McDonald Mengurangkan Penggunaan Antibiotik Dalam Daging

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

McDonald Corp mengeluarkan kenyataan pada hari Selasa lalu mengenai perancangannya untuk mengurangkan penggunaan antibiotik dalam bekalan dagingnya di peringkat global.

Langkah yang diambil oleh syarikat makanan segera terbesar itu menzahirkan kebimbangan tentang penggunaan antibiotik secara berlebihan dalam bekalan daging, khususnya antibiotik yang digunakan untuk melawan jangkitan dalam kalangan manusia. Penggunaan tanpa kawalan boleh menjejaskan fungsi dan keberkesanan antibiotik tersebut dan membawa kepada keadaan yang disebut sebagai rintangan antibiotik.

McDonald menjadi pembeli daging terbesar dunia pertama yang menyentuh isu ini. Langkah ini berkemungkinan membawa kepada kewujudan satu standard baru bagi pembekal daging serta boleh mengancam jualan syarikat-syarikat farmaseutikal seperti Merck & Co dan Elanco Animal Health.

McDonald mengatakan bahawa ia akan melihat semula penggunaan antibiotik di 10 pasaran terbesarnya termasuk di Amerika Syarikat (AS) dan meletakkan sasaran untuk mengurangkan penggunaan antibiotik menjelang akhir tahun 2020. 10 pasaran tersebut merangkumi  85% bekalan daging global syarikat berkenaan.

Menurut polisi McDonald, antibiotik utama yang penting tidak boleh digunakan secara rutin untuk mencegah penyakit dalam haiwan yang dijadikan bekalan daging.

Syarikat berkenaan menyebut bahawa polisi ini tidak akan meningkatkan harga burger walaupun francais yang menetapkan harga menu mereka sendiri. Francais McDonald berkuasa menguruskan 90% dari urusan restoran.

Syarikat farmaseutikal Elanco Animal Health mengatakan bahawa senarai ubat yang dibekalkan termasuk antibiotik utama yang digunakan dalam kalangan manusia untuk merawat keadaan seperti abses hati dan jangkitan paru-paru. Mereka juga tidak mempunyai alternatif lain.

Syarikat Merck & Co walau bagaimanapun tidak memberikan respon apabila dihubungi.

Banyak restoran sudah mula mengurangkan penggunaan antibiotik dalam bekalan daging, antaranya turut terkesan dengan langkah yang diambil oleh McDonald.

Namun, mengurangkan penggunaan antibiotik dalam lembu lebih susah berbanding ayam kerana ia hidup lebih lama menyebabkan risiko mendapat penyakit lebih tinggi. Langkah lain perlu diaplikasikan seperti menggunakan antibiotik lain sebagai alternatif kepada yang biasa digunakan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut