backup og meta

Meneroka Peluang Buat Pesakit Buah Pinggang

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 09/08/2023

    Meneroka Peluang Buat Pesakit Buah Pinggang

    Apakah wujud peluang buat pesakit buah pinggang untuk mendapat fasiliti rawatan terkini di Malaysia? Baca selanjutnya untuk jawapan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

    Jumlah pesakit buah pinggang di Malaysia

    Malaysia mencatatkan jumlah individu yang menghidap buah pinggang kronik (CKD) yang tinggi iaitu 15.5% daripada seluruh populasi.

    Jumlah pesakit yang memerlukan dialisis sebagai rawatan kepada masalah buah pinggang pula ialah sebanyak 40,000 dan dijangka mencecah sehingga 106,249 menjelang tahun 2040.

    Angka yang besar ini meletakkan Malaysia sebagai negara dengan kadar rawatan dialisis ke-7 paling tinggi di dunia.

    pesakit buah pinggang

    Sumber yang mencukupi harus disediakan untuk menampung keperluan pesakit buah pinggang

    Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Dialisis Tahunan 2018 (ADM) ke-15 yang diadakan di Kuala Lumpur.

    Dengan tema ‘Exploring the Possibilities’, acara ini bertujuan meneroka peluang yang ada buat pesakit melalui kajian dan rawatan terkini untuk mencapai hasil terbaik buat pesakit, penjaga, dan staf kesihatan.

    Sebanyak 500 delegasi daripada industri kesihatan telah melibatkan diri dalam acara berkenaan.

    Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Mesyuarat Dialisis Tahunan 2018 (ADM), Dr Thiruventiran Thilaganathan yang bercakap semasa acara pembukaan menyampaikan kepentingan menyediakan sumber yang mencukupi demi memenuhi keperluan klinikal, emosi, psikologi, dan sosial pesakit.

    Diabetes punca utama CKD, kesedaran masyarakat masih rendah

    Punca utama kepada penyakit buah pinggang kronik (CKD) di Malaysia ialah kencing manis, terutamanya dalam kalangan pesakit yang tidak mengawal gula dalam darah dengan baik melalui rawatan dan gaya hidup sihat.

    Baca juga:

    Apa yang lebih membimbangkan ialah kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai penyakit buah pinggang masih rendah. Menurut Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011, hanya 4 peratus pesakit sedar mengenani diagnosis mereka.

    Di samping fasiliti dialisis dan rawatan yang perlu dikembangkan, langkah utama dalam menangani penyakit ini ialah melalui pencegahan.

    Usaha memupuk kesedaran ini harus dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak di semua peringkat termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, dan komuniti masyarakat.

    Selain mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat yang menjadi kunci utama kepada pencegahan CKD, akses kepada penjagaan kesihatan untuk diagnosis dan rawatan awal juga perlu diperkasakan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 09/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan