenai situasi yang sering dialami oleh seorang artis. Naim juga menyatakan bahawa post tersebut hanya ingin mendidik masyarakat dan bukanlah sebagai platform untuk meraih populariti pantas. 

Naim mendapat inspirasi untuk menghantar post tersebut setelah melihat gambar Joker dalam galeri telefon bimbit miliknya. Ini menunjukkan bahawa segala tindakan, persepsi dan tanggapan masyarakat boleh mengubah diri seseorang daripada keadaan asalnya yang baik dan bertukar menjadi lebih teruk. Bak kata satu frasa popular ini, “Joker adalah orang baik yang tersakiti”. Mungkin ada benarnya frasa tersebut. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Dilabel Antisosial Sebab Asyik Dengan FB? Ini Masanya Anda Detoks Media Sosial, Banyak Keburukan!

    Anda mungkin tidak sedar jika anda telah ketagih dengan penggunaan media sosial. Inilah masa untuk lakukan detoks media sosial. Bagaimana caranya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Ibu Alami Kemurungan Selepas Bersalin, Bolehkah Terus Menyusukan Bayi?

    Kemurungan selepas bersalin merupakan antara yang boleh berlaku apabila ibu tertekan semasa pantang. Boleh ibu menyusukan bayi walaupun kemurungan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Sharifah Sakinah Makan Petai Untuk Elak Kemurungan, Adakah Ia Berkesan?

    Ramai yang mengatakan terdapat banyak khasiat makan petai termasuklah membantu mengelak kemurungan. Adakah ia benar atau sekadar plasebo?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Dekati Orang Kemurungan Undang Aura Negatif Pada Anda- Kemurungan Berjangkit?

    Anda sedang berhadapan dengan orang yang kemurungan daripada keluarga anda. Anda terfikir, adakah anda boleh 'dijangkiti' dengan kemurungan daripada mereka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    meroyan selepas bersalin

    Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/05/2020
    artis malaysia

    Rakyat Malaysia Digesa Patuhi PKP, Tapi Golongan Artis Masih Kurang Prihatin?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/04/2020
    ashraf muslim

    Kluster Scotland? Ashraf Muslim Positif, Puteri Aishah Sah Bebas Jangkitan COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/04/2020

    PKP Buat Kemurungan: Rawat Ia Bukan HANYA Dengan Ubat, Tapi Cuba 6 Cara Ini Juga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 25/03/2020