Penyelidikan ini tidak dirancang untuk menunjukkan bahawa minum minuman rendah atau tanpa kalori akan menyebabkan kenaikan berat badan yang tidak sihat. Sebaliknya, penemuan penyelidikan menunjukkan terdapatnya hubungan antara pengambilan minuman manis (mengandungi gula dan / atau pemanis rendah kalori) dan pengambilan kalori dan gula yang lebih tinggi.
Alternatif penggantian minuman manis
Walaupun peranan minuman diet dalam pengurusan berat badan masih bersifat kontroversi, pakar-pakar telah mencadangkan beberapa nasihat praktikal untuk ibu bapa dan kanak-kanak. Sebagai contoh, kumpulan penasihat sains American Heart Association baru-baru ini menasihatkan, “menentang pendedahan yang berpanjangan terhadap pengambilan minuman manis rendah kalori oleh kanak-kanak.’
Sylvetsky bersetuju dengan kesimpulan itu. Beliau mengatakan bahawa kanak-kanak dan remaja, dan individu daripada semua peringkat umur, harus mengikuti garis panduan kerajaan persekutuan untuk diet yang sihat, yang menekankan pengambilan air kosong, bukannya minuman ringan, pengambilan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, serta bijirin penuh.
Untuk alternatif sihat bagi penggantian soda bergula atau minuman diet, Sylvetsky mencadangkan minuman sparkling berperisa dengan kandungan 100% jus buah atau air dengan campuran potongan kecil buah-buahan.
Bagi mengetahui BMR atau kadar metabolik basal anda, dapatkannya di Kalkulator BMR kami.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen