backup og meta

Masa Depan Keselamatan Makanan Dunia (Food Security)

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 13/05/2022

    Masa Depan Keselamatan Makanan Dunia (Food Security)

    Masa depan keselamatan makanan (food security): Transformasi ilmu kepada tindakan bersama masyarakat, ekonomi dan alam sekitar.

    Dengan hampir 600 juta kes penyakit bawaan makanan, makanan yang tidak selamat merupakan satu ancaman kepada kesihatan manusia sejagat dan ekonomi, malahan memberi kesan signifikan kepada mereka yang mempunyai faktor risiko dan masyarakat yang kurang berkemampuan terutamanya wanita dan kanak-kanak. Selain itu, isu keselamatan makanan juga merupakan isu masyarakat di bumi bergolak serta migran seperti pelarian.

    Pada 12-13 Februari 2019, Persidangan Keselamatan Makanan dihoskan bersama Pertubuhan Makanan dan Agrikultur Dunia (FAO), Pertubuhan Kesihatan Dunia dan Kesatuan Negara-negara Afrika akan dilangsungkan di Addis Ababa, Ethiopia.

    Persidangan ini akan disertai oleh Menteri-menteri kesihatan, Menteri-menteri agrikultur, pakar saintifik terkemuka, rakan agensi serta masyarakat madani lain seperti wakil pengguna, pengeluar dan pengedar makanan bagi:

    • mengenalpasti strategi dan pelan tindakan utama bagi menangani cabaran semasa dan di masa hadapan bagi keselamatan makanan;
    • Memperkukuhkan komitmen kerajaan dan mobilisasi peringkat tertinggi politik dalam memastikan sasaran keselamatan makanan bagi Agenda Pembangunan Mampan (SDG) dapat dicapai pada tahun 2030.

    Cabaran dan perubahan berterusan iklim dunia, pengeluaran makanan di peringkat global dan sistem perbekalan yang mempengaruhi pengguna, industri dan juga alam sekitar. Cabaran dan perubahan tersebut mempunyai kesan langsung ke atas sistem keselamatan makanan dan memberi cabaran kepada kelestarian dan pembangunan mampan.

    Ini merupakan titik permulaan penting di peringkat antarabangsa dalam mencerminkan tindakan yang lebih agresif bagi memastikan agenda keselamatan makanan dibincang dalam dialog secara berterusan, di mana Addis Ababa akan menjadi perintisnya dan kemudian bersambung di Geneva.

    Keutamaan akan diberi kepada pendekatan dan strategi keselamatan makanan yang boleh digunapakai merentas sempadan dan sektor, dengan pengukuhan usaha bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan menyokong pelan Tindakan Sedekad PBB mengenai Nutrisi.

    Persidangan Keselamatan Makanan Antarabangsa diadakan julung kali serta berlangsung sebelum Forum Antarabangsa mengenai Keselataman Makanan dan Perdagangan yang bakal berlangsung pada 23-24 April 2019.

    Senario Keselamatan Makanan Dunia

    Majoriti daripada kita sudah pastinya pernah mengalami penyakit bawaan makanan. Oleh kerana itu, ia menjadi peri penting untuk memastikan makanan kita tidak dicemari dengan bakteria, parasit, virus, toksin dan bahan kimia berbahaya.

    Makanan boleh dicemari dalam sesuatu peringkat pengeluaran, pengedaran dan penyediaan. Setiap pihak di rantaian pengeluaran, daripada pengeluar sehingga pengguna, harus memainkan peranan penting demi memastikan makanan kita menjadi penyebab pelbagai jenis penyakit.

    Bagi memahami senario keselamatan makanan dunia, kami senaraikan beberapa fakta penting untuk gambaran semua.

  • Lebih 200 penyakit disebarkan menerusi makanan
  • 1 daripada 10 orang jatuh akibat memakan makanan yang sudah tercemar manakala 420 ribu orang maut setiap tahun di seluruh dunia. Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun merupakan kumpulan yang mempunyai risiko tinggi dengan 125 ribu kanak-kanak menderita akibat penyakit bawaan makanan. Penyediaan makanan yang mengamalkan amalan kebersihan terbaik dapat menghalang penyakit bawaan makanan.

    1. Makanan tercemar boleh mengakibatkan masalah kesihatan jangka panjang

    Simptom-simptom lazim penyakit bawaan makanan adalah seperti kesakitan di bahagian perut, muntah dan cirit-birit. Makanan yang tercemar dengan logam berbahaya atau toksin boleh menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang termasuk kanser dan gangguan neurologikal.

    1. Penyakit bawaan makanan memberi kesan lebih teruk kepada masyarakat dengan faktor risiko tinggi berbanding keseluruhan populasi

    Jangkitan akibat makanan tercemar mempunyai impak yang lebih teruk kepada populasi kurang berkemampuan atau kumpulan masyarakat dengan kadar kesihatan bawah purata dan boleh menjadi lebih serius serta mengancam nyawa mereka. Bagi anak kecil, wanita hamil, mereka yang tidak sihat dan warga emas menerima akibat daripada penyakit bawaan makanan dengan lebih teruk dan berisiko kehilangan nyawa.

    1. Terlalu banyak ‘peluang’ makanan untuk dicemari dalam rantaian pengeluar, pengedar dan pengguna

    Makanan di era ini sangat kompleks dan melibatkan pelbagai peringkat pengeluaran, penyembelihan atau penuaian, pemprosesan, penyimpanan, logistik sebelum sampai kepada pengguna.

    1. Globalisasi mengakibatkan keselamatan makanan lebih kompleks dan dititikberatkan

    Fenomena globalisasi pengeluaran dan perdagangan makanan menjadikan rantaian makanan lebih panjang dan membuat penularan penyakit bawaan makanan lebih rumit serta memerlukan siasatan dan penarikan semula produk jika berlaku kecemasan/darurat.

    1. Keselamatan makanan perlukan pendekatan pebagai sektor dan disiplin

    Bagi meningkatkan mutu keselamatan makanan, perlunya kepakaran pelbagai pihak digembleng bersama bagi mencari penyelesaian sains dan teknologi terbaik yang ada di pasaran ketika ini.

    Jabatan kerajaan yang berbeza dan agensi serta sektor kesihatan awam, agrikultur, pendidikan dan perdagangan diperlukan untuk kolaborasi serta berkomunikasi sesama sendiri bagi menggalakkan interaksi bersama masyarakat awam dan kumpulan pengguna.

    1. Pencemaran makanan menjejaskan ekonomi dan masyarakat secara keseluruhannya

    Pencemaran makanan sudah melangkaui sempadan impaknya kepada kesihatan awam — ia menjejaskan eksport makanan, pelancongan, sumber pendapatan peniaga makanan dan pembangunan ekonomi, tidak kira sama ada di negara membangun atau sedang membangun.

    1. Bakteria merbahaya kini menjadi lebih imun terhadap rawatan ubat dan vaksin

    Rintangan anti-mikrob merupakan satu perkara penting menjadi perhatian masyarakat kesihatan awam dunia. Terlebih guna dan penyalahgunaan antibiotik dalam agrikultur dan industri haiwan ternakan/sembelihan, ditambah pula dengan isu penggunaan klinikal manusia, ini merupakan faktor yang menjerumus kepada kemunculan dan penyebaran rintangan anti-mikrob. Rintangan anti-mikrob pada haiwan boleh disebarkan kepada manusia menerusi makanan.  

    1. Segenap lapisan masyarakat memainkan peranan penting dalam keselamatan makanan

    Keselamatan makanan merupakan tanggungjawab yang dikongsi bersama di antara kerajaan, industri, pengeluar makanan, ahli akademik dan para pengguna. Setiap orang berperanan penting dalam mencapai objektif keselamatan makanan yang memerlukan kepakaran dalam pelbagai disiplin —  toksikologi, mikrobiologi, parasitologi, pemakanan, ekonomi kesihatan, sains hayat dan perubatan veterinar.

    Masyarakat setempat dengan penglibatan para wanita dan pendidikan sekolah memainkan peranan penting pelaksanaan dasar di peringkat makro.

    1. Para pengguna harus dilengkapi dengan informasi sewajarnya mengenai amalan terbaik keselamatan makanan

    Orang awam harus diberi capaian mudah kepada informasi penting dan pilihan terbaik bahan mentah (makanan) dari segi kualiti dan nutrisi serta etika pengendalian makanan terbaik. Orang awam juga harus diberitahu mengenai keadaan lazim yang merbahaya untuk makanan dan cara mengendalikan makanan sepertimana yang disyorkan pada label pembungkusan makanan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 13/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan