Media Sosial: Dulu Hanya Chat. Sekarang Ada Video, Sticker dan Story

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019

Ada sesetengah individu yang hanya memiliki satu atau dua akaun media sosial, tetapi ada juga antara kita yang memiliki mungkin lebih daripada lima akaun media sosial. Tidak perlu terkejut dengan jumlah akaun tersebut, memandangkan media sosial adalah merupakan cara terkini untuk kita berkomunikasi dengan individu lain. Jadi tidaklah hairan sekiranya seseorang individu itu memiliki 10 akaun hanya untuk media bersosial. Walau bagaimanapun, kita bukan hanya bertukar cara berkomunikasi, tetapi media sosial turut mengubah cara kita berkomunikasi. Bagaimana?

Calon PhD, Beata Jungselius telah membuat kajian berkenaan penggunaan Instagram sejak tahun 2012. Dia telah menemu bual sekumpulan pengguna Instagram pada tahun 2012, dan kembali menemu bual mereka lima tahun kemudian. Ini bertujuan untuk memahami bagaimana penggunaan Instagram dan media untuk tujuan sosial mereka yang lain berubah mengikut peredaran masa. 

Corak perubahan penggunaan media sosial

Menurut Beata, salah satu faktor paling utama yang mengatur bagaimana seseorang menggunakan media untuk bersosial adalah berkaitan dengan perubahan gaya hidup dan pengurusan masa. Berikut merupakan antara corak penggunaan media sosial yang dapat diperhatikan:

  • Sesetengah pengguna mendapati bahawa mereka mengalami ketegangan ketika menggunakan media untuk bersosial. 
  • Ada juga antara mereka yang menyatakan bahawa terdapat pasang surut dalam keaktifan penggunaan media sosial. Mereka kurang aktif di media ini disebabkan oleh kurangnya waktu yang banyak dihabiskan untuk pekerjaan, anak-anak dan keluarga. 
  • Ada antara mereka yang mengalami ketegangan daripada segi moral. Ini kerana mereka perlu meneruskan hubungan dengan rakan-rakan di media ini, tetapi dalam masa yang sama tidak mahu menjadi individu yang kerap menggunakan telefon bimbit. 

Perubahan keutamaan privasi

Salah satu perubahan penggunaan media ini yang paling menonjol adalah disebabkan oleh keutamaan privasi. Menurut Beata, individu lebih cenderung untuk menjadikan perbualan lebih privasi seiring dengan masa. Interaksi yang sebelum ini berlaku secara umum, kini berlaku dalam forum tertutup seperti mesej terus (direct message), ruangan chat atau kumpulan tertutup. 

Perubahan keupayaan teknikal

Selain itu, terdapat juga perubahan daripada aspek keupayaan teknikal yang turut memberi kesan terhadap penggunaan platform media sosial. Pada tahun 2012, pengguna media ini mempunyai sumber interaksi yang lebih terhad berbanding pada tahun 2017. Manakala pada tahun 2017, pengguna media ini mempunyai akses terhadap sumber interaksi yang pelbagai seperti teks, gambar, video, story, GIFs dan pelekat atau sticker

Jika dahulu, fungsi WhatsApp hanya terhad kepada fungsi mesej antara individu semata-mata. Kemudian fungsi dan cirinya berkembang sedikit demi sedikit melalui kewujudan chat kumpulan, panggilan suara WhatsApp, panggilan video WhatsApp, pelekat dan sticker. Kesemua ciri ini telah mengubah bagaimana cara kita berinteraksi dengan individu lain. Cuba bayangkan dengan ciri sebanyak ini dalam hanya satu platform, anda menggunakannya dalam 10 platform media sosial berlainan! Patutlah bukan mudah untuk menjadi seorang social media influencer.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Alamak! Instagram Buat Anda Teringin Nak Makan Makanan Tidak Sihat?

    Pernah tak apabila rakan anda berkongsi gambar makanan tengah harinya di media sosial, tiba-tiba, anda juga teringin memakannya. Sudah terpengaruhkah anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Suami Kena Caras Dengan BFF, Bagaimana Elak Curang Dalam Perkahwinan?

    Telah tular di media sosial cerita Yaya Mooncake yang dikatakan berkahwin dengan suami kawan baiknya sendiri. Adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Friends & Followers Di Media Sosial Tak MENJANJIKAN Kebahagian – Kenapa?

    Kajian mendapati, kualiti rakan anda di media sosial adalah kunci untuk kebahagiaan hidup yang sebenar, bukannya terletak pada bilangan yang ramai.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Kejap Kurus, Kejap Gemuk: Selena Gomez “Diserang” 

    Selena Gomez menyatakan bahawa dia dikritik akibat perubahan berat badannya yang menyebabkannya berundur daripada media sosial untuk seketika

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    group whatsapp

    Bahana Group WhatsApp Keluarga, Boleh Pengaruhi Kesihatan Mental Secara Negatif?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 17/03/2020
    detoks media sosial

    Dilabel Antisosial Sebab Asyik Dengan FB? Ini Masanya Anda Detoks Media Sosial, Banyak Keburukan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/03/2020
    pasangan desak ajak kahwin

    Desakan Berkahwin Punca Prestasi Safawi Merudum? Sebelum Ajak Si Dia Kahwin, Lihat Perkara Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 06/03/2020

    Mengapa Isteri Gemar Tag Suami Di Facebook? Ini 3 Sebab Utama Husband Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/02/2020